
Musim panas begini dapat jamu tekak dengan desert ini pasti anak-anak suka kan.
Lagi-lagi cuti sekolah, lagi menambah selera anak.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Habibah Badar Bajrai
Tengah musim panas berdengkang gini, makan agak agar, syok woih!
Baru masuk mulut, dah rasa sejuk. Lalu kat tekak, kemain nyaman.
Nak buat pun senang sesangat. Jom kita tengok resepi.
.
.
AGAR AGAR MARBELES
Bahan A
18 gm agar-agar kering
1 tin susu cair
2 biji telur
300g gula kasar
650ml air
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B
3 sdm serbuk koko di bancuh dengan sedikit air suam
Sedikit pewarna merah.
Cara cara:
Campur agar agar dan air. Masak di atas api sederhana sehingga hancur. Masukkan gula. Kacau rata hingga semua gula hancur.
Kalau rajin, boleh padamkan api, dan tapis.
Kak Bib rasa malas sebab nampak agar agar tu bersih. Jadi, skip step tapis ni.
Campurkan susu cair dengan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan dalam adunan agar agar tadi. Kacau lagi biar sebati.
Tutup api. Ambik 3 senduk bancuhan ni, campur dengan bancuhan koko. Kacau rata.
Ambik 3 senduk bancuhan dan campur pulak dengan pewarna merah.
Baki bancuhan, kita masukkan dalam loyang atau bekas. Pastu, ambik bancuhan koko, letak satu sudu satu sudu macam dalam gambar.
Bancuhan utama
Ulang untuk warna merah. Kemudian, ambik lidi atau chopstick untuk kita corakkan marble tu.
Sejukkan, masuk fridge. Siap!!
Buat lah time cuti sekolah ni. Anak anak makan laju jek tau.
#DapurCasadiab
#AgarAgarMarbeles
Baru 8 Tahun Sudah Pandai Tengok Yang Tak Senonoh. Begini Cara Nak Sekat, Ibu Ayah Kena Bertindak!

Kita semua sebagai ibu ayah pasti mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diajar untuk menjadi orang berakhlak mulia serta berjaya dalam hidup. Namun, mengasuh dan mendidik anak-anak tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari.
Apatah lagi dengan arus digital hari ini membawa banyak pengaruh dalam membentuk pemikiran, gaya hidup dan rutin harian setiap anak-anak kita.
Tanpa menolak kebaikan dan kelebihan yang ada, namun perlu sedar ada juga kesan negatif daripada penggunaan gajet tersebut jika tidak dipantau oleh ibu ayah.
Umpamanya jadikan pengajaran sebuah kisah yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi ini berkenaan satu kisah seorang ibu yang diuji apabila anaknya yang berusia 8 tahun sudah terdedah dengan perkara-perkara yang tidak senonoh kesan daripada penggunaan gajet.
Tolong doakan ibu ini. Beliau sedang diuji. Pagi ni, bila cek history tab yang digunakan anak yang berusia 8 tahun, keluar senarai begini.
Hancur luluh hati ibu.Tak terkata apa
Ibu ini diuji kehilangan suami pertengahan tahun ini. Sementara beliau masih perlu bekerja, anak diletak di bawah jagaan atok dan nenek.
Maka, bermulalah episod ngeri ni. Bila mana ibu tak mampu monitor penggunaan gajet dari jauh.
Kepada ibu bapa di luar sana, buat 4 perkara ni untuk elak anak jumpa benda-benda tak elok dalam gajet.
1) Set rules
– Limit penggunaan sehari selama 2 jam sahaja.
– Tidak dibenarkan bawa gajet ke bilik atau tonton bersendiri
– Gajet hanya dapat setelah nak selesai tugas. Contohnya setelah selesai mandi, kemas bilik, makan, baca buku dan solat.
2) Jika anak dijaga oleh orang lain, bincang bersama patuhi rules di atas.
3) Install Family Link

– FL boleh block atau approve apps yang anak nak install.
– Boleh limitkan penggunaan gajet anak
– Boleh monitor apa yang anak tonton
– Boleh monitor lokasi gajet dibawa
– Boleh set SafeSearch untuk tapis lirik lucah dan apa yang anak search.
Tapi jangan rasa selamat sangat kalau guna FL ni pun. Anak ni kreatif cari jalan juga.
So, back to number one rules : PANTAU.
4) Sibukkan anak dengan aktiviti.

Do outdoor activities from time to time. Bila badan bergerak aktif, otak kurang kecenderungan ke arah itu.
Sign up dengan kelas kemahiran sepertinkelas renang, kelas muzik, kelas seni bela diri dan sebagainya.
Do bonding activities. Main board games bersama, bedtome story, main teka teki dan bersembang mengisi ‘rasa kosong’ yang anak rasa.

Saya doakan semoga anak-anak kita semua dihindari dari ancaman pornografi, seksual dan pedofilia. Semoga anak-anak kita membesar jadi manusia berakhlak dan baik pegangan agamanya.
Sumber : Wawa Shauqi
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Ini Hasrat Abang Viva, Mahu Tumpu Kerja Sukarelawan, Rancang Berhenti Kerja.

Siapa yang tak kenal Abang Viva sejak kejadian banjir yang melanda negara awal December tahun lalu.
Sikap prihatinnya yang datang dari Melaka hanya berbekalkan wang tunai RM50.00 dengan hanya menggunakan kereta viva serta bot penyelamat yang diletakkan di atas bumbung menarik perhatian ramai.
Kisahnya yang membantu mangsa banjir secara solo telah menjadi tular sehingga saban hari kisahnya menjadi tatapan umum warganet.
Sikap rendah dirinya membuatkan ramai yang memujinya. Malah baru-baru ini, telah mendapat anugerah dan diberi sebuah kenderaan pancuan empat roda.
Terbaru, kisah Abang Viva sekali lagi mendapat perhatian apabila dikatakan mula merancang berhenti kerja dan mahu memberi tumpuan kepada kerja sukarelawan.
Abang Viva atau nama sebenarnya memberi tahu hasrat itu selepas menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir, baru-baru ini.
“Kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ini masih cuti berkerja dan bercadang mahu berhenti dalam masa terdekat bagi menumpukan perhatian kepada kerja sukarelawan.
Dia menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022 JBPM di sini, hari ini.
Mengenai kerja sukarelawannya, Azwan berkata, dia bercadang membantu membersihkan pusat tahfiz di Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Menurutnya, dia juga sudah mengadakan kutipan dana yang dimulakan sejak dua hari lalu melalui Facebook bagi membantu menyediakan peralatan diperlukan di pusat tahfiz.
Katanya, setakat ini sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang bersama memberi sumbangan dan berharap lebih ramai dapat menyumbang bagi membantu pusat tahfiz yang jejas banjir.
“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini dan berharap akan bertambah sebelum meneruskan misi baharu ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
“Mungkin Ini Lambaian Terakhir”, Ustazah Asma’ Harun Ajak Sekaranglah Saat Lakukan Perkara Membahagiakan Orang Terdekat!

Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan kelalaian diri sendiri hingga tanpa sedar kita kurang menghargai orang yang ada dekat dengan diri kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Sehubungan dengan itu, Ustazah Asma’ Harun melalui postingnya di Facebook ada mengajak kita semua untuk lebih menghargai orang tersayang apatah lagi ketika dilanda wabak Covid-19.
Ini perkongsiannya dan semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan kita semua.
LAMBAIAN TERAKHIR
Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi.
Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
[Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi.
Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
[Surah al-Anbiya’: 35]
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”
[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
[Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH,
Jadikanlah tempoh ‘lockdown’ ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
DUHAI ANAK,
Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG,
Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
Maksudnya: “Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya.”
[HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Sumber : Asma Harun
Jika ingin membeli hadiah sebagai tanda kasih sayang, boleh beli secara online di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club