“Resipi Abang Berniaga 15 tahun.” Lelaki Ini Kongsi Resipi Tepung Pisang Goreng Jadi Rangup, Warganet Beri Pujian Tak Lokek Ilmu Masakan.

Share

Pisang goreng menjadi kudapan kesukaan ramai sejak lama. Nak buat pisang goreng, paling utama adalah tepungnya. Kalau tepung bancuhan tu sedap, maka sedaplah pisang goreng tu.

Menerusi facebook Yayar B. Awang Noh

, lelaki ini berkongsi rahsia membuat bancuhan tepung membuat pisang goreng jadi rangup sampai ke petang.

Beliau yang merupakan peniaga tidak lokek ilmu masakannya daripada abangnya yang berniaga hampir 15 tahun.

Ikuti resepi pisang goreng rangup ini.

Resipi pisang goreng rangup

Salam semua..musim pkp nie payah nk mkn pisang goreng kan… Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yg rangup… Doakan sy sekeluarga dimurahkan rezeki..
Ini resipi abg sy niaga hampir 15tahun
Tepung beras 3 paket(1.5kg)
Tepung gandum 500g
Garam secubit
Gula sesenduk kecil
Kapur sebesar ibu jari
Telor.sebijik
Dan serbuk kunyit satu sudu


Bancuh jgn terlalu cair.. pekat sedang2 ngam..

 

Sumber: Yayar B. Awang Noh

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club