Bila nak buat resipi mesti mak-mak akan cari resipi yang mudah dan cepat nak buat. Paling best apabila dalam satu resipi boleh buat dua tiga jenis.
Begitu juga dengan resipi ini Roti Donut Bomboloni, pelbagai roti boleh buat. Apa lagi jom lihat cara penyediaannya.
Takyah susah-susah pakai resepi lain-lain, satu resepi ni je dah boleh jadi macam-macam. Yang penting sedap, gebu, lembut dan jadi!
RESEPI 3 in 1 Roti Donut Bomboloni Sedap
(Burger malaysia pun boleh) Bahan A
* 11g yis paket (instant)
* 2 sudu besar gula
* 1 cawan air suam
bahan bertanda * satukan dan biarkan sampai naik buih
Ads
Bahan B
500 g tepung roti / tepung gandum
1 sudu kecil garam
4 sudu besar marjerin / butter
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lagi baik.. takde – boleh je janji buat)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu hingga berbuih)
Satukan semua bahan B sampai jadi macam serbuk roti
Campur dengan bahan A
Uli hingga tak lekat di tangan
Kalau guna breadmaker, masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B.
Biarkan lebih kurang 30 minit. Dah naik, tumbuk buang angin dan bahagikan doh kecil2 ikut suka besar mana. Roundingkan.
Kalau nak buat donut, buat lubang di tengahnya.
Ketepikan, biar sekejap dalam 10 – 15 minit.
Kalau nak buat roti, masukkan dalam loyang. Taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.
Ads
Untuk Donut :
Panaskan kuali api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap, dah perang baru terbalikkan sebelah lagi.
Angkat, toskan minyaknya di jaring.
Kisar gula + sedikit susu tepung untuk salut donut.
Cucuk inti coklat / nutella untuk bomboloni.
Kalau jadikan roti, bila dah naik gebu, panaskan oven 160c, bakar roti api atas dulu 7 minit, kemudian buka api atas bawah 15 minit. (Agak-agak, ikut oven masing-masing ya)
Gebu, gebas dan sedappp!
Selamat mencuba semua! 😍
Ada masanya disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan, tidak mustahil ada antara kita hingga terlupa untuk menyiram pokok bunga yang ditanam di dalam pasu. Sedar-sedar pokok telah layu dan seakan tidak dapat diselamatkan lagi.
Keadaan yang sama juga berlaku bila kita tidak berada di rumah untuk dua tiga hari, mungkin pergi bercuti, balik ke kampung atau sebagainya.
Jadi apa perlu buat?
Jangan bersedih, tapi segera lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Mohd Azrin Roselan. Semoga bermanfaat.
Tips pulih pokok layu
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati.
Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang.
Ini cara saya nak pulih pokok yang layu. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
Langkah 1
Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
Langkah 2
Kemudian biarkan dalam sejam ++ tengok pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.
Insyallah ikhtiar kita akan pulih balik pokok yang layu berjaya.
Kisah yang cukup berinspirasi, inilah antara contoh pejuang kanser yang bangkit dan terus bersemangat biarpun di dalam diri membawa bersama penyakit yang cukup digeruni. Namun itu tidak mematahkan semangat lelaki ini untuk positif dan berusaha setiap hari melawan penyakit tersebut.
Perkongsian saudara Asuri Asri Yusof ini patut dijadikan sumber inspirasi buat semua. Satu luahan yang cukup menyentuh hati. Siapa sangka 9 bulan lepas, dia terlantar sakit di rumah sambil menahan sakit kesan daripada rawatan chemoteraphy. Kesan rawatan tersebut, dia juga sukar untuk menelan makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan rawatan radiotheraphy.
Namun, mengambil semangat arwah abangnya yang juga merupakan cancer fighter, Asuri membuktikan dia berjaya menghabiskan larian marathon sejauh 42km.
CANCER FIGHTER TO MARATHON FINISHER’
Ini kisah aku..
Siapa sangka 9 bulan lepas aku masih lagi terlantar di ruang tamu rumah mak sambil menghitung saki baki hari sambil menangis hampir setiap malam menahan sakit kesan rawatan chemotheraphy (3 cycles) dan radiotheraphy (35 sesi).
Bayangkan sakitnya rawatan aku sampaikan aku tak mampu menelan sebarang makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan radiotheraphy.
Aku hanya bergantung kepada tube di hidung utk minum selama lebih 2 bulan tanpa boleh makan langsung. Berat aku drop mendadak lebih dari 11kg sehingga ditahan di wad HKL. Membuatkan aku menghargai nikmat setiap makanan. Aku bersyukur aku masih ada keluarga, isteri, anak dan rakan2 rapat yg sentiasa memberi semangat utk aku teruskan lawan sakit ini.
KEPUTUSAN GILA
Sekitar bulan January semasa menunggu follow up dengan ENT Hospital Ampang, aku ambil satu keputusan mendaftar secara online acara marathon terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM) untuk menebus balik hutang tahun lepas yang mana aku dah register. Tetapi terpaksa batalkan sebab baru lepas operation di leher tanpa mengetahui yang aku boleh sempat recover dalam tempoh itu.
Dan ini juga merupakan jarak yang belum pernah aku lari seumur hidup aku (Full Marathon 42km). Paling jauh aku pernah lari ialah 30km dan itupun 2 tahun lepas. Pada mulanya tiada siapa yang tahu keputusan aku daftar termasuk isteri dan rakan. Tapi aku beritahu isteri dan beliau bagi sokongan padaku untuk berlatih hanya jika keadaan badan betul2 pulih..
Dan sepanjang tempoh itu aku memang tak boleh berlatih langsung akibat side effect lepas treatment yang mana deria rasa aku tak ada langsung selama hampir 6 bulan..membuatkan aku lemah serta pemakanan tidak konsisten. Dan yang paling teruk ialah mulut aku tak mampu hasilkan sebarang air liur akibat kelenjar air liur yang dah rosak semasa rawatan radiotheraphy menyebabkan mulut aku sentiasa kering dan membuatkan aku terpaksa jauhi dari sebarang aktiviti sukan.
Sehinggalah 2 bulan lepas aku betul mula berlari sikit- sikit berbekalkan botol air di tangan untuk elakkan mulut kering. Seminggu dalam 3 kali aktiviti dengan jarakk 2-3km per sesi. Kemudian aku tambah jarak ke 6km setiap sesi dengan pace 8:30-9:00min perkm.
Dan sebulan sebelum event KLSCM, jerebu teruk melanda negara membuatkan aku terpaksa berhenti melakukan segala aktiviti luar rumah sambil mengharap yang KLSCM tidak dibatalkan seperti kes pada SCKLM 2015 (nama waktu dulu) dibatalkan akibat jerebu. Lebih-lebih lagi bagi aku yang sering menghidap masalah respiratori, serta sejarah aku sebagai pesakit Kanser Pangkal Hidung membuatkan aku pilih untuk tidak mahu ambil risiko.
Jadi aku pilih untuk buat aktiviti ringan seperti pumping, squating dan planking untuk kekalkan kecergasan. Dan seminggu sebelum event aku memberitahu rakan rapat dalam dunia larian yang aku nak buat ‘Virgin Full Marathon’ di event marathon terbesar di Malaysia ini. Tanpa sebarang aktiviti larian selama hampir 2 tahun membuatkan aku nervous untuk acara jarak 42km yang mana sesetengah pelari-pelari aktif pun gerun dengan jarak sejauh itu.
Tetapi aku sangat bersyukur rakan larian Ajez, Najmi, Arip, Sadiq dan Acan bagi full support pada aku sehinggakan Ajez dan Arip sanggup pilih untuk abaikan event kali ini demi teman aku habiskan distance acara ni.
And the rest is history. Siapa sangka target pada mulanya hanyalah untuk habis dalam 6jam 30minit.. tetapi dengan sokongan rakan dan isteri aku mampu habiskan jarak larian dalam tempoh 5jam 47minit walaupun baki 12km tu aku banyak berjalan daripada berlari akibat cramp teruk di seluruh otot kedua belah kaki.
Aku tamatkan larian dengan air mata sebak kerana aku tak sangka pada saat aku di diagnos dengan Kanser Pangkal Hidung tahap 3 pada awal 2018, aku tak jangka langsung aku mampu habiskan larian jarak 42km yang mana waktu sihat dulu pun tak pernah terfikir untuk buat.
Terima kasih pada rakan-rakan, ahli group NPC dan ahli keluarga saudara mara yang sentiasa beri sokongan dari awal pada saat tempoh gelap untuk aku bangun dan lawan penyakit ni.
Aku ambil semangat arwah abang aku Mohd Ashraf Yusof yang juga merupakan seorang Cancer Fighter. October ni genap 8 tahun beliau tinggalkan kami. Kami berkongsi minat yang sama dalam larian sejak sekolah menengah lagi.
Aku doakan setiap orang apa jua penyakit yang masih dalam tempoh rawatan dan yang sudah habiskan rawatan tetap cekal dan positif untuk tempuh ujian yang dah ditetapkan untuk kita. Pentingnya sokongan orang sekeliling untuk kita terus lawan dan lawan. Semoga aku pun sentiasa diberikan peluang untuk merasai nikmat kesihatan ni supaya aku boleh teruskan bagi inspirasi pada kawan- kawan yang lain. InsyaaAllah.
ASRI YUSOF Cancer Fighter Nasopharygeal Carcinoma (NPC)
Nak sihat dan cantik, tak semestinya dengan produk yang mahal. Guna bahan-bahan semula jadi lagi bagus, bukan je jimat dan mudah didapati malah ia juga bebas dari bahan kimia.
Kunyit antara bahan masakan yang memiliki banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.
Remedi dari air kunyit yang dikongsikan oleh May Vo Dyakonov ini dikatakan dapat membantu untuk kulit cantik selain sesuai diminum oleh wanita ketika dalam pantang.
Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat Dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit.
Resepi senang je budak kecik pun boleh buat.
Bahan-bahan:
1kg kunyit
air suam secukupnya
Basuh bersih2 dan rendam 1-2 jam/semalaman. Lepas tu basuh lagi, kemudian kisar dengan air suam.
Lepas tu terus minum. Yang lebih simpan dalam peti sejuk nak minum hangat kan banyak mana kita nak minum je.
Kunyit hidup basuh bersih2 blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus
Dalam pantang minum sehari 2 kali. Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot😂
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit. Betul kan kalau saya salah. Sebab mak saya dah tua pun period elok je. Mak saya Dalam pantang lagi ganas minum dlm 4 5 kilo kot😅
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...