Hari-hari pasti ada saja menu baru, rakyat Malaysia sememangnya kreatif dalam mengolah makanan, Bukan setakat main reka saja-saja, menuini memang menjadi bualan ramai sehinggakan ramai mencubanya dan terbukti ianya memang sedap, kena dengan tekak melayu lah orang kata!

follow Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk

Kita mesti biasa dengan suhun kan? lagi-lagi kalau masak sup kentang bersama suhun, wajib menggunakan mee suhun ini. Kebiasaannya suhun ni orang akan hidang sebagai sebagai ‘side dish’ dan letak sedikit saja dalam lauk seperti sup kentang, nasi ambeng dan sebagainya. kadang-kadang makan suhun begitu saja pun memang tak puas.

Tetapi resepi kali ini, kita akan jadikan suhun itu sebagai makanan utama. Kalau orang melayu biasa dengan suhun, tapi zaman moden sekarang di kedai runcit sudah sudah ada mee kaca (Glass Noodle). Rasa dua jenis mee ini tidak jauh beza, Glass noodle lagi kenyal dari suhun. Kalau dekat rumah tak ada Glass Noodle, boleh juga gunakan suhun. Tiada masalah

Resepi ini dikongsikann oleh pengguna Tiktok zamakmal, kali ini kita ikut style abang zam ok..

Bahan-Bahan

-Suhun/ Glass Noodle secekak penuh

-Chilli flakes 2tbsp (or chilli powder)

-Cili Padi 4-5btg

-Garlic 3-4 ulas

-Bawang Merah atau ganti daun Bawang

Ads

-Minyak Masak 4tbsp

-Sos Tiram 1tbsp

-Kicap Cair 1tbsp

-Cuka 1tsp

-Garam, Gula dan serbuk perasa oily tekak

-Minyak Bijan

-Kicap Manis

-Lobak Merah

Ads

-Timun

-Crab stick

-Daun Ketumbar

-Shitake mushroom

-Beef Bacons (optional)

-Kacang Tanah

-Bijan

Ads

Cara-cara

  • Rendamkan suhun selama 1 minit sehingga warna nya menjadi clear, kemudian masukkan ke dalam air sejuk
  • Resepi Viral ‘Szechuan Glass Noodle’, Menu Baharu Tak Kenal Maka Tak Cinta
    • Sediakan mangkuk lain, masukkan chili flakes, cili padi, bawang putih, bawang kecil
    • tuangkan minyak masak 4sk, sebelum tu panaskan dahulu. (masa ni memang sedap bau dia) kacau-kacau
    • tambahkan sos tiram, kicap cair, cuka masakkan, garam, gula, serbuk perasa. ikut kesesuaian tekak masing-masing ok. jangan gaduh-gaduh hehe
    • kemudian biarkan ke tepi
    • Masukkan suhun tadi dalam mangkuk,
    • masukkan chili oil tadi, masuuakn minyak bijan sedikit, kacau sehingga sebati
    • Masukkan kicap manis sedikit , untuk tak nak terlalu pedas.
    • masukkan (bahan hirisan) lobak merah, timun, crabstik, duan ketumbar, cendawan shitake, beef bacon dan gaul sampai sebati. ini optional ya ikut selera masing-masing
    • Taburkan kacang tanah yang di tumbuk kasar serta bijan
    • (Apa yang ada dalam peti ais rumah anda, boleh saja dijadikan bahan penambah)

Makanan ini boleh hidangkan begitu saja, tak perlu masak atas kuali.

Untuk tambahan, boleh kenakan degan telur separuh masak, memang ngam sangat!

Resepi Viral ‘Szechuan Glass Noodle’, Menu Baharu Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kalau keliru, Boleh rujuk pada video ya. mudah saja

video

@zamakmal Boleh buat untuk Bekal, Suhun Ala Szechuan yg tgh viral tp yg ni versi tekak melayu #TikTokChef #resepi #myfoodie #resepimudah #makanlokal ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Lepasni kalau jemu untuk masak masakkan yang sama, nak cuba resepi baharu, boleh cuba resepi ini ya.

Selamat mencuba!

sumber : Tiktok zamakmal

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI