Resepi Viral Masalah Sakit Lutut Hanya Guna, Hanya Guna Epal, Serai & Kayu Manis. Mudah Aje Nak Buat!

Share

Kesihatan amat penting bagi kita menjalani kehidupan dengan sempurna. Jika ada masalah kesihatan tentu akan  menjejaskan kelancaran hidup kita. Ia termasuk masalah sakit di bahagian lutut atau ayat mudah, sakit lutut.

Terdapat pelbagai faktor pencetus sakit lutut antaranya berat badan dan pemakanan. Untuk itu, apa kata, mencuba resepi viral untuk atasi masalah sakit lutut. Nak buat pun mudah dengan bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati.

Ikuti perkongsian puan Akmal

Hamid, mengenai resepi nak atasi masalah sakit lutut ni yang menjadi tular setelah dipaparkan dimedia sosial.

RESEPI VIRAL LUTUT POWER
===================

Dalam tak sedar rupanya ramaiiii sangat antara kita yang ada masalah sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah.

Jom kakmanis nak share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau sebab ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!

Bahan bahan :

2 biji apple hijau potong dadu
4-5 batang serai (kalau buncit guna 3pun cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan
5 gelas air

Cara-cara :

1. Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
2. Minum time suam, 2kali sehari.
3. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu

Kenapa air ni power?
Epal, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni. InsyaAllah.

Kulit Epal Hijau nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Epal ada 5 kali ganda antioxidant.

Rugi lah kalau buang. Betul tak?

Boleh tak ganti kan KMC STICK dengan KMC POWDER,
Eh, mesti lah boleh. Khasiat yang sama kan.

1 KMC STICK = 2sudu teh KMC POWDER

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak.

Selamat mencuba, boleh #share pada mak ayah atau kengkawan yang ada masalah yang sama. Follow Akmal Hamid untuk banyak lagi resepi lain.