Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Ringkas Tapi Sedap. Rupanya Mudah Ajer Nak Buat.

Share

Memasak di dapur ada kalanya mengambil masa yang lama sekiranya tidak dirancang dengan betul. Namun itu semua boleh diatasi jika menggunakan resipi yang ringkas dan mudah.

Apa kata cuba buat sambal ikan bilis kering. Mudah nak bawa ke mana-mana terutama untuk bercuti. Jom buat!

Bahan dan cara penyediaan:

Sambal Ikan Bilis Kering Cili Kacang

Ambil 60-70keping cili. Guna cili tak pedas . Basuh dahulu ya. Cili kering goreng sekejap sahaja. Jangan lama nanti cili jadi pahit. Blender kering sehingga halus.
1-cawan ikan bilis basuh dahulu dan digoreng garing
1-cawan bawang goreng readymate beli kat kedai je
1-cawan kacang tanah di goreng dgn minyak
2-sudu gula pasir
2-sudu perencah ikan bilis sri aji. Gaul semua bahan di atas.

Lihat gambar

siap!

Bahan Sambal cili api

Sambal cili api pula guna segengam atau dlm 100 bji sahaja. Ikut selera anda. Goreng cili api guna minyak dan blender kering. Bahan-bahan lain sama sukatan diatas.

Selamat mencuba!

Kredit: Nor Shamsidah Mohamad