Resepi Roti Golok Viral Yang Mudah Nak Buat. Memang Sedap!

Share

Memang tidak dinafikqn  roti golok sudah menjadi viral  disebabkan lembut dan super gebu.  Roti ni boleh dimakan pada bila-bila masa.

Sesuai juga dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang. Selain itu, boleh juga dijadikan bekalan buat anak-anak ke sekolah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan resepi roti golok viral :

Bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar yis kering

Bahan B

  • 4 cawan tepung roti atau tepung high protein
  • 1 sudu kecil bun softener
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepung

Bahan C

  • Mentega
  • Gula kastor atau gula halus

Cara buat resepi roti golok viral :

#1:  Bancuh Bahan A di dalam cawan dan biarkan selama 5 – 10 minit hingga bancuhan berbuih. Sementara itu, masukkan kesemua Bahan B ke dalam bekas yang besar. Kemudian, kacau atau ramas bahan-bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.

 

2:  Setelah bancuhan bahan A dah berbuih, seterusnya tuangkan ke dalam bahan B tadi. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan. Setelah menjadi doh, doh perlulah direhatkan selama 30 minit hingga 40 minit.

#3: Setalah doh mengembang berkali ganda, anda bolehlah bahagikan kepada doh-doh kecil seberat 20 gram setiap satu. Kita memerlukan 3 doh kecil untuk membuat pintalan bagi menjadikan satu biji roti. Setelah itu, bentukkan doh kecil memanjang-manjang dan pintal mengikut kreativiti masing-masing.

#4: Doh yang telah disiap dibentuk, anda susunkan ia di atas loyang dengan jarakkan antara satu sama lain. Dok kita perlu direhatkan sekali lagi selama 30 minit atau hingga ia mengembang dua kali ganda. Ini bertujuan untuk mendapatkan roti yang lembut dan gebu.

#5.: Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 degree atau mengikut oven masing-masing. Kemudian, bakar roti kita dengan api atas bawah selama 30 minit atau hingga roti masak. Setelah masak, roti perlulah disejukkan terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan bahan C.

#6:  Setelah roti sejuk, sapukan mentega ke atas roti dan taburkan gula kastor atau gula halus. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Puan Zaimah Zakaria