Puding lumut ni memang menjadi salah satu pemanis mulut turun-temurun dari zaman dulu. Setiap kali puasa ke raya ke puding ni memang wajib ada lah.
Selalu makan puding lumut warna hijau je kan, dah bosan. Jom cuba puding lumut warna biru. Wahh nak makan pon tak tergamak sebab comel sangat.
Kombinasi warna biru gelap dengan biru cair tu dah macam awan dengan laut. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh dapurdee di Cookpad.
RESEPI PUDING LUMUT BUNGA TELANG
BAHAN A:
-5 g serbuk agar-agar
-200 ml air
-100 ml air ekstrak bunga telang segar
-60 g gula pasir
-1 sb susu pekat
-1 ketul gula batu
BAHAN B:
-100 ml santan kotak
-100 ml air ekstrak (bunga telang)
-1 esen vanilla
-Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Didihkan satu cawan bunga telang segar dengan 1 cawan air kemudian tapis ekstrak.
2. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan kacau rata. Panaskan hingga mendidih.
Ads
3. Campurkan bahan B kedalam satu periuk. Kacau rata. Apabila bahan A mendidih, masukkan campuran bahan B bersama bahan A. Biar mendidih dan kacau sekali jika nak hasil buih besar. Jika nak hasil buih kecil kacau 3-4 kali. Tutup api.
Berbelanja ada hadnya, tidak boleh terlalu boros terutama bagi yang memiliki ahli keluarga yang ramai. Tetapi, dalam utamakan keperluan anak-anak, kena juga berjimat cermat dalam pembelian dan membeli mengikut kemampuan kita.
Perkongsian Fieya Badar di facebooknya miliknya ini mendapat perhatian netizen. Menariknya ibu ini siap kongsi tips supaya ikan dan kesemua barang basah berada dalam keadaan baik dan segar. Boleh tahan sampai 3 minggu.
Jom ikut cara yang diajarkan Fieya seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk anda.
“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.
Untuk barang basah kami peruntukkan RM150-RM200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.
Eh segar ke ikan tu? Eh tahan lama ke? Eh manis lagi ke bahan tu bila masak? Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye. Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.
Daging
1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu, balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis, 1 bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha..sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.
2. Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.
3. Nak masak, keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatal pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jagung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.
Ikan
1. Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.
2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol, ikan nyok-nyok, ikan pari dan ikan patin, kalau aku beli terus siang dan basuh. Then simpan tanpa bubuh air.
3. Ikan temenung, ikan sardin, ikan sebelah, siang bersihkan dan letak air tenggelamkan ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.
Udang/Sotong
1. Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.
2. Nak masak sama gak macam aku cakap kat atas tu hokeh.
Ayam/Itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.
Sekian. Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki. Nanti up belah sayur lak.
* Bagi yang bekerja, malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
* Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3 jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
Kami shopping kat pasar BM. Setelah duk Penang la. Dulu kat KL kami pegi pasar malam Kampung Pandan/pasar tani pun belambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar Kemunting. Ha ikutlah.
Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki. Tiga minggu makan ni 5-6 orang satu rumah. Bajet 150-200.
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini.
Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
PUDING OREO MILO
BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
150 gram gula pasir
8 keping biskut Oreo
2 sudu besar Milo
CARA MEMBUATNYA
1.Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
2.Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
4.Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
5.Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
6.Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
7.Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sotong Goreng Tepung antara menu feveret yang menjadi kegemaran anak-anak. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Tetapi, setiap kali nak menggoreng, pasti ibu-ibu menghadapi masalah minyak akan meletup dan sadur tepung akan lerai dari sotong.
Selain daripada menggunakan cuka epal untuk mengelakkan sotong dari ‘meletup’ dalam kuali, ini cara yang cukup mudah untuk kekalkan saduran tepung pada sotong ketika menggoreng.
Jom cuba kaedah ini:
Bahan tepung sadur:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
*Gaul sebati semua bahan di atas.
*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
Cara:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
Sumber: rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.