Resepi Mini Pavlova Ala Original Russia, Sempena Nama Penari Balet

Share

PAVLOVA ialah pencuci mulut yang diperbuat daripada meringue. Ha meringue tu apa? Meringue tu acuan telur putih yang dah dikacau dan campur dengan gula. Bila bakar, dia jadi keras.

Pencuci mulut ni digemari ramai dan ia antara yang popular dihidang di hotel atau kafe mewah. Sekarang pon dah ramai dekat negara kita yang jual.

Ikutkan sejarah, Pavlova ni diambil sempena nama penari balet Russia, Anna Pavlova. Anna ni selalu mengembara ke Australia dan New Zealand sekitar tahun 1962.

Tapi ada jugak pandangan lain yang menyatakan Pavlova sebenarnya berasal dari Australia atau New Zealand dan Perancis.

Yang penting Pavlova ni manis dan ringan. Rupa dia pon menarik sebab dihiasi dengan dengan banyak buah-buahan segar. Woww so colourful kan. Baru lah terliur nak makan.

Kalau tersilap buat, memang tak menjadi. Kan dah rugi. Dahla kena guna banyak telur putih kan. Jadi jom kita cuba buat sendiri ikut resepi yang betul…

RESEPI MINI PAVLOVA COMEL COLOURFUL

BAHAN-BAHAN:

-2 biji putih telur
-1/2 cawan gula
-1 tsp esen vanila
-1 tsp cuka
-1 sudu besar tepung jagung
-3/4 cawan non dairy whipping cream
-Strawberi, anggur, mangga dan buah-buahan pilihan sendiri

CARA MEMASAK:
1. Mulakan dengan memutar putih telur sehingga ia berbuih kecil. Masukkan sedikit demi sedikit gula halus sambil memutar. Putar sehingga soft peak. Masukkan esen vanilla dan cuka kemudian kacau secara kaup balik saja.

2. Masukkan tepung jagung. Kacau sebati. Masukkan acuan putih telur yang dah siap diputar ke dalam piping beg.

3. Paip seperti gambar. Bakar dengan suhu 120 darjah selama 1 jam atau sehingga masak. Biarkan 30 minit di dalam oven. Jangan terus keluarkan.

4. Kemudian putar whipping non dairy sehingga kental. Masukkan ke dalam piping beg.

5. Potong buah-buahan secukupnya kecil-kecil. Paipkan whipping cream ke atas pavlova. Hiaskan dengan buah seperti anggur, strawberi,mangga. Nak letak buah lain pon boleh contohnya kiwi dan blueberry.  Siap dan boleh dinikmati.

Nota: Lagi sedap dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais

Selamat Mencuba!

MESTI BACA: Pencuci Mulut Susu Campur Air Soda, Sedap Ke?

Menu Jamuan Raya Sekolah Anak, Pudding Pencuci Mulut Warna-Warni

Dari Menu Makan Berat Sampai Ke Pencuci Mulut, Meriah Betul Berbuka Puasa di Pavilion Bukit Jalil!

SUMBER: Cookpad Muniroh Annuar

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my