Jika anak-anak anda jenis yang suka menu masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, inilah hidangan yang ibu-ibu boleh cuba buat hujung minggu nanti.

Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, hidangan ini juga dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.

Resipi yang dikongsikan oleh puan Putri Bungsu menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)  pasti memikat selera sekeluarga.


Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak 😂😂😂 boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.

IKLAN

Resepi ‘Mango Float’ Cair Di Mulut & Sejuk Di Perut Ini Guna 5 Bahan Utama Jer. Confirm Sedap & Menyegarkan Tekak!

Bahan-bahan :
1. 1 cawan whipping cream
2. 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
3. 200 gm cream cheese
4. 1/2 peket biskut cream cracker
5. 4 biji mangga (dihiris memanjang)
6. 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
7. Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
8. Aluminium foil
9. Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

IKLAN

Resepi ‘Mango Float’ Cair Di Mulut & Sejuk Di Perut Ini Guna 5 Bahan Utama Jer. Confirm Sedap & Menyegarkan Tekak!

Caranya :
Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :

IKLAN

1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.
P/s : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais cream.

Resepi ‘Mango Float’ Cair Di Mulut & Sejuk Di Perut Ini Guna 5 Bahan Utama Jer. Confirm Sedap & Menyegarkan Tekak!

https://www.facebook.com/eda.ayu/videos/10213635295929301/

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI