Lempeng antara hidangan yang mudah nak buat. Tetapi jika salah resepinya memang jadi keras dan tak cantik.
Bagi ibu bapa yang masih bercuti boleh lah masak hidangan untuk anak-anak. Menu raya tolak tepi dulu, apa kata masak lempeng, makan panas-panas dengan sos coklata, madu, sambal tumis atau susu pekat manis, tentu anak-anak suka!
Ikuti perkongsian puan Kaseh Sery via Masak Apa Hari Ini
Resepi Lempeng Viral!
Bahan :
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sgt, tak pekat sgt)
Cara :
Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam. Kemudian, masak lah macam masak lempeng biasa.
*Resepi turun temurun ibuku..satu family suka! Sedap dicicah dgn sambal tumis atau susu pekat manis.
Resepi Aglio Olio Seafood Mudah Dicuba & Sangat Sedap Rasanya. Wanita Ni Kongsikan Caranya Yang Cukup Simple!
Antara semua resipi western, ini yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.Selain gunakan seafood, ibu-ibu boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.
Nah admin sediakan resipinya sekali hasil perkongsian Noor Hidayah Hanapi
Jumaat lepas saja la gua masak-masak sikit utk jamu kawan-kawan kat sekolah
Asyik gua makan makanan deme je, naik segan pulak
Kali ni gua masak Spageti Aglio Olio..pertama kali gua masak spageti aglio olio ni..tengok resepi macam senang je
Asalnya tak nak up resepi kat fb sebab bila gua rasa tak le sedap mana gua masak spageti ni, tapi bila kakak cantik Mata Hati kata sedap dan mintak resepi dan mama manis Noor Hadisah kata rasa macam spageti easy cafe terus gua bersemangat up resepi hahahaha
Gua tau depa bukan ikhlas pun memuji tu, saja ambik hati gua..kawan-kawan gua memang semuanya mulut maneh leting..mama noor tu lagi la nampak penipuannya, tak telan lagi spageti gua masa gua suap dia, terus dia kata sedap 🤣
Nah la resepi bodo-bodo spageti aglio olio kaka ida
Apam Polkadot Versi Tembikai. Comelnya! Patutlah Ramai Share, Dah Lah Sedap, Comel Sangat!
Minggu ini tentu, sekolah atau tadika akan mengadakan open house mengikut kelas. Anak-anak pula akan meminta ibu bapa untuk menyediakan juadah untuk dibawa pada hari berkenaan.
Dalam pada itu, tentu para ibu bersemangat untuk menyediakan juadah yang menarik untuk anak-anak bawa ke sekolah meraikan hari raya bersama rakan-rakan.
Sebagaimana perkongsian oleh Nor Al Fatihah yang berkongsi resepi untuk membuat menu jamuan raya anak iaitu apam polkadot versi tembikai. Kreatif sungguh ibu ini. Apam polkadot comel sangat.
Ikuti resepi oleh ibu ini.
Apam polkadot versi tembikai untuk jamuan raya skolah anak pagi tadi. Tak penah jemu buat kuih bentuk tembikai.
APAM POLKADOT TEMBIKAI (Resepi Hani Nanny)
? 3 bj telur dr peti ais (gred A)
? 220gm gula halus (anggaran 1 cwn)
? 1 sd teh ovallete
? 150ml susu segar/susu cair dr peti ais (anggaran 3/4 cwn)
? 275gm tpg gandum (anggaran 2 1/2 cwn)? 3 sd teh serbuk penaik
? 1 sd teh esen vanila
? filling coklat/strawberry/blueberry dll
? pewarna merah, kuning, hijau & hitam
Cara Buat
? Pkl telur, gula & ovallete dgn high speed hgga kembang & mjadi warna putih
? Masukkan susu, tpg gandum & serbuk penaik yg tlh di ayak & e.vanila. Pkl speed minimum saja hgga sebati
? Bahagi & warnakan adunan. Adunan plain/putih paling byk. Adunan merah & kuning masing2 dlm 1/2 cwn, hijau cerah 1/2 cwn, hijau gelap 3-4 sd bsr, hitam 1 sd bsr (sy anggarkan saja sukatan ni)
? Isi acuan apam dgn papercup. Masukkan stp adunan ke dlm piping bag. Picit adunan plain/putih separuh saja, kemudian picit inti. Ttp semula dgn adunan putih hgga hampir penuh
? Permukaan atas picitkan separuh dgn warna merah/kuning sbg isi tembikai. Kemudian, picit separuh dgn warna hijau. Tinggalkn sedikit line putih di bhgn tgh sbg kulit dlm tembikai. Titikkan adunan hitam sbg biji. Adunan hijau gelap zig zagkan sbg corak kulit luar tembikai. Jika ade buble pd permukaan adunan, cucuk2kan dgn lidi utk hilangkannya supaya bile dh masak apam x berlubang2
? Kukus dgn api kecil/sederhana selama 10-15 mnt @ sehingga masak
CHOCOLATE FILLING (Resepi Noy Yullan)
? 1 1/2 cwn susu segar
? 3 sd bsr serbuk koko
? 5 sd bsr tpg kastad/jagung
? 5 sd bsr gula
? 1/4 cwn coklat masakan/milk coklat kompound Beryls
? 2 sd bsr butter
Cara Buat
? Satukan bsama susu, serb.koko, tpg kastad & gula. Kacau dgn whisk hgga larut
? Kemudian, masukkan coklat & butter. Kacau di atas api sederhana hgga pekat & mdidih. Tutup api. Sejukkan sblm digunakan
Resipi German Cookies, Biskut Raya Cair Di Mulut & Cukup Mudah Nak Buat. Hanya Guna 5 Bahan Jer!
German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felula ini.
German Cookies @ Deutshe Kekse 🇩🇪
Kuih Raya yg agak rare sikit this year 🤭 Siap!!
Saje ja kalini try buat rainbow version 😘 biskut ni texturenya sgt light & melt in your mouth gitu 🤭
Budak2 mesti suka sgt 😋 Jom Cuba
Resepi:
350 gram mentega (saya guna Anchor Salted)
375 gram tepung kentang/potato starch
200 gram tepung gandum
100 gram gula aising, diayak
secubit garam
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.