
Lempeng antara hidangan yang mudah nak buat. Tetapi jika salah resepinya memang jadi keras dan tak cantik.
Bagi ibu bapa yang masih bercuti boleh lah masak hidangan untuk anak-anak. Menu raya tolak tepi dulu, apa kata masak lempeng, makan panas-panas dengan sos coklata, madu, sambal tumis atau susu pekat manis, tentu anak-anak suka!
Ikuti perkongsian puan Kaseh Sery via Masak Apa Hari Ini
Resepi Lempeng Viral!
Bahan :
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sgt, tak pekat sgt)
Cara :
Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam. Kemudian, masak lah macam masak lempeng biasa.
*Resepi turun temurun ibuku..satu family suka! Sedap dicicah dgn sambal tumis atau susu pekat manis.
Penting Tapis Dahulu Tepung Sebelum Guna, Elak Dari Termasuk Ulat Atau Bubuk Dalam Makanan!

Setiap kali nak buat kek ke biskut, mak-mak suka ayak atau tapis terlebih dahulu sebelum guna. Betul tak? Ini kerana mahukan struktur tepung lebih nipis, tidak mudah berketul dan lebih lembut.
Tapi ada satu sebab lagi kenapa pentingnya tapis dahulu tepungnya, iaitu untuk elak sebarang benda lain masuk ke adunan atau ulat tepung seperti yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi Tiktok, @cerokdapodotcom.
Ulat kecil yang masih lagi bergerak itu dapat dilihat dengan jelas menerusi video yang telah dikongsikan itu.
Menurut pengguna akaun TikTok ini, penemuan tersebut antara sebab kenapa tepung gandum perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan. Biasanya tepung tersebut perlu dibuang saja jika terjumpa ulat seperti ini.
Perkongsian video yang berdurasi 18 saat itu mendapat perhatian warganet di aplikasi tersebut dengan peroleh lebih 800 ribu penonton. Malah ada juga yang berkongsi pernah berhadapan situasi seperti ini. Malah ada yang komen tepung tersebut tak perlu dibuang, boleh dibuat untuk basuh ayam atau kegunaan lain.
Lihat video penuh di bawah:
@cerokdapodotcom #cerokdapodotcom #homemadebakers #bakerskajang #masukberanda #fypdongggggggg ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)
Sumber: @cerokdapodotcom (TikTok)
Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Praktik 7 Langkah Ni. Boleh Tahan Sampai Esok!

Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
- Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
- Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
- Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Kerabu Epal Hijau Buat Agen Tambah Nasi Tak Pandang Kiri Kanan Dah

Kita biasa dengar kerabu mangga, biasa orang buat lauk makan bersama nasi. Tapi kali ini kita buat satu kelainan sikit, kita buat Kerabu epal hijau. Rasa dia memang segar, dan lebih sedap dari mangga bagi pendapat saya.
Mungkin ramai yang dah tau resepi dia, tapi kita share juga sebab senang dan sedap. Tak perlu masak atas kuali pun. Potong dan gaul saja
BAHAN-BAHAN
■Cili merah+cili padi
■1 Biji Bawang besar(hiris halus)
■3 biji epal hijau (hiris halus)
■1 biji bawang besar(hiris halus)
■1 sudu kecil garam (agak² la)
■2 sudu gula
■Secubit belacan
■1 sudu maggi cukup rasa
Satukan semua bahan gaul sebati
Kemudian boleh ratah begitu saja pun sedap. Hati-hati, kalau buat lauk ni memang buat ajen tambah nasi tau. Memang selera betul makan ada masam-masam ni. Selamat mencuba!
Kredit : Azura Tahir