Lempeng antara hidangan yang mudah nak buat. Tetapi jika salah resepinya memang jadi keras dan tak cantik.
Bagi ibu bapa yang masih bercuti boleh lah masak hidangan untuk anak-anak. Menu raya tolak tepi dulu, apa kata masak lempeng, makan panas-panas dengan sos coklata, madu, sambal tumis atau susu pekat manis, tentu anak-anak suka!
Ikuti perkongsian puan Kaseh Sery via Masak Apa Hari Ini
Resepi Lempeng Viral!
Bahan :
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sgt, tak pekat sgt)
Cara :
Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam. Kemudian, masak lah macam masak lempeng biasa.
*Resepi turun temurun ibuku..satu family suka! Sedap dicicah dgn sambal tumis atau susu pekat manis.
Petua Cili Kisar Tahan Lebih Lama & Tak Berkulat, Boleh Simpan Sampai Sebulan Jika Ikut Cara Ni!
Cili kisar antara stok wajib yang sentiasa ada di dalam peti ais di rumah kita. Bukan hanya untuk dijadikan dalam masakan jenis bersambal tetapi cili kisar ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan lain. Jadi tak hairanlah ia sentiasa ada di dalam peti ais.
Pun begitu menyimpan cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Ini cara yang dikongsikan oleh CT Liz.
Jom cuba!
Ini cara saya blend cili kering tahan lama. Kadang-kadang sampai sebulan masih elok tak berkulat.
1. Rebus cili kering hingga mendidih. Tutup api. Toskan air, tak perlu basuh untuk kali kedua. Terus masuk blender dan kisar.2. Blend- cili kering + air tapis + minyak masak & bawang putih. Tak boleh guna air paip sebab ada klorin jadi pes akan cepat berkulat, jika tiada air tapis guna air masak yang dah dimasak.
3. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais bawah. Tahan 2 minggu – 1 bulan, kalau simpan dalam peti beku, tahan setahun.
4. Kalau nak masukkan bawang besar, selepas di blend. Cili kena masak balik hingga bawang dan cili serasi, betul-betul masak serta pekat. Pes tak tahan lama berbanding hanya masukkan bawang putih sahaja.5. Bawang putih anti bakteria, jadi tak perlu risau jika dikisar mentah sebab tak berkulat jika ikut langkah yang betul.
Segarkan Tekak Dengan Minuman Soda Herbs Yang Nyaman ini. Wow, Tengok Pun Dah Terliur!
Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai hidangan ketika cuaca panas tengah hari.
Boleh juga disediakan sebagai hidangan istimewa ketika majlis harijadi, kenduri kesyukuran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.Pasti menarik! Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
1.5 liter air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Cara membuat:
Bersihkan semua bahan-bahan.
Hiriskan lemon nipis-nipis.
Sediakan bekas yang bersesuaian.
Letakkan daun pudina secukupnya.
Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris nipis dan diikuti asam boi putih.
Seterusnya masukkan buah laici atau longan.
Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
Letakkan ketulan ais jika suka.
Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya. Sedia dinikmati!
Info Ekstra:
Jika rasa terlalu manis, boleh juga tambahkan sedikit air mengikut cita rasa masing-masing.
Sumber: Azlita Masam Manis
Mango Float, Masam-masam Lemak Manis Rasanya. Nak Buat Ni Resipinya!
Dalam banyak-banyak menu pemanis mulut yang enak dimakan, tentunya mencuba rasa Mango Float tidak kurang hebatnya.
Seakan melihat juadah ini terhidang, sudah tergambar keenakannya. Jadi tunggu apa lagi, ayuh dicuba untuk menyediakan menu ini untuk dapat dirasa seisi keluarga.
Mango Float
Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk malam ni. Nak puasa ni selera macam-macam. Siapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa.
Nah resepinya.
Bahan-bahan :
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
Caranya :
1. Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi.
2. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :
1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut di dalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.
P/s : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais cream.
Sumber : Putri Bungsu via MAHN