Istimewa untuk pencinta kerabu, korang wajib cuba resepi baru kerabu ini. Haa kerabu apa? Mesti lah kerabu tembikai. Mungkin ada yang dah pernah dengar dan cuba kerabu tembikai ni tapi bagi yang tak pernah dengar, pelik kan?
Kerabu tembikai ni menu unik orang Utara. Boleh makan dengan nasi. Nak makan saja pon boleh. Boleh cuba makan dengan roti jugak, ha berani tak? Tapi makan kerabu tembikai dengan nasi ni ibarat makan nasi dengan tembikai je kan. Bukan setakat orang Utara, orang Kelantan pon dah biasa makan nasi berlaukkan tembikai.
Jom kita cuba resepi kerabu tembikai di bawah….
BAHAN-BAHAN:
1/4 biji tembikai, isi dikikis
2 ulas bawang merah, hiris nipis-nipis
3 biji cili padi, hiris halus
1 inci belacan, dibakar
Secubit garam
1 sudu teh perasa tambahan, optional
CARA PENYEDIAAN:
1.Mula-mula kikis isi tembikai menggunakan sudu
2.Kemudian campur semua bawang merah, cili padi, garam secukup rasa dan belacan. Kemudian gaul sekata. Dah siap.
3.Boleh dihidang untuk dinikmati bersama nasi putih.
Selamat mencuba resepi baru!
MESTI BACA: Resepi Bihun Sup Siam Sedap, Rasa Macam Bercuti Di Thailand
Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate
Arwah Jiran Indonesia Kongsi Resepi Asli Bakso, Sedap Makan Ketika Musim Hujan
SUMBER: Cookpad airtangan_ummirizqi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my