Istimewa untuk pencinta kerabu, korang wajib cuba resepi baru kerabu ini. Haa kerabu apa? Mesti lah kerabu tembikai. Mungkin ada yang dah pernah dengar dan cuba kerabu tembikai ni tapi bagi yang tak pernah dengar, pelik kan?
Kerabu tembikai ni menu unik orang Utara. Boleh makan dengan nasi. Nak makan saja pon boleh. Boleh cuba makan dengan roti jugak, ha berani tak? Tapi makan kerabu tembikai dengan nasi ni ibarat makan nasi dengan tembikai je kan. Bukan setakat orang Utara, orang Kelantan pon dah biasa makan nasi berlaukkan tembikai.
Masalah utama bila masak lemak telur ialah telur pecah dalam kuah atau gulai. Tak kisahlah sama ada telur itik mahupun telur ayam, kerap kali telur-telur yang dimasak akan pecah.
Masak Lemak Telur, Ini Petua Supaya Telur Cantik, Elok, Tak Pecah
Sebenarnya ada tip yang boleh kita praktik supaya telur untuk masak lemak ini menjadi elok tak pecah bila masak. Berikut cara yang dikongsikan oleh Chef Ahmad Shukri Amiruddin
Petua masak telur supaya tak pecah bila masak. Boleh gunakan telur ayam selain telur itik. Bahan utama yang digunakan ialah cuka.
Berikut langkah demi langkah cara memasak telur ayam atau itik supaya tidak pecah.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Didihkan air, kuantiti suku periuk atau atau agak-agak tenggelam telur.
2. Kemudian masukkan 4 sudu cuka dalam periuk.
3. Bila air mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah.
4. Telur akan jadi bulat atau bujur. Bila telur dah masak, tos air dan masukkan telur dalam kuah kuning yang telah dimasak.
Jangan ingat goreng ayam ni senang seperti goreng nuget. Hanya masukkan dalam minyak panas, kemudian tunggu beberapa minit dan nuget telah siap dimasak dengan sempurna.
Apa yang selalu terjadi bila kita makan ayam goreng, luar nampak garing tapi di bahagian dalam atau isi masih berdarah. Kalau terkena memang boleh putus selera untuk terus menikmati ayam goreng yang ada di depan mata.
Ayam tidak masak dengan sempurna. Masih berdarah isinya.
Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan. Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.
1. Kelar dan kukus seketika
Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.
2. Gunakan minyak yang banyak
Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.
3. Masak bahagian yang sama
Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak. Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.
4. Pastikan api sederhana
Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna. Sebaiknya gunakan api sederhana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sos cili Thai memang enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan. Sebagai sos pencicah yang wajib ada bagi melengkapkan menu bergoreng sudah tentulah rasa masam, manis dan pedas itu perlu ada.
Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh dijadikan sebagai bahan perasa dalam masakan.
Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
3. Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
4. Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Memang puas hati kalau buat sendiri. Terjamin kebersihannya.
Kredit resepi: imah rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.