Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury Ini Memang Superb.

Share

Masakan kek memang menjadi idaman setiap orang. Salah satunya Kek Batik Indulgence Cadbury.

Ikuti perkongsian encik Muhamad Ali hingga mendapat share 3K

 

Atas permintaan ramai sgt yg nk resepi jadi sy kongsikan resepi dari ibu saya. Dia izinkan sy share kepada semua yg nk try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pum kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman skrg ni tak helok manis2 sangat. Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan2 nya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan kesabaran yg tinggi sikit ja..tak banyak sikit je .
So sy share resepinya ya
.
Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali 

Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
.
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
👉🏻4 telur
👉🏻200g buttercup/marjerin
👉🏻300 g biskut merry
👉🏻3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
👉🏻2 sudu gula
👉🏻4 sudu susu pekat
👉🏻Secubit garam


Cara2 nya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
.
Dah agak2 pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau
.
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
.
2- Cheese cream
👉🏻120g whipping cream
👉🏻Setengah sudu essen vanilla
👉🏻250g cream cheese

bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
.
3- Toping Cadbury
👉🏻120 g whiping cream
👉🏻3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nk masukkan yg coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sbb tak nak bagi manis sgt.)
Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertuko
Double boil kan semua bahan2 di atas
Tuang atas cream cheese tadi
. Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan
Selamat mencuba!