Menu sup ni bukan satu je, ada banyak. Bukan kita orang melayu je makan, menu sup ni hampir satu dunia memang ada menu sendiri kan. Sup pon boleh dimakan dengan banyak benda contohnya bihun, mee, dan juga nasi.
Ada satu menu sup siam iaitu bihun sup siam. Sangat sedap. Yang buat dia rasa lagi sedap bila ada lobak jeruk masin yang dicincang halus dalam sup tu. Sampai bermangkuk-mangkuk tambah.
Jom kita cuba resepi bihun sup siam yang dikongsikan oleh dapurfaafeefoo di Cookpad!
BIHUN SUP ALA SIAM
BAHAN SUP:
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 periuk air
2 ketul dada ayam (nak tambah daging, tulang & perut lembu pun boleh)
1 paket sup bunjut
1 kiub ayam
Sos ikan secukup rasa
Kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam
Segenggam taugeh
BAHAN LAIN:
Bihun yg dicelur
Taugeh
Kangkung
Kacang tumbuk
Lobak asin cincang halus
Air lada (kisar cili api, jus limau, garam & gula secukup rasa)
Potongan limau nipis
Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1.Ketuk halia & bawang putih. Didihkan air dan masukkan bahan diketuk tadi, ayam dan sup bunjut. Kacau sehingga ayam masak dan mendidih. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
2.Kecilkan api sup. Masukkan kiub ayam, sos tiram, sos ikan, kicap lemak manis dan lada hitam. Biar api kecil dalam setengah jam. Masukkan taugeh, kacau sekejap, adjust rasa. Dah siap tutup api.
3.Hidangkan bihun, sup dan semua bahan sampingan yang lain ikut citarasa. Selamat mencuba!
MESTI BACA: Resipi Sambal Penyet Kaw Kaw Pedas Buat Berbuka, Ringkas Tapi Super Sedap!
Ikut Saranan Doktor Nak Support Isteri Menyusu, Lagi Isteri Semangat!
Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate
SUMBER: Cookpad dapurfaafeefoo
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my