Tugas seorang ibu memang mencabar lagi-lagi kini ada yang bekerja di rumah sejak arahan PKPB. Jadi tentunya ibu-ibu mencari menu yang ringkas tapi sedap untuk hidangan keluarga.
Jika nak cuba resipi yang ringkas salah satunya boleh bihun rebus. Walaupun nampak simple tapi jika salah bahan-bahannya masakan ini biasa-biasa tiada memberi rasa yang enak.
Menarik perkongsian resipi oleh puan Haniza Ishak, resipi bihun rebusnya telah tular lantaran cara penyediaan yang ringkas tapi sedap. Bahkan beliau berkongsi rahsia penyedap bihun rebus ini yang dikatakan adalah versi negeri Terengganu.
Jom ikuti resipi berikut.
Resepi Bihun rebus sedap versi Terengganu
Bahan kisar
*2 biji Bawang besar
*5 biji Bawang putih
*Halia sikit
-Isi ayam
Cara penyediaan:
-Tumis bahan kisar *, masukkan air,(adjust la byk mana kita nak kuah), isi ayam..
-Masukkan serbuk lada hitam, bila dh mendidih masukkan sayur2,cili padi yg diketuk,telur, garam.
Saya celur bihun. Sbb ada yg nak makan lambat. Kalu nak masukkan siap2 mee @ bihun masa masak tu pun boleh.
Rahsia penyedap
*Rahsianya kat sini., bawang-bawang tu kena kisar. Dan kena lebihkan. Baru kuah rasa manis2 dr bwang tu. Sebelum ni buat tumbuk ja.
Selamat mencuba! Memang sedap, boleh dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.
Sumber: Haniza Ishak