Belum ada idea menu bekalan untuk anak ke sekolah? Mungkin ibu-ibu boleh mencuba resepi ayam ala-ala KFC. Cara membuatnya mudah dan mengunakan bahan yang murah dengan tambahan tepung khas. Kerangupan ayam goreng ini tentu membuat anak teruja untuk menjamah bekalan ke sekolah. Ikuti cara yang disediakan oleh Puan Yatie Tie.
Bahan bancuhan:
Tepung jagung.
Tpung beras..
Telor..
Baking pawder
Garam sedikit
Air.
Cara membuatnya:
Bncuh bahan ni mcm bncuh tpong greng pisang.
Tos ayam. Masuk kan dalam bancuhan.
Ambik bekas masuk kan tepung bistari..Beli yang pedas sedap sedikit.
Ambik ayam yang dicelop dalam tepung tu.. Masuk kan dalam bekas dan gaul dalam tepung bistari.
Panaskan minyk dan goreng.
Siap untuk dihidang bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: FB Yatie Tievia Masak Apa Hari Ni (MAHN)