Bukan mudah untuk menambat hati keluarga dengan masakan yang berbeza dan juga sedap. Apa kata cuba resipi mudah ini. Resepi ayam bakar cili padi mudah & ringkas dan cepat! Rasa pun sedap. Jom cuba!
_________
Resipi
1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Bahan kisar
——————–
1 btg serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
– semua bahan ni kisar atau tumbuk
Cara buat
– campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pd keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
– bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tgok2 api, jgn kering sgt. Biar isi ayam tu lembab2 sikit. Leh gak bakar guna kuali ajaib, pandai2 adjust api.
Selamat mencuba!
kredit : rarra sakura
Resepi Pulut Mangga Lemak Macam Di Hatyai, Jom Cuba Buat Sendiri
Siapa suka pulut? Bila cakap pasal pulut, macam-macam boleh makan dengan pulut. Contohnya pulut durian, pulut ayam dan pulut tapai. Ha banyak kan tu.
Pulut ni boleh makan dengan apa-apa ja tapi yang ada angin tu jaga-jaga sebab pulut katanya boleh menyebabkan angin.
PULUT MANGGA LEMAK
Kombinasi pulut dengan buah yang paling sedap mestilah mangga atau pelam. Pulut mangga ni sejenis pencuci mulut tradisional yang terkenal di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Ramai yang ingat pulut mangga ni menu utama tapi bukan, ia sejenis pencuci mulut je.
Kalau belah Perlis, buah mangga yang digunakan ialah Harum Manis. Kalau musim buah Harum manis je memang popular lah pulut mangga ni.
Hidangan ni dimakan oleh seluruh negara seperti Thailand, Laos, Vietnam dan termasuk negara kita. Kalau dalam inggeris ia dipanggil “mango sticky rice”.
Mana la tahu mungkin ada yang tak familiar dengan nama inggeris. Pulut mangga ni paling senang nak buat sendiri. Tak perlu masuk restoran Thailand ke apa. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras pulut
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Kuah Santan:
200 ml santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Buah:
2 biji buah mangga masak
CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam beras pulut 1 cawan kemudian toskan.
2. Reneh 1 cawan air dalam periuk nasi elektrik. Apabila air mendidih, masukkan beras pulut dan garam. Setelah masak, sejukkan dalam bekas.
3. Campurkan santan, garam dan gula ke dalam periuk. Panas kan dengan api kecil sekejap dan kemudian tutup api. Sejukan.
4. Kuah santan yang siap dimasak sedia dihidang bersama pulut dan mangga.
Tips: Kalau tak masukkan gula dalam santan, boleh makan dengan sirap gula melaka. Selamat mencuba!
MESTI BACA: Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang
Resepi Sup Wonton Ayam Ala China, Sedap Makan Panas-Panas
Masak Selalu Je Tak Jadi! Resepi Coklat Cupcake Ni Garenti Jadi!
SUMBER: Cookpad Salween
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Teringin Nak Buat Sendiri Nasi Arab Tapi Tak Reti? Ikut Je Step By Step Ni ,Gerenti Jadi!
Bila duduk rumah ni, untungnya boleh asah skill memasak. Mana taknya, pantang nampak ibu macam tak berapa nak busy, ada la yang request makanan yang susah-susah!
Misalnya macam resipi yang min nak share hari ni, Nasi arab. Sesetengah resipi ada guna rempah tambahan kan untuk bagi sedap? Haaa tak payah semua tu! Ikut Je cara ni, mudah, ringkas & paling penting sedap. So… tunggu apa lagi? P cari pen kertas catit resipi dari Noor Atika Mahamood ni cepat!
~~ Assalammualaikum, hari ni sy nak kongsikan resepi Nasi Arab yg simple utk berbuka… Resepi ni sy R&D sendiri (olah sedikit drpd resepi2 yg sy study),,setiap org kan ada cara dan citarasa sendiri,, 😃😁 ok Jom tgk bahan2 dan tutorial dibawah 👇👇👇
NASI ARAB SIMPLE 👩🍳👩🍳👩🍳
Bahan rebus ayam :
– 4 ketul ayam bahagian peha
– 1 sk ketumbar
– 1 sk jintan putih
– 1 sk jintan pedas
– 1 sk lada hitam
– 1/2 sk lada putih
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 sk rempah beriani
– sedikit garam
** Cara memasak ada pd setiap gambar.
Cara-cara rebus bahan:-
1. Rempah ratus utk rebus ayam dan menumis nasi.
2. Cuci ayam bersih2, toskan, hiris2 mcmni supaya bila rebus nanti.. Segala rempah ratus meresap dlm ayam. Ayam akan jd sedap in sha Allah 😊
3. Masukkan rempah2 utk rebus ayam. Ketumbar,jintan putih, jintan pedas, lada hitam, lada putih, garam, kiub ayam, tomato & rempah beriani.
4. Masukkan air.
5. Rebus sampai ayam empuk.
6. Bila dah empuk, keluarkan ayam dan toskan. Ayam akan digaul dgn bahan2 perap pula. Air rebusan ayam akan digunakan utk masak nasi.
Bahan Perap Ayam :
– 1 sb sos tiram
– 1 sb sos cili
– 1 sk serbuk ketumbar
– 1 sk serbuk bwg putih
– 1 sb serbuk kari
– 1 sb madu
** gaul dan perap ayam. Kemudian bakar.
Nak beli barang dapur yang super murah? Meh klik kat SINI !
Cara-cara perap & goreng ayam :-
1. Lumurkan rempah2 dan perapkan sekejap. Sy perap setengah jam je. (kejar masa nk masak takut lewat nnti tak sempat nk buka puasa)🤣
2. Bakar ayam, suhu 230’c masa 30minit @ikut oven masing2.
** ayam ni kalau tak nk bakar pun blh. Blh juga kukus ayam diatas /nasi atau goreng. Ikut citarasa masing2 lah ye. Mana2 yg senang bg kita.
3. Selepas 30minit, ayam siap dipanggang.
Bahan Nasi :
– 2 cawan beras basmathi (rendam 20min)
– 3 sekawan
– 1 biji bwg besar hiris
– sedikit halia hiris
– 2 sb butter + 2 sb minyak masak
– 2 sb rempah beriani
– Sedikit pewarna kuning
1. Utk nasi pula, panaskan butter+minyak, tumiskan bwg besar, halia dan 3 sekawan sampai naik bau. Selepas itu masukkan rempah beriani.
2. Masukkan beras basmathi yg dah direndam 20minit. Tumis sekejap. Lps tu masukkan air rebusan ayam td. Nisbahnya -> 1 cawan nasi = 1 cawan 1/2 air ( 1 : 1 1/2)
Sy masak 2 cawan nasi. Bermakna Sy masukkan 3 cawan air rebusan ayam. Ok faham kn? 😊
3. Alhamdulillah cantik kejadiannya 😍
** Sy tak tambah garam pd nasi sbb air rebusan ayam td dh ada garam. Tp terpulang citarasa masing2 samaada nk tambah garam lg atau tidak.
4. Masukkan pewarna kuning sikit. Cara sy pakai syringe (baru).
Lps tu tutup periuk biar nasi kering lg 10 minit baru gembur2 pakai garfu.
Bahan Salad Salsa :
– 1 biji tomato
– 1 biji bwg sederhana besar
– 1/2 biji timun
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam, gula dan jus lemon
** Potong kiub bahan2 diatas, gaul dgn garam dan gula. Perahkan jus lemon. Siap.
Bahan Sambal :
– 1 biji tomato
– 2 biji bwg putih.
– 2 biji lada merah basah
– 5 biji cili padi
– setangkai daun ketumbar
– gula, garam sesedap rasa
** Blendkan bahan2 diatas bsama sedikit air. Kemudian masak dlm periuk sampai agak pekat sikit. Perasakan. Siap !!!
Gula Perang Atau Putih Mana Satu Hendak Dipilih? Dr Ni Bagi Faktanya!
Ada orang kata gula perang lebih bagus digunakan berbanding gula putih untuk menjaga kesihatan. Benarkah?
Mencari jawapan tersebut, baik kita baca perkongsian daripada doktor ini yang pastinya berasaskan fakta. Jom semak perkongsiannya.
GULA PERANG & GULA PUTIH: APA PERBEZAANNYA?
Gula adalah bahan yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat kita hari ini. Tanpa gula kita akan rasa segala makanan dan minuman tidak lagi sedap dan menyelerakan.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah merbahaya kepada kesihatan.
Oleh kerana itu, kita selalu mendengar pendapat yang menyatakan bahawa gula perang adalah lebih baik daripada gula putih. Adakah pendapat ini benar dan berlandaskan bukti kajian sains yang betul.
PERBEZAAN NUTRISI – GULA PERANG & GULA PUTIH.
Sebenarnya gula perang dan gula putih kedua-duanya adalah dibuat daripada tebu atau daripada lobak bit . Kebanyakan gula perang adalah dihasilkan dengan mencampurkan gula putih dengan molasses iaitu sejenia gula perang cecair.
Molasses ini menyebabkan warna gula menjadi perang dan menambahkan sedikit kandungan nutrisinya. Penambahan ini akan menambahkan kandungan kalsium,zat besi dan potassium didalamnya. Data menunjukkan, jumlah penambahan nutrisi ini adalah sangat sedikit dan tidaklah menjadikan ianya sumber terbaik kepada nutrisi tersebut .
Gula perang juga mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja.
PERBEZAAN PENGHASILAN – GULA PERANG & GULA PUTIH
Gula dihasilkan samada daripada tebu atau lobak bit, walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara pengahsilan gula perang dan gula putih. Langkah pertama adalah jus daripada tebu atau lobak bit di ekstrak, di pekatkan dan di panaskan untuk membentuk pekatan perang yang di panggil ‘molasses’ .
Kemudiannya molasses perang bergula ini di putar dengan mesin ‘centrifuge’ untuk mengasingkan kristal gula dengan molasses . Kristal gula putih di proses seterusnya untuk mengasingkan lebihan molasses dan menjadikan kristal gula lebih kecil. Seterusnya, kristal gula di tapis melalui sistem penapisan untuk menjadikannya gula putih yang biasa kita lihat.
Gula perang halus (refine) adalah gula putih halus yang dicampurkan semula dengan molasses. Manakala, gula perang yang kasar (unrefined) melalui proses yang kurang berbanding proses menghasilkan kristal gula putih yang menjadikan ia mempunyai kandungan molasses yang lebih tinggi dan warna perang yang asli.
PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Gula putih dan gula perang di gunakan dengan cara berbeza dalam seni masakan dan pembuatan kek. Ia juga digunakan secara bersama untuk mengolah warna, tekstur dan rasa masakan dan makanan.
Molasses dalam gula perang lebih kuat mengekalkan lembapan (moisture), oleh penggunaannya dalam pembuatan kek akan menjadikan kek tersebut lembut tetapi lebih pejal. Biskut yang dibuat menggunakan gula perang akan menjadi lebih ‘moist’ (lembab) dan pejal dan biskut yang menggunakan gula putih akan menjadikan ianya lebih kembang dan rapuh serta lebih kering.
.
Oleh kerana perbezaan sifat ini maka gula putih dan gula perang digunakan untuk tujuan berbeza dalam pembuatan kek dan biskut untuk tekstur, rasa dan kerapuhannya. Gula perang juga digunakan sebagai sapuan untuk mengilatkan makanan dan juga sebagai sos gula seperti dalam sos barbeque dan sebagainya.
PERBEZAAN GULA PUTIH & GULA PERANG
.
Perbezaan utama diantara gula putih dan gula perang adalah kerana ‘rasa’ dan ‘warna’ serta kesan tekstur kepada makanan yang disediakan. Ia bukanlah kerana perbezaan kepada kesannya kepada kesihatan atau kesannya kepada indeks glisemik (GI). Oleh itu pendapat yang menyatakan gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sama serta nilai nutrisi yang hampir sama iaitu kedua-duanya mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa didalamnya.
Menukar gula putih kepada gula perang hanya akan mengubah warna dan rasanya sahaja dan tidak menjadikan makanan atau minuman tersebut lebih sihat.
Menggunakan gula perang dalam pembuatan kek cokelat dan kek buah adalah lebih sesuai daripada segi rasanya dan warnanya berbanding dengan gula putih.
Menggunakan gula putih lebih sesuai untuk kek atau biskut yang berwarna cerah dan juga produk makanan yang memerlukan rasa yang lebih manis seperti kek span dan pastri manis.
YANG MANA SATU HENDAK DI PILIH?
Samada anda menggunakan gula putih atau gula perang, kesannya kepada kesihatan adalah serupa. Oleh itu pemilihan hanyalah berdasarkan rasa, warna dan tekstur makanan yang ingin dibuat. Walaupun gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih berbanding gula putih, tetapi jumlah kandungan mineral didalamnya terlalu kecil sehinggakan ia tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada kesihatan.
Gula adalah faktor risiko utama yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang berlaku sekarang seperti obesiti , diabetes, penyakit jantung , kanser dan sebagainya . Oleh kerana itu pengambilan gula perlu dikawal dan di kurangkan seminimum yang boleh iaitu kurang daripada 5 sudu teh sehari iaitu dalam anggaran kurang daripada 5% gula tambahan daripada jumlah kalori keseluruhan pemakanan seharian kita .
Pengambilan sekali sekala makanan manis bergula masih boleh diterima, tetapi penggunaan secara berterusan setiap hari akan menjadikan seseorang ketagih kepada rasa manis gula dan untuk jangkamasa panjang memudaratkan kesihatan .
Menggunakan alternatif gula perang menggantikan gula putih bukanlah satu alternatif yang sihat dan betul kerana kedua-duanya sebenarnya sama tentang kesan negatifnya kepada kesihatan. Penggunaan pemanis gantian seperti stevia atau lakanto adalah lebih baik dan lebih sihat.
KESIMPULAN
Gula perang dan gula putih adalah dua jenis gula yang sangat mudah diperolehi di pasaran. Walaupun terdapat perbezaan sedikit diantara keduanya dari aspek warna dan rasanya, tetapi kesannya kepada kesihatan adalah SAMA kerana kandungan nutrisi yang sama.
Pengambilan gula samada gula perang atau gula putih masih perlu kita hadkan dalam pengambilan makanan setiap hari untuk mengurangkan risiko jangkamasa panjang kepada kesihatan umumnya.
Tambahkan manis dalm senyuman, kurangkan manis dalam pemakanan, Insyaallah.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan:
1. https://www.ers.usda.gov/topics/crops/sugar-sweeteners/background/
2. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/343930/nutrients
3. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/468247/nutrients
4. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/B9780128022399000141
5. Barker AL, Dayan FE. Fate of Glyphosate during Production and Processing of Glyphosate-Resistant Sugar Beet ( Beta vulgaris). J Agric Food Chem. 2019 Feb 20;67(7):2061-2065. doi: 10.1021/acs.jafc.8b05672. Epub 2019 Feb 11.
6. Singh, Amandeep et al. “Phytochemical profile of sugarcane and its potential health aspects.” Pharmacognosy reviews vol. 9,17 (2015): 45-54. doi:10.4103/0973-7847.156340
7. Delli Bovi, Anna Pia et al. “Obesity and Obesity Related Diseases, Sugar Consumption and Bad Oral Health: A Fatal Epidemic Mixtures: The Pediatric and Odontologist Point of View.” Translational medicine @ UniSa vol. 16 11-16. 1 Jul. 2017
8. DiNicolantonio, James J, and James H OKeefe. “Added sugars drive coronary heart disease via insulin resistance and hyperinsulinaemia: a new paradigm.” Open heart vol. 4,2 e000729. 29 Nov. 2017, doi:10.1136/openhrt-2017-000729
9. Yang Q, Zhang Z, Gregg EW et al. Added sugar intake and cardiovascular diseases mortality among US adults. JAMA Intern Med. 2014 Apr;174(4):516-24. doi: 10.1001/jamainternmed.2013.13563.
10. Rippe JM, Angelopoulos TJ. Sugars and Health Controversies: What Does the Science Say?. Adv Nutr. 2015;6(4):493S–503S. Published 2015 Jul 7. doi:10.3945/an.114.007195.
11. Bhardwaj, Bhaskar et al. “Death by Carbs: Added Sugars and Refined Carbohydrates Cause Diabetes and Cardiovascular Disease in Asian Indians.” Missouri medicine vol. 113,5 (2016): 395-400.
sumber : Dr Norman Norawi