Tersentuh hati membaca perkongsian jurulatih keibubapaan, Dr Taufik Razif yang berkongsi cerita pengalamanya berada di Syria kini.
Beliau dengan beberapa ahli Serantau Muslim telah ke Jordan dan Beirut minggu lepas untuk misi kemanusiaan, melahirkan rasa hiba melihat keperitan hidup rakyat di sana.
Benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika kita leka dengan segala ‘kemewahan’ makanan yang enak di bazar ramandan atau dimasak isteri tersayang pelbagai hidangan serta minuman pelbagai rasa untuk berbuka puasa, masyarakat di sini sebaliknya.
Salah satu perkongsian yang dipaparkan oleh Dr Taufik ini mengundang sebak bahawa ada antara mereka mempunyai ikhtiar untuk mendapatkan minuman sejuk untuk berbuka puasa. Sungguh mereka begitu tabah dan redha dengan situasi negara.
Alang alang nak buka puasa kejap lagi ni saya nak kongsi sikit la pada korang resepi air sedap di kem Pelarian Syria yang saya baru dapat daripada keluarga Syria Pakcik Abdullah semalam
Resepi Air Pelarian Syria
———————————–
1. Cari baju anda yang paling menyerap peluh & lembapan
Ads
2. Gunting dan lubangkan beberapa bahagian baju tersebut
3. Tuangkan air dingin waktu subuh ke dalam botol plastik
4. Ikat dan lilit baju yang sudah digunting dan dilubangkan tadi pada botol tersebut
5. Simpan air tersebut di tingkap kemah yang berdebu sehingga waktu berbuka puasa
Siap! InsyaAllah kesejukan air itu akan bertahan sehingga waktu berbuka puasa. Inilah alternatif keluarga Pakcik Abdullah untuk mendapatkan sedikit nikmat air yang dingin untuk berbuka puasa kerana di kem pelarian sini mereka tak mampu beli ais apatah lagi peti ais.
Tolong kongsikan resepi ni pada semua orang jika anda merasa lebih beruntung daripada nasib Pakcik Abdullah sekeluarga.
Ads
Dalam pada itu, Dr Taufik ini juga berkongsi kedaifan kanak-kanak di sini yang penuh tersirat. Sesungguhnya anak-anak kita di Malaysia penuh ‘kemewahan’ .
7 benda yang anak kita akan alami kalau dia tinggal di kem pelarian Syria
1. Anak kita akan merayau rayau dan bermain dengan batu dan pasir setiap hari kerana mereka tak ada Toys R Us dan kedai mainan seperti di Malaysia
2. Anak kita akan mudah kering dan merekah bibirnya kerana musim panas di sini terlampau panas. Saya duduk kat sini 3 hari je pun dah terbelah bibir saya. Udaranya kering dan suhunya boleh cecah sampai 40c°
Ads
3. Wajah anak kita akan penuh debu dan rambut anak kita akan jadi serabai kerana air kat sini limited. Ada yang saya tanya budak kat sini katanya dah 7 hari dah tak mandi dan bila saya sapu pipinya umpama menyapu papan hitam yang penuh kapur waktu di sekolah rendah dulu. Melekat debunya di tangan saya!
4. Baju anak kita akan seperti orang gila di tepi jalan yang bajunya tak pernah dicuci. Bukan mereka taknak cuci tapi bagi mereka lebih baik jimatkan air itu untuk membasahkan tekak yang kering dan kehausan daripada membersihkan bajunya sendiri
5. Anak kita juga akan jadi ketinggalan pelajarannya dan gelap masa depannya kerana kat sini, sebijak mana pun mereka, mereka akan berakhir menjadi peladang ataupun kuli. Sepanjang beberapa hari saya kat sini tak pernah sekalipun saya nampak anak anak kat sini pegang pensel atau buku. Memang mereka tak mampu pun nak membelinya!
6. Anak kita juga akan tinggal di dalam khemah bertahun tahun bersama adik beradiknya tanpa tirai tanpa bilik. Semuanya tidur dalam satu tempat yang busuk dan berdebu tanpa boleh mengeluh
7. Anak kita juga akan kelaparan dan menunggu bantuan NGO membawakan makanan setiap hari. Kalau tiba-tiba NGO seperti Serantau Muslim ni semua terputus duit atau kurang orang menyumbang apa mereka nak makan?
Saya tanya sendiri ketua NGO kat sini, Omar Jannoun namanya. Dia mengaku ada je anak anak yang tak makan beberapa hari kat sini. Mereka tak mampu nak cover semuanya tanpa sumbangan dan bantuan daripada kita!
Taufiq Razif, sedang sebak
Kem Pelarian Awda, Lebanon
19 Mei 2019
Moga kisah ini menjadi pedoman untuk kita muhasabah diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan ibu tercinta. Kenangan hidup bersama pasti dalam ingatan sehingga kehujung nyawa.
Bagi anak pula kehilangan ibu adalah amat memilukan buat diri. Hinggakan barang peninggalan ibu jadi pengubat rindu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Nani’s Makeover yang menjadikan kain batik tinggalan arwah ibu sebagai kenangan. Malah menjadikan ia sebagai hiasan rumah. Meletakkan kain batik millik arwah di frame gambar telah menarik perhatian ramai.
Ikuti perkongsian beliau.
Kain batik ni dah koyak2 hujungnya. Banyak bahagian yang dah dimakan lipas sbb setahun dah terperuk dalam almari mak sejak mak meninggal.
Kain ni sebenarnya kami guna waktu mandikan jenazah mak setahun yang lalu. Sejak mak takde, kami Tak usik dah almari mak sehinggalah 1 hari kami 2 beradik keluarkn baju2 mak dan asing asingkan untuk dibahagikan kepada anak cucu mak yang lain.
Macam biasa, Sekadar Ambik ‘kenangan’ yang betul2 Tak boleh padam dihati untuk diabadikan dirumah ni sebagai hiasan. Bukan sekadar hiasan, jugak sebagai ‘pengjargaan’. Lebihan Kain yang masih baik, letakkan dalam frame untuk tatapan Mata.
Dan segala kenangan yang baik, letakkan dihati sebagai kenangan yang Tak Kan kami lupa. Seram? Patah hati Tak Ada mak, lebih seram dari segala seram yang ada dalam dunia ni.
Kisah Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang baru berusia dua tahun lapan bulan tetapi sudah berjaya menghafal 42 Surah ternyata sangat membanggakan kita. Pastinya terdetik di hati setiap mak ayah untuk menjadikan anak-anak kita juga seperti Ziyyad.
Satu kejayaan besar bila mana Ziyyat berjaya menghafal 42 Surah termasuklah surah Al Waqiah dan Ar Rahman serta kesemua ayat lazim Muqadam. Hebatkan?
Menurut ibunya, Nurul Shahida Lukman, 27, bacaan al-Quran sudah menemani hidup anaknya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari. Malah Ahmad Ziyyad mula menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan lagi.
Bila terfikirkan anak-anak kita, barulah kita perasan pasti ada cara atau didikan kita sendiri yang kurang tepat dalam memperkenalkan Al Quran kepada anak-anak. Jom kita sama-sama muhasabah diri kita. Jangan rasa terlambat tetapi ini yang boleh dilakukan untuk jadikan anak kita juga cintakan Al Quran seperti Ziyyad.
1. Sentiasa Baca & Dengar Ketika Hamil
Mulakan dengan pembacaan Al Quran saban hari ketika anda disahkan hamil. Ketika dalam kereta juga pasanglah ayat-ayat ini sebagai halwa telinga anda. Ketika di dalam kandungan anak masih boleh menerima dengan baik setiap yang diperdengarkan padanya.
2. Tingkatkan Memori Anak
Malah mengikut kajian sains, pada usia dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak menyamai 80 peratus otak dewasa. Sebab itulah usia tersebut adalah paling sesuai untuk dimulakan latihan menghafaz. Jadi sentiasalah bacakan Al Quran bersama mereka. Biar terpahat di memori mereka.
3. Memainkan Video
Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah memasangkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan.
4. Surah Di Youtube
Gantikan lagu kanak-kanak yang kita selalu pasangkan pada anak-anak di Youtube dengan bacaan surah buat mereka. Pasang setiap hari terutama ketika hendak tidur. Jika anak-anak begitu taksub dengan lagu-lagu ini pasti turut sama terkesan dengan ayat Al Quran.
5. Pasangkan Ketika Tidur
Biasakan memperdengarkan surah daripada Al-Quran ketika anak sedang tidur. Menurut satu kajian luar negara, memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.
6. Dahulukan Al-Quran berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jangan terlalu risau anak anda berkemungkinan tidak dapat membaca dan lambat membaca. Cuba alihkan mereka dengan Al Quran berbanding ajaran lain. Anak-anak mungkin keliru diajar dengan tiga perkara berbeza dalam masa yang sama, secara serentak.
7. Mulakan Menghafal Sebelum Kenal Huruf
Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga huffaz (penghafal quran) daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal al-Quran dengan baik.
8. Gunakan Daya Kreativiti
Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
9. Galakkan Anak-anak Hafal Surah Sebanyak Mungkin
Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta
mereka teruskan dengan surah yang lain pula.
10. Ulang Semula Membaca
Kaedah mengulang ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori
jangka pendek menjadi memori jangka panjang. Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, melakukan ubahsuai dekorasi atau makeover mampu membuatkan mood isi rumah kelihatan lebih luas, tenang dan ceria. Lebih-lebih lagi jika nak meraikan hari raya. Seperti perkongsian Mcyah Joanjett ini dan adik beradik serta ipar duai sepakat untuk mengubahsuai dekorasi rumah ibu yang didiami selama tiga bulan sejak PKP. Hanya mengunakan barang apa yang ada, hasilnya memang superb dengan kerjasama semasa melakukan ubahsuai dekorasi rumah ibu ayahnya ketika di kampung.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Gara-gara PKP, hampir 3 bulan stay rumah mak kat kampung. So terjadi lah macam ni. Alhamdulillah selesai decoration rumah mak. Letih weiii.. aku rasa aku beranak awal taw.
Raya sakan lah mak ayah tahun ni. Mak suka tema classic warna-warna kayu. Rumah dia mostly perabot kayu.
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
So aku just adjust buat tema modern wood. Tema kayu tapi moden. Cat rumah touch up balik color putih. Langsir tukar kepada elemen coklat tua dan muda. Untuk dapur, just cat balik kabinet jadi color putih dan tampal wallpaper atas mozek supaya dapur nampak luas dan tak sarat. Semua perkakas guna perabot sedia ada dalam rumah, hanya tukar kedudukan dan susunan. Yang beli baru cuma langsir, karpet dengan pokok hiasan tepi tv.
Simple but nice. Sejuk mata memandang. Janji rumah nampak lega dan luas. Sesuai dan selesa lah untuk keluarga besar yang ramai anak cucu cicit camni.
KEMERIAHAN RAI RAMADAN
Dah ramai2 berkumpul berbulan-bulan, makan beramai, puasa beramai, berbuka beramai, bersahur beramai, terawih beramai, moreh beramai, haaa apa kata jom deco beramai. Nasib baik semua sporting dan bersepakat bagi kerjasama.
Terima kasih kepada suami, adik beradik dan ipar duai yang sudi beri kerjasama siang malam bertukang sampai 3-4 pagi. Tak lupa juga pada anak-anak saudara semua yang sibuk membantu dan kacau sama banyak.
Tq PKP, kalau tak ada pkp tak jadi sume ni sebab balik rumah mak kejap-kejap je. Mak ayah happy betul tengok transformasi rumah dorang. Semoga kita adik beradik beroleh keberkatan asbab gembirakan hati orang tua.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.