
Kalau zaman kecil dahulu, admin memang selalu makan agar-agar sirap rose ni. Memang simple je cara buatnya tapi sangat menggamit nostalgia. Paling tak lupa pagi raya ini jugalah menu yang wajib ada atas meja. tapi kini tidak lagi.
baru-baru ini admin terbaca perkongsian dari puan Reesya Aliesya yang memuat naik resipi Agar-Agar Sirap Rose Lapis Bandung. Nampak menarik ditambah dengan lapisan bandung tu. Jom lah kita cuba ubuat minum petang bersama keluarga.
Buat Agar-Agar Sirap Rose Lapis Bandung.. Untuk Minum Petang Tadi..
Resepi Agar2 Sirap Rose Lapis Bandung
……………………………,………………..
Sebungkus Agar2 Tali ( 20g )
Pewarna Sirap Rose SecukupNya
Air 1200ml
Gula 10 Sudu Makan
Satu Tin Susu Cair
*Panaskan air sampai menggelegak..
*Masukkan gula..kacau sampai sebati..
*Masukkan agar2..kacau lagi sehingga agar2 hancur..
*Masukkan pula pewarna sirap rose secukupnya..
*Biarkan mendidih sampai sebati..
#Dah confirm agar2 hancur sepenuhnya..tutup api..
#Tuang setengah agar2 ke dalam bekas..
#Tunggu sehingga agar2 sejuk dan keras membeku..
*Baki agar2 tadi.. panaskan balik supaya agar2 kembali cair..
*Masukkan susu cair dan kacau serata..
*Tutup api dan biar untuk seketika..
*Dah agak agar2 suam..tuangkan agar2 ke atas agar2 yg dah beku tadi..
*Biarkan suam2..baru masuk peti..
*Makan sejuk2 baru ngamm…
Resepi Saya Try Sendiri..Selamat Mencuba..
@ AGAR2 JE PON…
P/S :- kalau guna susu pekat ngamm air 1500ml..kalau guna susu cair 1200ml air..
Kalau Ada Yang Rasa Terlalu Penat Dalam Rumah Tangga. Segera Hadam Perkongsian Ustaz Ni Untuk Kembali Ok!

Adanya rasa penat, lelah, lesu dalam diri kita itu lumrah. Pun begitu jangan sampai ada di antara kita terasa cukup penat melalui alam rumah tangga. Seakan terbeban dengan pelbagai hal, sedari buka mata hingga pejam mata, merasakan ada sahaja perkara perlu dibuat dalam penuh keterpaksaan.
Hakikatnya, melalui rumah tangga inilah sama ada suami, isteri atau anak-anak wajar merasakan syurga dan bahagianya dalam hidup berumah tangga. Bagaimana untuk mendapatkan rasa tersebut? Ini dikongsikan melalui rakaman video yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa dan semoga dapat dimanfaat untuk kita semua dalam mencari syurga dalam berumahtangga. Jom semak.
Semasa kita bercinta..semasa berdua..semasa sweet-sweet…kita tidak rasa penat pun. Contoh kita tunggu pasangan sudah sejam..kata nak jumpa pukul 1, dah pukul 2 dah pun..tapi bila dia datang “Sorry saya lewat..eh takpe 100 tahun pun saya sanggup tunggu”. Ehhhwahhh…itu masa bercinta . Kita tidak ada penat malah kita sanggup menunggu berapa lama sekali pun demi untuk cinta kita.
Tapi kenapa bila masuk dalam rumah tangga, tiba-tiba sahaja kita menjadi orang yang penat. Sedangkan bila kita duduk dalam rumah tangga, katalah kita ada rumah, kereta semua kelengkapan hidup tu ada, tapi kita bila balik sahaja rumah tengok muka pasangan, kita jadi orang yang paling penat. Kenapa kita menjadi orang yang paling penat dalam rumah tangga?
Sebabnya kita masuk dalam rumah tangga, kita jadi orang yang tidak sepatutnya. Sepatutnya masuk dalam rumah tangga kita jadi suami dan isteri. Tetapi kita menjadi diri kita sendiri, atau masih menjadi orang lama yang tidak berubah pun. Kita buat kita tak tahu apa yang kita dapat.
Contoh kalau kita kerja, tanya bos dapat gaji berapa bulan ini dan dia jawab kerja sahaja nanti saya bagi. Katalah kita dapat majikan begini, apa perasaan kita? Sakit tak? Sakit ooo… Tiba hujung bulan bos bagi RM500 je sedangkan kita patutnya dibayar beribu-ribu. Jadi penat kita kerja? Yes, penat.
Sebab itu dalam rumah tangga kita kena faham kita masuk di alam yang lain, dia bukan alam bercinta, sweet-sweet, terbang-terbang. Tak! Bila masuk alam rumah tangga, maka kita melalui ujian yang paling real, kalau nak tengok diri kita, berumah tanggalah, bernikahlah, berkahwinlah kerana Allah ada dalam rumah tangga tu.
Sebab itu, kita yakinlah apa yang kita buat ini demi membayar syurga Allah, maka kita akan sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Itu Rasululallah sebut.Tapi kita tak tahu, kita tak pernah nak baca al quran, nak bukak, tak tahu hikmah , apa hikmah jadi suami isteri, maka masuk rumah tangga sekadar nak seronok sahaja macam kita bercinta. Sebab itu kita rasa penat. Sebab itu kita terkejut dengan sikat isteri, terkejut dengan sikap suami, tambah anak pula, lagi-lagi kita terkejut.
Sedangkan bila kita masuk dalam rumah tangga inilah syurga kita yang sebenar dengan syarat kita yakin segala apa yang kita buat semata-mata kerana Allah. Kita yakin Allah nak balas, kita yakin Allah nak bagi, kalau ada berlaku apa-apa …”ehh aku ada buat dosa, tu sebab Allah buat begini.”
Maka sebab itu kita yakin benda tu, maka bila kita yakin, penat tak kita? Penat juga….Balik dengan anak, sikap suami, isteri dan sebagainya tapi Allah bagi kita rehat, hati itu tenang sahaja.
Itulah sebanarnya, kalau kita tak nak jadi manusia yang penat dalam rumah tangga, bawa Allah dalam rumah tangga kita. Kalau kita jadi seorang isteri, bayangkan Allah sebut, rasa panasnya muka ini sebab nak memasak untuk suami dan anak-anak, Allah haramkan neraka untuk isteri. Bayangkan suami keluar pagi balik malam,penat berkerja, Allah kira itu sebagai jihad. Sama macam suami pergi perang, mati suami dalam perjalanan nak mencari rezeki, Allah kata itu syahid sebab tugas kita sebagai suami dan isteri adalah tugas maha berat tapi ia menjadi ringan sebab Allah bersama kita.
“Saya Macam Tak Percaya Juga Sebab Macam Pelik…” Ibu Ni Kongsi Insiden Bilah Kipas Siling Tiba-tiba Patah. Mujur Tak Jadi Apa-apa!

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan insiden yang terjadi pada keluarga ini bilamana dengan tiba-tiba bilah kipas siling di ruangan dapur, tiada angin tiada ribut boleh jatuh dengan sendirinya.
Ini diceritakan melalui hantaran satu posting oleh Sarina Basir dan turut memberi peringatan kepada warganet untuk lebih berhati-hati agar kejadian seperti ini tidak berlaku. Ujarnya lagi, jika sebelum ini bila dia terlihat posting cerita berkenaan kipas siling boleh jatuh, seakan tidak percaya boleh berlaku. Namun bila terjadi pada diri sendiri, nyata itu tidak mustahil.
Ini perkongsian penuh daripadanya;
Ada yang guna kipas jenis ni ke dekat rumah? Hati-hati ye..bilah kipas ni boleh patah dengan sendirinya..sebelum ni saya perasan ada yang post dekat group deko-deko, bilah kipas rumahnya patah tetiba.saya macam tak percaya juga sebab macam pelik, macam mana boleh patah dengan sendiri kalau tak ada yang ketuk, bila dah kena dekat diri sendiri, barulah saya percaya, ianya bukan rekaan, tapi betul-betul boleh berlaku.
Kipas yang saya guna ni jenama Deka. Betul-betul patah, bukan skru tercabut ye..boleh tengok dekat gambar yang saya attach seterusnya.
Tengah malam tempohari, anakanda Damia Husna ketuk bilik kami, bagitahu daddy dia yang kipas dapur ini tertanggal sendiri.dia terkejut sebenarnya dengar bunyi benda jatuh.mujur masa kejadian, kipas tak berfungsi. Kami semua dah tidur. Saya cuma risau jika sedang berfungsi, tiba-tiba patah bilahnya..Nauzubillahhiminzalik..
Alhamdulillah..Allah lindungi kami semua. Cuma kepada yang memasang kipas jenis macam ini, harap berhati-hati ye..
Hantaran posting ini turut mendapat respon warganet di ruangan komen dan turut berkongsi cara untuk elakkan kejadian seperti ini berlaku, antaranya komen daripada Zack Ismail “ada kemungkinan skru atau nut d ikat terlalu kuat. nampak mcm ada kesan retak atau pecah…..semoga Allah melindungi kita dari bahaya…… ”
Manakala Adiex Ezad menyarankan “stop kn kipas.. buat checkup…kalau longgar ketatkn..tengok bahagian-bahagian bilah ada crack ker tak…bersihkan bahagian yg berhabuk.. ni kira mcm buat servis …biasakan dlm 2-3 minggu skali…”
Joezz Joez pula beranggapan, “Ni ksilpn pda tapak pad untuk bilah kipas tu…maybe terjongket semasa pmsangan ataw terlalu ktat so permukaan bilah area pad stay clearence tu crack…hurmm.xpon Ada yg xda kje main pnyapu kipas pusing kne trus pth..kan…”
Apa yang pasti bila berlaku kejadian seperti ini tentunya kita bimbang terjadi apa-apa pada ahli keluarga. Malah warganet turut memberi reaksi kebimbangan tersebut di ruangan komen posting tersebut.
Sumber : Sarina Basir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Begini Buat Serbuk Kunyit Homemade.Wanita Ini Tunjuk ‘Step By Step’, Memang Mudah Nak Buat!

Kunyit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dan pada zaman sekarang kunyit banyak digunakan dalam penghasilan produk kecantikan yang banyak dijual di pasaran. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, pastinya akan memilih untuk menghasilkan sendiri jus atau ubat yang menggunakan kunyit sebagai bahan utama.
Perkongsian dari pengguna Facebook, Puan Sumaiyah Abdullah tentang cara membuat homemade serbuk kunyit menjadi perhatian warganet. Ikuti step by step cara cara membuat serbuk kunyit dengan mudah.
Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade
Kunyit hidup yang matang sesuai untuk dituai bagi mendapatkan khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia dari 7 hingga 10 bulan. Untuk pengetahuan anda, kunyit hidup yang betul-betul matang, batang dan daun kunyit mula mengering. Kunyit yang telah siap dituai harus diproses dalam jangka masa dua hingga ketiga hari.
Berus gigi sangat sesuai untuk membersihkan tanah atau kekotoran yang terdapat pada kunyit.Anda perlu mencuci kunyit yang telah dituai. Disarankan anda menggunakan berus gigi untuk mencuci segala kekotoran yang terdapat pada kunyit hidup tersebut. Sila pastikan akar juga turut dibuang dan tanah juga pasti melekat padanya.
Kunyit perlu dikeringkan terlebih dulu sebelum diproses menjadi kunyit serbuk.Setelah siap dicuci bersih, sila keringkan kunyit tersebut dan ia perlu dibiarkan selama sehari sekurang-kurangnya. Anda juga boleh skip step ini jika ingin cepat untuk membuat serbuk kunyit.
Proses kukus dan rebus kunyit hidup adalah untuk menghilangkan kuman dan bakteria dari tanah. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Ia perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Ia bertujuannya untuk:
Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi dengan lebih cepat.
Menghilangkan bau tanah dan juga kekotoran.
Untuk mencantikkan warna kunyit hidup.
Membunuh kuman atau sebarang bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Untuk menghilangkan getah kunyit dan kelembapannya.
Tempoh merebus atau kukus yang paling sesuai adalah lebih kurang selama 30 minit atau hingga ke 45 minit.
Air rebusan kunyit atau air kunyit juga boleh diminum untuk kebaikan luar dan dalam badan.Inilah rupa kunyit yang telah siap dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus, warna kunyit juga boleh berubah apabila direbus atau dikukus.
Selepas ia direbus, kadangkala warnanya juga boleh bertukar.Langkah yang seterusnya adalah kunyit tersebut perlu dihiris nipis-nipis dan siap untuk dikeringkan.
Tips Menjemur Kunyit Hidup
Elakkan direct cahaya matahari dan seeloknya di bawah pokok atau di bawah bumbung rumah.
Keringkan lebih kurang dalam masa 7 hingga 10 hari. Bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca panas terik, kunyit akan lebih cepat kering.
Pencahayaan untuk proses mengeringkan hirisan kunyit sangat penting agar ia cepat kering.
Inilah hasilnya selepas kunyit ini dikeringkan selama 5 hari.
Selepas dikisar, ia perlu ditapiskan supaya mendapatkan kunyit serbuk yang lebih gebu dan halus. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam blender atau pengisar kering. Sila ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul menjadi halus.Hasilnya selepas dibuat sendiri, selain dapat jimat dan kebersihan serbuk kunyit juga terjamin.Ini hasilnya serbuk kunyit yang telah siap diproses.
Apabila dibuat sendiri pasti anda akan berpuas hati selain dapat menggunakannya lebih banyak kunyit powder.Kemudian cari botol-botol yang cantik dan refill.
Sedia untuk digunakan untuk masakan yang menggunakan serbuk kunyit. Betul tak cara buat serbuk kunyit sangat mudah?
Selamat mencuba.
Sumber: Sumaiyah Abdullah