Dalam Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan update terkini berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.

Ini merupakan ringkasan bagi perintah pergerakan di negeri-negeri di Malaysia berdasarkan Sidang Media hari ini :-

Kelantan : tamat kecuali Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020

Kuala Lumpur : diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020

Putrajaya : tamat PKPB

Selangor : dilanjutkan PKPB 7-20 Disember 2020 kecuali Kuala Selangor, Sabak Bernam & Hulu Selangor

IKLAN

Negeri Sembilan : ditamatkan PKPB kecuali Seremban & Port Dickson 7-20 Disember 2020

Pulau Pinang : ditamatkan PKPB kecuali Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut)

Perak : tamat kecuali KECUALI bagi daerah Kinta serta Mukim Teja (daerah Kampar) dan
Mukim Changkat Jong (daerah Hilir Perak) diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020

IKLAN

Johor : kecuali Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai.

Sabah :  diteruskan PKPB 7-20 Disember 2020

Labuan :  tamat semua PKPB

IKLAN

Bagi negeri Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Sarawak ia kekal di bawah PKPP sehingga 31 Disember 2020.

Rentas Negeri & Daerah Dibenarkan Kecuali Kawasan PKPD. Ini Ringkasan Terbaru Berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam pada itu, rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.

Menurut Ismail, tiada lagi sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis, namun prosedur operasi standard (SOP) dalam kenderaan masih lagi dikuatkuasakan.

“Kita tidak lagi menghadkan jumlah penumpang. (Namun) ianya berdasarkan kapasiti tempat duduk. Kalau empat tempat duduk, empatlah (penumpangnya),” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI