
Renovasi Ruang Belakang Rumah, ‘Extend’ Untuk Luas Dapur Atau Ruang Santai
Ruang di belakang rumah selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk ‘extend’ dapur supaya nampak lebih luas. Biasanya ‘lebihan’ ruang di belakang rumah dijadikan dapur basah.
Bukan sahaja anda boleh merenovasi ruang belakang rumah untuk dijadikan dapur basah tetapi anda juga boleh jadikan ruang ini untuk bersantai-santai. Petang-petang boleh lepak-lepak sambil tengok anak-anak bermain.
Pada asalnya pemilik kediaman bercadang untuk membuat tembok. Namun kemudiannya menukar perancangan dengan DIY menggunakan shera plank, artificial grass dan deck. Semua barang-barang dibeli melalui online. Hasilnya sangat memuaskan hati pemilik kediaman.
JOM KITA LIHAT PROSES KERJA-KERJA DILAKUKAN SEHINGGALAH SIAP
Kredit: Siti Hurul Aini Samsudin
Lelaki Ni DIY Dinding Kosong Kepada ‘Berkayu’, Guna Bidai & “Silicone Rubber” Dengan Modal RM200 Je!

Dinding adalah ruang yang harus diberi keutamaan kerana inilah ruang yang cukup penting di dalam sesebuah kediaman.
Ada sesetengah individu gemarkan dinding kosong, ada juga sukakan yang bercorak. Tak kurang yang kreatif mengadunkan kedua-duanya untuk lebih menarik.
Seperti yang dibuat oleh Ghazali Roslani ini, beliau menukar satu sudut dinding tempat letak televisyen daripada kosong kepada dinding ‘berkayu’.
DIY dinding ini dikongsikan menerusi laman facebooknya. Menurutnya, projek PKP itu akhirnya siap selepas bertungkus lumus dengan modal RM200 je. Nak tahu caranya jom tengok ni!
Akhirnya projek PKP baru siap…menyesal sikit awalnya buat benda ni sebab leceh sangat, 5minggu baru siap (ni semua salah M )…kalau nak buat lagi sekali macam ni memang taknak dah…taubat aku
Modal = RM200 (bidai+silicone rubber)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
“Menantu Aku Ni Baik…” Ayat Sweet Amy Search Ucap Ulang Tahun Untuk Menantu Bikin Netizen Kagum!

Sweetnya ayat-ayat Amy Search memberi kata-kata ucapan sempena ulang tahun kelahiran untuk suami kepada Nabila iaitu Mohd Izwan Johar.
Amy Search merupakan bapa kepada aktres berbakat Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil.
“Ulang tayang post takpe kan?Tapi ni different version..haha
“Too cute la relationship bapak mertua dan menantu kesayangan..Tengok sampai habis tau. Yang last tu sweet gila! @kidweebee @akuamysearch ☺️ Thank you for this video mummy @qasander.”- Nabila Huda
Petua cantik : Rahsia Awet Muda Untuk Wanita 40an. Minum Susu, Kunyit, Badam Dan Madu. Wanita Ini Amalkan Petua Alami Ini.
“Aku ni kamcing dengan menantu.”
Video berdurasi dua minit 22 saat itu, Amy yang sedang membuat ‘live’ di Instagram menerima panggilan dari menantunya, Mohd Izwan Johar. Apa yang menarik, Amy berbual menerusi panggilan telefon dengan menantu bagaikan rakan rapat.
Amy yang mendoakan kesejahteraan untuk menantunya pada akhir perbualan memuji menantunya seorang yang baik.
“Tu lah dia menantu aku ni. menantu aku ni baik.”- Amy Search
Ayat sweet Amy Search
Menerusi komen, warganet termasuk artis memuji dan kagum Amy Search berbual dengan menantu.
Sumber: kupu_kupu
Petua cantik: Cantik Semula Jadi Tanpa Solekan, Wanita Ini Amalkan Bawang dan Susu Petua Awet Muda, Badan Pun Rasa Ringan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Siapkan Bekal Untuk Anak, Sangup Bangun 4 Pagi. Netizen Puji Ozlynn & Inilah Antara Pengorbanan Mak-mak!

Seorang ibu sanggup berkorban masa dan tenaganya demi anak-anak yang tersayang. Meskipun terpaksa bangun seawal 4.00 pagi sekali pun, akan diusahakan demi memenuhi keinginan anak untuk membawa bekal makanan ke sekolah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yakinlah bukan itu sahaja pengorbanan yang kerap dilakukan oleh seorang ibu, malah tidak dinafikan kita lebih sanggup berlapar asalkan anak-anak kenyang perutnya, begitu juga akan dahulukan keperluan anak-anak daripada membeli keperluan untuk diri sendiri.
Begitulah hati nurani seorang ibu, seperti pelakon yang juga merupakan ibu kepada enam orang cahayamata ini, Ozlynn sanggup berkorban bangun seawal 4.00 pagi demi menyiapkan bekal dengan menu permintaan anaknya untuk dibawa kesekolah.
Sanggup Bangun 4 Pagi, Siapkan Bekal!
Seperti umum mengetahui Ozlynn dan suaminya Johan sering dilihat berkongsi kisah keluarga di Instagram. Malah tidak keterlaluan dikatakan pasangan ini sering dijadikan inspirasi dalam mendidik anak-anak dan hubungan baik dalam keluarga oleh wargamaya.
Meskipun kita ketahui pasangan ini sibuk dengan tugas harian namun dalam hal membina keluarga bahagia menjadi keutamaan.
Terbaharu perkongsian Ozlynn tentang bekal yang disediakan untuk anaknya yang begitu teringin makan Nasi Lemak Lauk Sambal Udang menjadi perhatian.
Walaupun terpaksa bangun seawal 4.00 pagi namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyediakan menu yang diingini oleh anak demi memenuhi impian orang yang disayangi.
“Bila anak kau mintak bekal nasi lemak sambal udang pepagi.. 4am mak kau bangun nak.. sebab 5.40am kena keluar pegi mencari rezeki.. ni la pengorbanan setiap ibu-ibu.
“Tak kisah la mak yang berkerjaya ataupun surirumahtangga.. jangan pandang remeh tanggungjawab seorang ibu..
“Baru tau macam mana penatnya arwah mak dulu sediakan makan kami 8 beradik.. patut la mak setiap kali sebelum pergi rumah sedara atau memane la mesti sumbat kita orang makan dulu.. supaya kita orang behave dekat rumah orang dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang ada depan mata.. sekalipun biskut kosong celup air suam..
“Tak lupa juga buat anak-anak yang ambil bahagian menjaga kedua orang tua, ataupun yang mengambil alih tanggungjwp mak ayah yang telah tiada dan menjaga adik beradik.. termasuk juga single mom or single dad!! Semoga Allah melindungi kita semua dan diberikan kesihatan yang baik buat kita semua supaya kita dapat berkhidmat untuk orang yang dikasihi.. Amin,” kongsi Ozlynn.
Meninjau diruangan komen ramai yang memuji dan terinspirasi dengan perkongsian Ozlynn, betapa seorang ibu sanggup berkorban menyediakan menu meskipun terpaksa bangun awal. Bahkan menu yang disediakan juga nampak cukup menyelerakan dan mendapat pujian netizen.
Sumber : IG jozlynnhanania
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club