
Meraikan 1 Ramadan, semestinya kita ingin menyediakan menu istimewa untuk bersahur mahu pun untuk berbuka agar berselera dimakan bersama keluarga.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.
Sumber : Zaimah Zakaria
“It’s a girl!”- Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Anak Perempuan

Lazimnya kalau seorang wanita yang sarat mengandung berjumpa dengan sanak saudara atau kawan-kawan, tentu akan ada bertanyakan “baby lelaki ke perempuan?”. Tidak dinafikan itulah soalan popular yang akan dijawab bahkan mengetahui jantina anak yang dikandung juga adalah sesuatu keterujaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Menjadi antara salah satu momen yang indah dalam fasa kehamilan.
“It’s a girl!”. Demikian perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir, ketika mengumumkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan pada penghujung bulan depan.
Dalam video berdurasi tujuh minit 58 saat yang dimuat naik ke saluran YouTube Wuvv Show itu, Ayda dan Nabil membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.
Pilih Bedah
Memetik berita di Harian Metro, dalam temubual bersama media yang berlangsung malam tadi secara virtual, Ayda juga berkongsi hasratnya untuk menjalani proses bersalin menerusi pembedahan.
“Sebenarnya, sebelum berkahwin pun saya dah beritahu Nabil, kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata, saya nak bersalin menerusi pembedahan.
“Nabil okay saja. Saya pun tak ada sebarang alasan atau apa, tapi saya sendiri yang memilih untuk bersalin menerusi pembedahan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, doktor yang merawatnya sepanjang proses kehamilan juga bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan saya itu.
“Doktor pun ada tanya, dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat,” katanya.
Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Ditanya mengenai nama untuk bayi mereka, Ayda dan Nabil belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.
Pasangan Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber : @aydajebat dan myMetro
ARTIKEL MENARIK:Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Bila TokTi Respon “MasyaAllah Hebat!!!”. Terus Abang Ni Buatkan Pula Potret Siti Nurhaliza Guna Rubik. Hasilnya Sama Sangat!
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jadi Singa Waktu Mereka Malas, Bukan Waktu Ajar.” Usah Cepat Hukum & Marah Jika Anak Lambat Faham, Guru Ni Kongsi Tip!

Dalam situasi sekarang, mendidik dan mengajar anak-anak di rumah kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS
– Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru –
.
Lebatkan Rambut Dengan Minyak Buah Keras Homemade, Lebih Asli & Begini Langkah Pembuatannya!

Menyentuh tentang rambut gugur dan nipis tentu ada yang mengalami masalah ini. Selain menggunakan pelbagai produk yang sedia ada di pasaran untuk merawat dan melebatkan kembali rambut, ada satu cara tradisonal yang cukup popular dan berkesan boleh diamalkan. Bahkan cara ini lebih jimat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Hanya dengan menghasilkan sendiri minyak yang diperbuat daripada buah keras atau juga dipanggil buah kemiri, ia diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu untuk mengatasi masalah rambut gugur, gatal-gatal kulit kepala atau pun rambut bercabang dapat di atasi. Bahkan ia menjadikan rambut terlihat sihat bersinar.
Jadi buat anda yang ingin menggunakan minyak buah keras ini yang dihasilkan secara homemade, bolehlah membuatnya sendiri. Cara ini lebih menyakitkan anda kerana keaslian pembuatannya dapat dikekalkan.
Menurut perkongsian Amanda atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial, untuk menghasilkan minyak Buah Keras ini tidak menggunakan bahan herba lain untuk hasilkan minyak yang asli, cukup hanya menggunakan buah keras semata-mata.
Nak tahu detail ikuti langkah demi langkah pembuatannya.
Minyak Buah Keras
Bahan-bahan:
1 kg buah keras
Air
Cara Penyediaan :
1. Ambil buah keras dan tumbuk kasar buah keras dengan menggunakan lesung batu.
2. Setelah itu, masukkan buah keras yang telah ditumbuk ke dalam pengisar.
3. Sebelum dikisar, tambahkan air hingga menutupi buah keras dan pastikan buah keras tidak dimasuk sekali gus. Buat berulang-ulang kali untuk pastikan ianya dapat dikisar halus.
4. Kisar hingga halus
5. Kemudian hasil kisaran buah keras tadi, dituangkan ke dalam kuali dan rendam selama 24 jam. Ini penting untuk proses melembuatkan buah keras dan membantu mengeluarkan minyak buah keras ketika dimasak nanti. Pastikan ianya tidak direndam terlalu lama, bimbang akan berbau kurang enak. Memadai sehari semalam sahaja.
6. Kemudian masak selama 30 minit di atas api yang kecil dan selalu dikacau agar tidak hangus. Selepas itu biarkan sejuk.
7. Langkah seterusnya, perah bahan tersebut. Untuk dapatkan hasil perahan yang baik, gunakan kain untuk memerahnya.
8. Kemudian masak air perahan buah keras di dalam kuali dan proses ini mengambil masa 2-4 jam atau hingga terhasilnya minyak. Pastikan sentiasa dikacau.
9. Apabila minyak sudah terbentuk, asingkan hampas dan kemudian ditapis untuk asingkan minyaknya.
Sudah siap
Atau untuk anda yang ingin mengetahui lebih detail lagi cara pembuatan minyak buah keras ini. Boleh juga tonton video ini.
Selamat mencuba.