Rendang Ayam, Menu Wajib Buat Masa Raya. Suka Yang Jenis Berkuah Ni Resipinya!
Pagi raya kalau tidak ada juadah rendang yang dimakan bersama ketupat mahupun lemang, seolah-olah tidak lengkap rasanya sambutan Hari Raya.
Rendang pula ada banyak jenis versi, ada yang dimasak kering dan ada pula yang dimasak berkuah mengikut selera masing-masing. Oleh itu buat yang ingin mencuba menyediakan rendang berkuah bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Nampak sungguh menyelerakan dan jika tidak sabar menunggu Syawal boleh juga sediakan juadah istimewa ini untuk dijadikan menu berbuka hari ini.
Selamat mencuba.
Rendang Ayam (1 ekor ayam)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
8 batang serai*
5 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 sudu cili blend(ikut kepedasan masing-masing)
2 asam keping
5 sudu kerisik
500g santan(atau agak-agak sahaja)
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu serbuk jintan manis
½ sudu serbuk kunyit
4 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Serbuk perasa
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Sebulan Berpuasa, 3 Menu Berasaskan Ikan Ni Perlu Buat. Enak & Mudah Je Nak Masak!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Cara-cara:
- Kisar halus bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan bertanda * dan cili blend. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
- Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.
- Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
- Masukkan daun limau dan kerisik.
- Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
- Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club