Rendang Ayam Cili Hijau, Jarang Jumpa & Sekali Buat Memang Makan Tak Jemu!
Mood beraya tak habis lagi, jika sebelum ini beraya di kampung dan hari ini kita sambung pula Raya di bandar. Mungkin ada juga yang rasa belum puas menikmati enaknya hidangan Raya terutamanya menu Rendang Ayam Cili Hijau.
Maklumlah menu nan satu ini jarang-jarang dimasak berbanding rendang merah.
Jadi buat anda yang masih belum puas menjamah rendang, apa kata hujung minggu ini layankan selera dengan sedaikan juadah istimewa ini di samping boleh juga dihidang kepada tetamu yang bertandang.
Resipinya ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
Ni utk Ayam Pencen 5 ekor
Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali
Guna bahan kat bawah ni
Bawang Besar 10 biji
Bawang Putih 2 labu
Serai 15 batang
Lengkuas 100g
Halia 150g
Buah keras 6 biji
Jintan Manis 2 Sudu Besar
Jintan putih 1 Sudu Besar
Ketumbar 2 Sudu Besar
Kunyit hidup 200g pcs ( Nak lebihkan pun boleh)
Cili akar 300g
Cili Hijau 300g
Cara Buat :
1.Blend semua bahan-bahan di atas terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi
2.Buka api perlahan masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.
3.Lepas tu masukkan Santan pekat 1 1/2kg, Kerisik 400g, Gula Melaka sebiji, Garam, Aji dan gula secukup rasa.
4.Kalau tak keluar minyak masukkan lah minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit. Papa guna santan kotak memang tak keluar minyak, jadi Papa tambah minyak kemudian.
5.Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau-kacau dan tutup api.
Dah siap
Papa masak dengan api perlahan selama 4 jam baru lembut.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club