Rendaman Ibu Kunyit, Rugi Kalau Wanita Tak Amalkannya!

Share

Menyediakan air kunyit untuk penjagaan dalaman dan luaran tubuh badan seorang wanita itu biasa dilakukan. Bahkan terdapat pelbagai cara yang diamalkan untuk dapatkan khasiat kunyit tersebut.

Ada yang perlu keringkan kunyit terlebih dahulu kemudian dikisar menjadi serbuk untuk dijadikan minuman herba dan ada yang melakukan proses merebus  hingga berjam-jam lamanya.

Pun begitu, berbeza pula dengan perkongsian darilada Liza Salleh ini yang menyediakan air kunyit yang cukup mudah dan sesiapa pun boleh sediakan air tersebut walau sibuk.

Nak tahu bagaimana jom baca perkongsian ini.


Saya rasa nak share hari ini pada anda tips yang sempoi, menarik dan tak renyah untuk diamalkan. Minggu lepas saya join perjumpaan untuk team saya, dan berjumpa dengan sifu saya puan Suzy, Allah banyak betul tips yang diberikan.

Ok hari ini saya share pasal hat ni dulu, hari lain insyaAllah saya share tips lain pula ya.

Air kunyit..ramai yang selalu tanya saya, air kunyit nak minum macam mana? Air kunyit nak minum banyak mana? Air kunyit boleh minum bila?

Maklumlah, orang dulu dulu ada yang amalkan jus kunyitlah, air rebusan kunyitlah untuk kesihatan dalaman khususnya untuk para wanita.

Kunyit banyak khasiat, antaranya beri efek awet muda, baik untuk dalaman wanita lepas bersalin, mengawal berat badan, dan macam macam lagilah.

Selain menjadi bahan untuk masakan, kunyit juga baik untuk kesihatan. Hari ini saya nak share tips yang saya perolehi ini pada anda, sempoi je tipsnya.

Untuk mendapatkan khasiat kunyit sebenar tanpa menjejaskan khasiat kunyit tersebut dari suhu tinggi atau bahan pengawet tambahan, anda boleh membuat air rendaman ibu kunyit. Ambil kunnyit sebesar ibu jari dan racik racikkan kunyit tersebut.

Rendamkan kunyit yang diracik tadi bersama secawan air panas, tutupkan cawan dan air tersebut boleh diminum apabila suam.

Simple bukan untuk mendapatkan khasiat dari kunyit? Dan harus diingatkan, mengambil bahan berkunyit mengikut keperluan sahaja, untuk yang telah saya kongsikan ini cukuplah untuk 5@6 kali minum dalam sebulan untuk mendapatkan khasiat kunyit tersebut.

Sumber : Liza Salleh