Bila hendak menanam kesum tidak semua berjaya, lebih-lebih lagi buat yang pertama kali ingin mencuba bercucuk tanam. Ada orang kata ambil sahaja keratan batang dan cucuk terus ke tanah, begitu mudah bunyinya. Namun bila dibuat sendiri, tidak juga hidup-hidup kesum yang dicucuk ke tanah. Mungkin ada silap di mana-mana semasa proses menanam kesum dilakukan.
Jadi apa kata anda mencuba dengan teknik rendaman batang terlebugih dahulu sehingga keluar akar seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat ini. Semoga perkongsian panjang lebar daripadanya dapat memberi input yang bermanfaat untuk anda gunakan semasa mencuba menanam kesum.
Semoga berjaya.
Cara Tanam Kesum yang Betul di Rumah
Kesum merupakan bahan masakan yang penting terutamanya bagi masakan seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Kesum juga dijadikan sebagi ulam penambah selera bagi mereka yang sukakan ulam-ulaman yang tumbuh terutamanya di kawasan beriklim sederhana.
Penanaman kesum di kawasan rumah adalah penting supaya mudah diambil sekiranya ingin digunakan di dalam masakan. Terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian bagi memastikan tanaman kesum yang ditanam hidup subur dan boleh dipetik apabila matang.
Pemilihan benih
Benih kesum diambil dari keratan batang. Keratan batang boleh dipetik dari pokok sedia ada mahupun kesum yang dibeli dari pasar. Pastikan pilih keratan batang yang matang dan subur. Elakkan memilih keratan batang yang terlalu muda ataupun yang telah layu. Pilih keratan sekurang-kurangnya 10 – 15cm.
Penyediakan bahan tanaman
Kesum merupakan tanaman yang sangat sukakan air. Maka tidak hairanlah sekiranya pernah melihat kesum ditanam di kawasan yang berair terutamanya di tepi paip air ataupun kawasan yang lembap. Terdapat beberapa cara atau bahan tanaman yang boleh digunakan untuk menanam kesum iaitu sama ada ditanam di tanah, di dalam pasu ataupun secara hidroponik.
1. Penanaman di tanah
Jika memilih untuk untuk menanam kesum di tanah, pastikan kawasan tanaman tersebut adalah berdekatan dengan sumber air. Adalah lebih baik sekiranya kawasan tanah tersebut adalah kawasan yang lembap. Pastikan kawasan telah dibersihkan dari rumpai-rumpai dan bendasing sebelum penanaman dilakukan. Tanah juga perlu digembur supaya akar pokok kesum mudah untuk keluar.
Ads
2. Penanaman di dalam pasu
Penanaman kesum di dalam pasu merupakan kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah. Sebaiknya guna pasu yang mempunyai lubang yang sedikit untuk meminimakan kadar air yang keluar dari pasu. Hal ini adalah bagi memastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembap untuk kesum hidup subur memandangkan pokok kesum sangat sukakan air. Masukkan tanah yang sesuai di dalam pasu dan tanam keratan batang kesum mengikut saiz pasu tersebut.
3. Penanaman secara hidroponik
Penanaman secara hidroponik juga dilihat semakin popular untuk tanaman kesum, namun bagi jangka masa yang panjang, kaedah ini jarang dilakukan. Jika ingin mencuba, adalah lebih baik kerana penanaman kesum menggunakan kaedah hidroponik juga sangat mudah. Secara DIY, ambil keratan batang dan sediakan bekas yang sesuai seperti penapis, masukkan keratan batang dan rendamkan di dalam air. Penggunaan kit hidroponik juga lebih sesuai jika terdapat bahan yang diperlukan. Pokok kesum akan kelihatan mengeluarkan akar dan seterusnya mengeluarkan pucuk yang baru.
4.Cara tanam kesum dan penjagaan
Keratan batang yang dipilih boleh ditanam terus ke tanah dengan membuat lubang sedalam 2 inci. Siram dan letakkan di kawasan yang teduh sekurang-kurang seminggu untuk memberi masa kepada keratan batang untuk menghasilkan akar dan memastikan pokok kesum tidak layu sekiranya terdedah kepada matahari sepenuhnya. Setelah pokok kelihatan stabil, boleh pindahkan pokok ke kawasan yang terkena cahaya matahari. Bagi pokok yang ditanam terus di tanah, perlu meletakkan teduhan sementara supaya pokok tidak layu. Teduhan yang boleh digunakan termasuklah jaring hitam, pelepah kelapa ataupun apa-apa bahan terpakai yang sesuai.
Kaedah yang kedua ialah dengan merendam dahulu keratan batang di dalam air sehingga akar keluar. Seterusnya pindah ke tanah dan letakkan pasu di kawasan teduh beberapa hari sebelum dedahkan sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Pengairan dan pembajaan
Pokok kesum memerlukan kadar air yang mencukupi. Siram pokok kesum sekurang-kurangkan sekali sehari. Pastikan tanah lembap sepenuhnya. Baja yang sesuai untuk pokok kesum ialah baja organik seperti baja tahi ayam ataupun baja kompos. Pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali.
Ads
Penuaian hasil
Hasil boleh dipetik setelah pokok membesar dengan subur. Petik batang kesum dengan meninggalkan sedikit bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baru untuk naik dengan seragam.
Penanaman kesum di kawasan rumah merupakan amalan yang bijak kerana kesum boleh dipetik dengan segar dan mengikut kuantiti yang perlu sahaja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Petua untuk menanam pokok kesum sentiasa mendapat perhatian ramai. Maklumlah pokok ini adalah antara tanaman yang sukar subur dan jangka hayatnya sekejap sahaja. Paling biasa berlaku, tanam pokok tapi tak jadi subur.
Namun bagi pekebun yang menanam tanaman ini sebagai sumber pendapatan pastinya ada petua tersendiri untuk memastikan tanaman sentiasa subur merimbun dan jangka hayatnya pun panjang.
Tentu ada rahsianya! Sebagaimana perkongsian seorang pekebun yang sudah enam tahun melakukan penjagaan pokok kesum dengan cara mencantas pada waktu tertentu agar pokok tumbuh subur.
Rupanya ini rahsianya, cantas pokok kesum waktu mula nak berbunga.
Di sini saya nak kongsikan cara saya menjaga pokok kesom supaya ia sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya. Selalunya bila nak tanam pokok ni susah betul nak hidup, bila dah hidup pendek pulak umurnya.
Ini pengalaman saya hampir 6 tahun menjaga pokok kesom ni dari mula tanam sampailah ke hari ini.
Asalnya tanam dalam 3 rumpun kecil sahaja, sekarang dah merebak menjadi rumpun yang besar.
Ini cara penjagaan pokok kesum agar sentiasa subur.
1.Bila pokok kesom dah hampir mengeluarkan bunganya, menandakan pokok sudah matang dan dah tua. Jika di biarkan berterusan lama kelamaan ia akan mati.
2. Sebaiknya bila dah mula nak berbunga, kerat atau cantas. Tinggalkan sejengkal atau dua jengkal dari aras tanah.
3. Lepas tu tambah sedikit tanah pada rumpun pokok dan beri baja organik dahulu.
Waktu siram kena pagi dan petang, 2 kali!
4. Kena sentiasa siram pagi dan petang. Pada masa ini penyiraman sangat penting agar tanah sentiasa lembab. Jika tanah selalu kering, pokok akan terus mati pulak. Ingat ya pesanan ni
Jangan lupa letak baja!
5. Bila dah nampak pokok mula mengeluarkan pucuk baru, berilah baja kopi ataupun baja NPK Hijau 15:15:15. In syaa Allah pokok kesom akan menjadi pokok baru semula.
5. Tanam atas tanah sahaja. Pokok kesom baru tumbuh dan menjadi pokok baru semula setelah di kerat/cantas..
6. Tanam dalam kotak polysterin pun sama juga penjagaannya macam tanam atas tanah… Sebelum di kerat/cantas. Tebuk bahagia tepi sahaja. Dasar tak tebuk. Ia bertujuan supaya ada sedikit air bertakung bersama tanah dlm polysterin tu..
Info: Tanam dalam kotak polysterin tu ada air+ tanah. In syaaAllah boleh tahan dalam 4 hari tak siram. Jika atas tanah tengok keadaan cuaca juga.
Inilah kitaran yg kita kena buat utk pastikan pokok kesum sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.
Sedih tengok pokok sayur yang ditanam hampir mati. Jangan kecewa, cuba gunakan bahan ini iaitu telur dan yakult sebagai booster dan lihatlah hasilnya nanti.
Perkongsian dari puan Saadiah Madon yang menunjukkan pokoknya hampir mati. Namun selepas disembur dengan booster buatan sendiri ini, pokok tersebut kembali segar. Cara yang mudah dan murah tapi hasilnya menakjubkan. Selamat mencuba!
Assalamualaikum sahabatku semua dlm group, ” Beginner Tanam pokok dan sayur”, saya gembira nak kongsi Booster mudah memanjakan pokok2 cili dan sayur atau pokok2 bunga, saya dah cuba dan ternyata berhasil hanya dgn 2 M “MURAH & MUDAH. Spt dlm gambar :- * botol Yakut *2biji telor besar dan 3 biji telor kecil. 1 botol kosong utk adunan Yakut.
Caranya:- masuk 2 biji telor atau 3 biji telor kecil ke dlm botol dan kemudian masukkan Yakut dan goncang botol sampai tercampur sebati. *Peram di ruang bilik selama 3 hari seblm digunakan.
*Cara:- Dgn bancuhan 2 tutup botol dgn 2 litre tanpa chlorine dgn spray botol dan spray didaun dan batang pokok dan air selebihnya siram kedlm tanah pokok. Selamat mencuba. ***Jika tak habis guna bancuhan yakut blh masuk dlm peti sujuk. Gambar2 pokok2 cili yg dlm posting ini adalah pokok dikebun saya sendiri yg mana telah dicuba dgn spray booster Yakut.
********************************** PENTING: saya nak kongsi, dan ingatkan juga kalau masuk dlm peti sejuk…label kan “BAJA YAKUT” nanti anak terambik dan diminumnya, dia ingat Carrot susu. AMBIL PERHATIAN.
Asparagus dianggap tanaman yang unik dan enak dibuat goreng. Biasanya kita membelinya di kedai.
Harga tinggi asparagus dipasaran menjadikan ia adalah antara sayur jenis mahal. Apa kata kali ni tanam aje di rumah, jangka hayatpun lama hingga 20 tahun. Nak tahu caranya. Ikuti perkongsian ini.
Pokok-pokok ini saya tanam dari biji benih yang dibeli di AE Grafted Nursery , Kota Bharu, Kelantan.
Boleh dituai seawal 10-12 bulan. walaupun spears tak besar. Asparagus matang setelah usia 2 tahun, waktu ini spears cukup besar. Hayat pokok asparagus hingga 20 tahun.
Bagi mereka yang dah beli biji benih, boleh ikut cara nak untuk tanam.
1. Rendam biji benih semalaman dgn beberapa biji bawang merah 2. Sediakan tray dgn media campuran tanah hitam dan peatmoss ( sabut cincang ) 3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dgn plastik hitam. Letakkan di tempat teduh. 4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh.Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlh ya.. 5. Bila dh tumbuh 3- 4 batang bolehlh pindahkan ke pasu kecil 6.Selepas 3- 4 bulan, agak2 pokok dh stabil bolehlh pindahkan ke pasu besar atau kawasan yg lebih luas 7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.
Asparagus ni ada jantan dan betina.Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yg betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.
Asparagus yang ditanam dalam raised beds. Media tanah hitam dan cocopeat ( sabut cincang )
Crown yang besar dh boleh dipisahkan untuk dibiakkkan.
Pokok betina yg mula berbuah.Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.
Antara baja yang digunakan. Yg hitam tu baja kopi.
Crown asparagus yg di jual dgn harga rm15 setiap satu. Gambar ihsan dari pemilik AE Grafted Nursery, Berek 12, Kota Bharu
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...