Rendam 10 Minit Buat Teh Halba Lemon Madu. Petua Awet Muda Dan Dalaman Wanita.

Share

Setiap wanita ingin memiliki kulit yang cantik, awet muda dan langsing. Oleh kerana itu, ramai yang sanggup melabur sejumlah peruntukkan untuk kembali cantik.

Selain pengambilan ‘booster’ modern, apa kata kita cuba buat booster secara alami. Guna bahan-bahan natural aje. Guna pun 3 bahan aje. Memang mudah, cuma kena rajinlah buat.

Sebagaimana perkongsian ini yang menyediakan cara-cara membuat booster cantik hanya menggunakan tiga  bahan aje

________________________________

Halba ni korang boleh rendam dalam air panas 10 minit atau rebus juga tau. Halba ni bagus untuk dalaman kita, lagi lagi wanita. Yang ada masalah kesuburan boleh cuba ikhtiar amalkan. Tak pun amalkan je #ladybooster untuk kesuburan.

Basicly air ni boleh diamalkan oleh semua orang, itulah rasa macam nak masukkan halba dalam birthday edition nanti.

Bahan simple :
Madu.
Lemon.
Halba.

Boleh pilih nak rendam atau rebus. Xde masalah. Kalau rendam dalam 10 minit dalam air panas tau.

MANFAAT MINUM AIR HALBA

Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
1. Mencuci perut
2. Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
3. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
4. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
5. Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
6. Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
7. Membantu masalah kegemukan *mengurangkan berat badan
8. Menguatkan fungsi jantung
9. Merawat masalah sembelit & buasir
10. Melancarkan perjalanan darah
11. Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid )
12. Melegakan masalah sakit kepala / migraine
13. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim *ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
14. Mengetatkan & meremajakan rahim
15. Menghilangkan lendir & sakit tekak
16. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
17. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
18. Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
19. Memperbanyakkan air susu ibu
20. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
21. Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
22. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
23. Memelihara keanjalan kulit *awet muda secara semulajadi

Kredit: Puteri Kasim