Rendang adalah menu yang wajib ada di pagi raya.
Setiap kali hari raya resipi rendang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Bagi yang tidak ada pengalaman membuat rendang boleh ikuti resipi ini iaitu resipi Resepi Rendang Tok Asli.
Jom cuba resipi ni.
Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya
Teksturnya yang kering² tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
– dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
– disangai dalam kuali sampai kering
– blend kering TANPA AIR
2 ketul lengkuas
5 batang serai
– dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau suka)
– disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
– daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
– maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik, daun kunyit hiris
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Selamat mencuba
Sumber:Izani shadila
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club