Remy Ishak syukur terima anugerah kebesaran (gelaran datuk) “Jadi suntikan semangat beri lebih banyak sumbangan…”Penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon, Remy Ishak dianggap sebagai satu suntikan buat dirinya untuk memberi lebih banyak sumbangan sebagai penggiat seni.
Anugerah itu juga tidak sedikit mengubah sikap dan penampilan dirinya. Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak yang berasal dari Masjid Tanah, tidak mahu orang lain menganggap beliau tinggi diri selepas beroleh gelaran Datuk.
“Saya tetap Remy Ishak sama seperti dahulu. Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ini sebenarnya tidak lebih kepada usaha menghargai jasa dan pengorbanan penggiat seni di negara ini.
“Saya menghormati penganugerahan ini yang secara tidak langsung memberi saya suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dalam bidang seni pada masa akan datang,”an katanya.
Remy merupakan antara 60 penerima DPSM yang membawa gelaran Datuk. Beliau berterima kasih kepada Mohd Ali serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh atas penganugerahan yang sangat bermakna itu.
Remy tidak menolak penganugerahan darjah kebesaran boleh menjadi galakan kepada generasi muda di Melaka untuk mengejar impian dan cita-cita seperti dirinya.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Remy menzahirkan rasa syukur dengan penganugerahan tersebut.
“Dengan penuh rasa syukur dan hormat, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas kurniaan darjah kebesaran yang diberikan kepada saya oleh Yang Dipertua Negeri Melaka sempena hari ulangtahun ke-75 TYT Tun Seri Dr. Mohd Ali Rustam.
Penganugerahan ini menjadi suntikan semangat kepada saya utk memberikan lebih byk sumbangan dlm mengangkat Malaysia, khususnya Melaka ke persada antarabangsa. Insha Allah.”- tulisnya di ruangan kapsyen.
Hnataran Remy dihujani dengan komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Sumber: Instagram Remy Ishak dan Berita Harian
Baca artikel lain juga: Dulu Hidup Pernah Tak Keruan, Kini Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa!
Unik! Ada Unsur Kemelayuan, Remy Ishak & Isteri Beri Nama Tuah Alam Untuk Putera Sulung
“Rasa Lain Macam Bila Nak Bergelar Bapa” Remy Ishak Akui Isteri Hamil, Titip Doa Baik-Baik
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my