Dia antara pelakon di Malaysia yang cukup digilai peminat. Sesuai dengan tagline Tall, Dark and Hansome, anak kelahiran Melaka ini sememangnya cukup berbakat. Berilah apa sahaja watak pasti akan dibawanya dengan baik sekali.
Cukup ramah dan tidak lokek bercerita tatkala dihujani soal peribadi termnasuklah perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengakui belum terfikir ke arah tersebut memandangkan sibuk dengan lakonan.
Bersama tunang tersayang Ezzarl
“Buat masa sekarang, saya menumpukan perhatian untuk penggambaran filem Sangkar. Kalau diikutkan dua hari sebelum raya baru tamat penggambaran. Jadi tiada masa untuk fikirkan hal lain buat masa sekarang. Lagipun, ini rezeki untuk saya juga kan, mungkin rezeki untuk naik pelamin belum sampai tetapi saya tak mahu tolak dengan rezeki lakonan. Lagipun saya ikut apa yang Dia ‘susun’ untuk diri saya.
“Setakat ini keluarga terutama mak saya tak banyak soal, malah dia faham akan kesibukan saya dalam kerjaya. Jadi, tidaklah dia bertanya selalu akan hal ini. Lagipun saya mahu bekerja keras demi keluarga. Saya mahu gembirakan ibu dan adik-beradik yang lain dahulu.
“Memandangkan sejak dulu lagi saya diibaratkan ketua keluarga, jadi segala tanggung jawab terletak di bahu sendiri. Malah, saya jugalah yang bertanggung jawab menguruskan perkahwinan kakak dan adik sebelum ini. Macam-macam kami lalui bersama, susah senang hidup. Alhamdulillah, kini saya cukup berbangga dan saya pasti keluarga turut merasai perasaan yang sama.
Pernah melalui hidup getir demi sesuap nasi sebelum berjaya menjadi pelakon terkenal, Remy pernah juga bekerja sebagai buruh kasar, pemandu lori dan penjual ikan. Keperitan itu membuatkan dia mahu berusaha keras untuk memastikan ibunya hidup selesa seperti sekarang.
Ads
“Saya tak mahu ibu penat dengan usianya yang sudah 62 tahun, saya rasa sekarang masa untuk ibu berehat dan saya pula balas jasanya yang bersusah payah sebelum ini membesarkan kami adik-beradik.
“Saya mahu ibu hidup selesa dan tenang. Sementelah dia sekarang tidak berapa sihat dan ada masalah jantung. Itupun kebetulan ibu buat pemeriksaan lanjut untuk penyakit Tiroid. Waktu itu baru doktor kesan jantung ibu bengkak. Lalu doktor minta buat pemeriksaan MRI untuk pengesahan lanjut.
“Sekarang ini tengah tunggu giliran untuk MRI. Ada juga saya bawa ibu untuk rawatan tradisional dan terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur- Melaka-Ulu Tiram, tetapi demi memastikan kesihatan ibu baik saya sanggup berpenat lelah. Alhamdulillah, sekarang ini ada sihat sedikit cuma ibu kena berpantang terutama dalam menjaga pemakanan.
“Sebab itu juga, raya tahun ini saya ambil keputusan untuk bawa ibu dan ahli keluarga yang lain bercuti.Raya pertama kami dah ‘cabut’ bukan untuk lari dari diserbu peminat tapi saya mahu habiskan masa bersama keluarga memandangkan sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerja dan sukar untuk bertemu.
Ads
“Jadi, cuti hari raya nanti adalah masa yang sesuai untuk kami bercuti bersama. Ini adalah raya kedua yang saya dan keluarga bercuti selepas tahun lepas berbuat demikian. Untuk tahun ini, saya dan adik beradik sudah rancang untuk buat gathering dan ‘bonding time’.
“Pada saya masa adalah benda yang paling bermakna untuk diberikan pada keluarga serta komitmen sebagai seorang anak. Duit boleh diberi pada bila-bila masa bukan hanya hari raya, tetapi kualiti bersama itu yang lebih penting. Sebab itu saya sanggup ‘korbankan’ raya demi bersama keluarga.
“Kalau diikutkan sudah 10-11 tahun saya melayan peminat yang datang beraya, jadi sekarang masa saya berehat dan bersama keluarga.
Ads
Mengakui persiapan raya tahun ini macam biasa ala kadar, Remy juga baru melancarkan koleksi busana raya berupa Kurta dan Baju Melayu bersama Starvilion.
“Saya tak perlu susah payah fikir soal baju kerana sudah ada baju koleksi sendiri yang dikeluarkan oleh Starvilion. Sejak dahulu lagi, saya memang sangat berminat dengan baju melayu pesak klasik.
“Tawaran oleh Starvilion ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Ini adalah lambang kebanggaan pada saya dan tak lengkap kalau hari raya saya tak sarungkan baju melayu pesak klasik ini.
Untuk peminat boleh dapatkan di Starvilion di Seksyen 7 Shah Alam dengan 10 warna pilihan yang menarik dari saiz XS ke XXL.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa buah anggur yang manis tentu membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Biarpun harganya agak mahal, namun tetap mendapat perhatian ramai.
Lazimnya, buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar.
Nak tahu cara untuk mengeluarkan salutan lilin ini, ikuti cara yang ditunjukan oleh Azleen Azlinda. Mudah rupanya nak bersih buah.
Bahan:
Anggur
Tepung gandum secukupnya
cara:
1.Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
2.Taburkan tepung gandum dengan secukupnya.
3.Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
4.Bilas dengan air bersih.
Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat. Mudahkan jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni jangan terus basuh makan je tau
Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Berbuat baik kepada ahli keluraga tak mengenal masa, kalau boleh biarlah selalu kita menghargai dan tunjukkan rasa saya kepada mereka selalu. Namun, jika kita buat baik dengan ahli keluarga kita pada Hari Asyura, ia jauh lebih baik dan sangat disarankan dalam Islam.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar hari ke-10 Muharram dalam kalendar Islam iaitu pada hari ini (Selasa) merupakan Hari Asyura yang sangat bermakna buat umat Islam.
Melalui sebuah video di akaun TikTok rafidahbaco, Ustaz Wadi berkata apabila kita sediakan makanan istimewa buat keluarga pada Hari Asyura ini, rezeki mereka akan diperluaskan dan urusan juga akan dipermudahkan.
Katanya lagi, orang yang menggembirakan keluarganya pada hari 10 Asyura dengan menyediakan makanan istimewa untuk mereka, Allas SWT akan menyenangkan, memurahkan dan meluaskn rezekinya sepanjang tahun itu. Betapa hebatnya manfaat bila berbuat baik dengan ahli keluarga pada hari ini kan?
Tonton video ini;
“Kalau selalu RM10, hari Asyura tuan-tuan istimewakan hidangan untuk ahli keluarga tuan-tuan. Ini maksud hadis ni. Tuan-tuan istimewakan hidangan dan layanan untuk ahli keluarga tuan-tuan pada hari Asyura, Nabi sebut dalam hadis Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”
Untuk pengetahuan, Asyura asalnya dari sebuah perkataan Arab iaitu ‘asyara’ yang bermaksud 10 dan mengikut umat Islam, hari Asyura ni banyak menyaksikan sejarah besar dan keajaiban yang berlaku ke atas para nabi.
Selain itu, menurut Riwayat Ibnu Majah (1738), berpuasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.
Kentang goreng antara menu yang bukan sahaja anak-anak suka makan malah andai terhidang di atas meja sesiapa pun akan mencapainya untuk disuakan ke mulut. Menjamah kentang goreng ini pula tidak mengira waktu, sama ada ketika menonton tv, minum petang hatta waktu sarapan pun menepati selera.
Pun begitu, terlalu kerap makan makanan segera atau sejuk beku seperti itu bimbang juga undang bahaya. Jadi nak pastikan kentang goreng yang dimasak daripada bahan yang segar dan menyihatkan, jom pelajari resipi untuk hasilkan sendiri kentang goreng yang sedap dan ranggup.
“Boleh dikatakan kentang goreng makanan ruji muhammad. Tiap tiap hari wajib makan, kadang 2 , 3 x sehari. Duk pikir macam mana la nak bagi kentang goreng yg sihat Tak sudah rasa nya duk bagi makan yang segera tu. Godek punya godek fb jumpa la resepi ni. Alhamdulillah kena dengan selera dia. Bukan muhammad je suka 1 rumah suka Sedap dia Kalah fries mcD tau“-Paridah
Bahan-bahan:
Kentang
Tepung jagung
Garam
Cara membuatnya :
Kentang dipotong memanjang.
2. Rebus dengan bawang putih yang diketuk dan sedikit garam.
Jangan lama dalam 5 minit je.
3.Dah siap masukkan kentang dalam air sejuk. Atau air yg dicampur ais
4.Lepas tu tos kan sampai kering
5.Dah kering salut kan dengan tepung jagung. Jangan banyak sangat agak agak tersalut semua. Jangan salut masa tengah basah nanti goreng jd melekat
6. Goreng dalam minyak panas
7. Panas2 tu tabur garam sikit. Dah siap utk di makan. Sedap sangat rangup plak tu
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.