Pernah tak bayangkan, tempat yang anda bekerja sekarang ni, iaitu satu-satunya tempat punca rezeki anda dan keluarga mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan anda perlu diberhentikan kerja dengan serta merta? Tak mampu nak terjangkau dek akal kan?!
Tapi itulah yang dihadapi oleh pemuda yang bernama Zaini Amar, Ketua Pegawai Eksekutif ZAMARA di mana dia terpaksa meninggalkan tempatnya mencari rezeki selama 9 tahun dan berhadapan dengan masalah tersebut sendirian dengan memilih untuk tidak memberitahu keluarga terutamanya ibu bapanya.
“Saya banyak hantar resume, saya dah jemu pergi ke interview, dipanggil tapi tak dapat. Tapi dalam masa yang sama, saya ada satu skill dalam bidang seni iaitu bidang buat grafik di mana job pertama saya adalah bisnes card, untung 5 ringgit masa tu.
“Daripada keuntungan 5 ringgit tadi tu saya print sendiri flyers saya, syarikat saya sendiri dan saya mengedarkan flyes itu di lampu isyarat. Saya merahsiakan saya diberhentikan kerja dari ibu ayah saya, saya sedaya upaya merahsiakan dari keluarga saya,” katanya ketika menceritakan detik kejatuhan dalam hidupnya.
Ads
Sudah diberhentikan, nak mula bisnes tetapi diuji lagi apabila flyers yang diedarkan pada orang ramai akhirnya masuk ke dalam longkang! Namun, kegagalan yang dihadapi tidak diratapi tetapi menjadi penguat untuk terus positif dan kini mampu membuka butik miliknya sendiri!
“Sewaktu saya edarkan flyes saya, tentang syarikat printing saya yang kecil tu, saya lihat flyes-flyes saya dibuang di dalam longkang dan masa itu saya tengok dia dihanyutkan dalam air longkang tadi.
“Remuk hati saya masa tu tapi saya counter back balik dengan positif side apabila saya cuba memikirkan mungkin risalah saya kurang menarik, mungkin ada benda yang kurang daripada saya sehingga saya berjumpa dengan sepupu saya iaitu, abang Amin Idris. Beliau banyak membantu saya, menaikkan semangat saya dalam bidang perniagaan.
Ads
“Arwah adik saya, Azlan dia juga mendorong saya dalam bidang perniagaan sebenarnya. Kami dah set dah tetapi nasib tak menyebelahi, dia terlibat dalam kemalangan di Sungai Buluh dan meninggal dunia serta merta. Saya teruskanlah niat dia, InsyaAllah,” tambahnya.
Ads
Sebagai penutup, Zaini juga sempat meninggalkan kata-kata semangat bagi peniaga baru di luar sana untuk kekal kuat meskipun banyak cabaran yang melanda kerana cabaran itu adalah proses menjadi peniaga yang matang.
” Kalau kita nak ceritakan tentang cabaran, kita ni mana-mana pun kalau kita nak pergi tidur pun ada cabaran kan? Ramai orang di luar sana nak berniaga, ada jalan singkat nak berjaya tetapi kena ingat proses nak jadi ahli peniagaan itu bukan mudah. Walau apa saja cabaran yang ada, sebenarnya itu adalah proses untuk kita menjadi seorang peniaga yang matang.” jelasnya.
Untuk video penuh, boleh tonton di bawah ini :
https://www.dailymotion.com/video/x8btswn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agung, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu kenyataan media dikeluarkan Istana Negara, di sini, pada Sabtu.
Jelas Ahmad Fadli, Baginda berdua ketika ini berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara sehingga 7 dan 8 April depan.
“Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga hari Khamis, 7 April 2022, setelah disahkan positif COVID-19.
“Manakala, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga hari Jumaat, 8 April 2022, setelah juga disahkan positif COVID-19,” jelasnya.
Baginda berdua, jelas Ahmad Fadli lagi perkenan menjalani kuarantin kendiri selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, Baginda berdua dimaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak membimbangkan.
“Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik COVID19 kelmarin (1 April 2022).
“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” jelasnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengalaman menggosok baju hingga ada yang melekat atau lebih teruk lagi baju yang digosok berlubang dek kerana terkena seterika yang panas mungkin ramai antara kita mengalaminya.
Bila ini yang terjadi, tentunya bukan sahaja baju yang digosok rosak malah seterika juga akan menjadi tidak selesa digunakan. Ini kerana bahagian bawahnya telah berwarna kecoklatan seakan berkarat dan menggosok tidak lagi selicin sebelumnya.
Lebih menyedihkan lagi jika seterika itu hendak digunakan untuk menggosok baju berwarna putih, pasti akan meninggalkan kesan dan seterusnya menampakkan baju menjadi comot dan kotor.
Untuk itu, segeralah buat petua ini untuk memudahkan menanggalkan kesan kotoran di bahagian seterika. Caranya cukup ringkas, hanya dengan menggunakan 1 bahan sahaja.
Apa itu?
Gunakann GARAM dan ini caranya.
Panaskan iron dan kemudian taburkan garam di atas sekeping kertas.
Kemudian lakukan seperti menggosok baju beberapa kali di atas taburan garam tersebut.
Kemudian biarkan sejuk iron barulah dilap dengan kain lembab.
Hasilnya iron kembali bersih dan licin.
Tidak dengan itu, ada satu lagi petua boleh digunakan, dan kali ini dengan menggunakan 3 bahan utama yang mudah di dapati di dapur rumah anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Cuka makan
2. Soda bikarbonat
3. Span sental kuali
Cara-caranya :
Satukan cuka dan soda bikarbonat di dalam bekas.
Kemudian ambil span hijau dan celupkan ke dalam ramuan tadi sebelum digosokkan pada bahagian seterika.
Lakukan sehingga seterika kembali bersih.
Ekstra Info :
Setelah seterika bersih pasti lebih mudah digunakan untuk menggosok baju, dan jika nak lagi cepat menggosok alaskan dulu iron board dengan aluminium foil. Kesannya dengan sekali gosok, kedutan terus hilang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susulan penemuan empat beranak yang menjadi mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, suasana pilu menyelubungi keluarga waris di Taman Machap Indah , Alor Gajah apabila jasad anak beranak iaitu mendiang Lai Chee Sam dan isteri, Lai See Tin bersama dua anak mereka iaitu Giselle Lai Yu Xi,6 dan Jonas Lai Ze Kai,2 di bawa ‘pulang’ ke rumah mereka.
Ruang Dihiasi Lukisan Anak-anak
Meninjau laporan di China Press turut dikongsikan beberapa keping gambar ruangan perletakkan keranda yang bukan sahaja dihiasi dengan potret mendiang sekeluarga.
Malah lebih menyentuh hati wargamaya apabila turut dapat melihat ruangan tersebut dihiasi dengan lukisan-lukisan dan alat permainan dua beradik tersebut bagi memperingati mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah turut hadir memberi penghormatan terakhir buat keluarga ini.
Tak Dapat Nak Bayang Satu Keluarga Tertimbus Sekali
Susulan permergian emat sekeluarga itu, ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah daripada wargamaya tanpa mengira kaum dan agama.
Meskipun berkongsi rasa kedukaan dan kesedihan yang dirasai, mereka juga turut luahkan rasa syukur sekurang-kurangnya kesemua ahli keluarga Lai berjaya dijumpai oleh pihak berkuasa di lokasi tanah runtuhan tersebut.
“walaupn berlainan bangsa kami tetap sedih..mengalir air mata..”
“Takdpt bayangkn mcm mana dorg yg trtimbus tu fight nk bernafas. Yg kanak2 lagi. Kecik lagi.. Sedih nyaa 😭😭”
“Maknanye yg jumpe 4 terus tu yg ni ke…😭😭😭😭… Sedihnye…”
“takziah pda keluarga dua belah pihak kehilangan yg tiada gantinya…hencem,isteri n anak2 nya cantik”
“Takziah…seluruh rakyat Malaysia semua berduka,” ini antara komen-komen warganet.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.