Rempeyek Kacang Dhal, Terasa Rangup Krup Krap Tanpa Guna Santan!
Rempeyek Kacang Dhal atau Tumpi, menjadi antara menu kudap-kudapan yang digemari ramai di musim perayaan ini. Rasanya yang rangup dan berempah, jika dimakan boleh leka dibuatnya. Sedar-sedar setengah balang, itupun kalau ikutkan hati mahu sahaja dimakan hingga licin.
Begitulah kalau rempeyek yang dimakan enak rasanya. Jadi jika ada yang teringin untuk buat sendiri, boleh dipelbagaikan sama ada menggunakan kacang dhal, kacang tanah atau pun kacang hijau. Semuanya ada rasa dan keenakannya yang tersendiri.
Jadi bolehlah buat seperti resipi yang dikongsikan oleh Aienz’s Ismail dalam menyediakan Rempeyek, dan uniknya juga tanpa menggunakan santan!
Resipi tumpi/Rempeyek
Bahan-bahan
½ kg tepung beras
Kacang dhal rendam semalam atau 8 jam
-*2sudu makan ketumbar
-*2sudu makan jintan manis
-*5ulas bawang putih
-*segenggam ikan bilis
-*2biji telur
-1/2sudu teh kapur
-air (Agak-agak adunan tak cair dan tak pekat)
-Garam
-gula
Cara-cara
1-Blend bahan bertanda ‘*’ dengan air,
2-Masukkan tepung dan kapur dalam bekas, dan tuang bahan blend.
3-Masukkan garam dan sedikit gula, kacau sebati sampai tepung tidak berketul.
4-Masukkan kacang dhal yang sudah direndam semalaman atau 8jam. Kacau-kacau dan siap.
5-Panaskan minyak dengan api slow, boleh lah mula menggoreng, kalau ada acuan boleh guna acuan.
P/s-Kalau tak suka kacang dhal bleh gantikan dengan kacang tanah, ikan bilis dan kacang hijau
Selamat mencuba
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club