Campur 2 Rempah, Itu Rahsianya Nak Lagi Sedap Masak Kari Daging!
Tidak dinafikan setiap antara kita tentu ada rahsia masakan hingga menjadikan hidangan yang dimasak begitu enak rasanya dan istimewa. Ini seperti dalam menyediakan Kari Daging, dengan adanya gabungan ramuan yang tersendiri menjadikan menu yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini begitu menyelerakan dan sudah dapat dibayangkan betapa enak rasanya.
Menurutnya selain menggabungkan dua jenis rempah iaitu rempah kari daging dan rempah nasi beriani, untuk pastikan kari daging nak bagi rasa sedap masukkan sedikit lemak daging atau lemak harimau menangis atau daging harimau menangis. Makan sedap berganda ganda jadinya.
Jadi bolehlah anda cuba sendiri menyediakan menu ini untuk dimakan dengan pelbagai jenis nasi dan boleh juga untuk dimakan dengan ketupat dan lemang di Hari Raya nanti. Apatah lagi menurut empunya resipi, menu ini sangat cepat dan mudah disediakan berbanding rendang.
RESEPI ISTIMEWA KARI DAGING HARI RAYA DARI IDASHAHIDA
Resepinya:
Santan 2 kotak kecil 200ml x2( kalau nak guna hanya sekotak saja pun boleh dan tetap sedap no.1). Caranya santan 1 kotak:
Masukkan 1/2 kotak Santan selepas rempah dah masak masukkan 1 cawan air dan 1/2 lagi dimasukkan sebelum nak masukkan kerisik).
10 biji bawang merah-dihiris halus
7 ulas bawang putih-dihiris halus
2 inci halia- dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 inci Lengkuas 1-diketuk
3 batang serai 3 -diketuk
1 kg daging – potong kecil
300 gm rempah daging atau 6 bungkus kecil* (Serbuk allagapas daging)
2 sudu besar Rempah nasi beriani
1 serbuk cili allagapas atau 1 sudu besar jika nak pedas
Rempah ini dibancuh kental dengan sedikit air.
5 sudu besar kerisik
1 1/2 cawan air
4 biji ubi kentang -dipotong 4
2 cawan minyak atau lebih untuk rempah masak betul. (rempah bila betul betul masak..akan jadi warna merah dan terdapat minyak di atasnya).
Cara Masak:
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang hingga layu.
2.Kemudian masukkan serai, lengkuas dan halia. Tumis hingga berbau wangi dan kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
3.Masukkan rempah kari. Sentiasa kacau kerana mudah hangus.
4.Bila rempah sudah masak masukkan daging. Masak dengan menggunakan api sederhana. Kacau selama 20 minit sampai air daging keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan
8.Sekarang dah jadi pekat kuahnya. Rasailah apa yang kurang..sila tambah. Pastikan ubi dan daging telah empuk baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.
Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.
( baru sedap dan pekat likat)
Peringatan penting:
* klu nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisik”
* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.
* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu….
Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.
Dah siap…..
** Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak tu sedikit.minyak tu boleh buat goreng ikan..lagi sedap ikan goreng anda.**
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club