
Kunyit memang sinonim dengan masakan dan kecantikan. Pelbagai petua kecantikan menggunakan herba ini.
Malah ia menjadi bahan tradisional yang digunakan sejak nenek moyang dahulu lagi.
Sebagaimana perkongsian wanita ini mengakui keturunanya juga mengunakan kunyit untuk kekal cantik dan awet muda.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian beliau.
Remedy jus kunyit
Remedy turun temurun keluaga saya. Untuk sihat Dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit. Resepi senang je budak kecik pun boleh buat.
Bahan: Kunyit dan air masak
Cara penyediaan:
Tak buang kulit. Cuci bersih dan rendam semalaman. Pagi cuci lagi baru blend. Kunyit hampir setengah kilo atau 400gram
Kisar dengan air masak.
Tapis kunyit yang telah dikisar tadi untuk mengeluarkan pati atau jus. Guna kain cotton, lampin atau kain belacu.
Kunyit hidup basuh bersih2 blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus
Dalam pantang minum sehari 2 kali
Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. AWAS JANGAN MINUM SELALU JIKA BUKAN DALAM PANTANG.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot.
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit.
betul kan kalau saya salah. Sbb mak saya dah tua pun period elok je
Mak saya Dalam pantang lagi ganas minum dlm 4 5 kilo ko.
Botol. Redbull kosong saya isi air kunyit. Tak bagi tau suami biar dia terminum dan terkencing hahaha
Letak dalam peti sejuk nak minum panas kan dalam microwave sekali minum je
Netizen turut berkongsi khasiat kunyit
Sumber: May Vo Dyakonov
Wanita Ni Kongsi Resipi Roti Jala Rose Sedap, Cantik Pula Tu. Siap Step By Step Buat Lagi. Gerenti Jadi!

Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa. Sukatan yang mudah dengan cara yang cukup simple , siap step by step lagi. Memang memudahkan ibu-ibu yang baru nak cuba!
Assalamualaikum & selamat petang.
Pagi tadi ada geng novel seru di group whatsapp & tunjuk gambar roti jala rose.
Walawehhhh cantik yang amat roti jala pesen gitu. Jenuh lar nak membuatnya.
Tapi macam terasa nak mencuba buat & share resipi step by step makanya Hakak Ros pon gigih bersilat kat dapor semata² nak menjala roti jala rose.
Alhamdulillah 1st time menjala rose kemenjadiannya sangat² mengujakan.
Ni kalau ada yang menempah, masak Hakak Ros nak membuatnya. Jawabnya reject terus.
Agak² korang rasa nak makan ke tidak tengok roti jala ni?
Jom tengok resipi step by step.
Bahan²nya
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/8 cawan/ 30ml minyak
Cara membuat:
Satukan air & tepung. Gaul.
Masukkan minyak & telur. Gaul lagi biar sebati. Kemudian tapis.
Kalau nak senang.. humban semuanya ke dalam blender. Blend halus.
Bahagikan kepada 3 @ 2 bahagian. 1 diisi pewarna kuning.
Satu lagi diisi pewarna merah. Dan yang selebihnya isi warna hijau.
3 bahagian adunan. Terlebih rajin ni nak membuat banyak warna.
Panaskan kuali non stick. Picit sedikit adunan memanjang.
Kemudian bentukkan kelopak bunga mawar.
Titiskan adunan hijau.
Angkat & letak atas pinggan. Yang belah bawah kuali diterbalik.
Fulamakkkkk.. teruja betul ni.
Nak makan ke tidak…nak makan ke tidak.. sepiring untuk mak mentua.
Pil Perancang Keluarga, Dr Ni Kongsi Banyak Benda Tentangnya. Bukan Nak Jarakkan Hamil Je Tau!

Perkongsian daripada doktor ni memang banyak manfaatnya, mengupas secara detail tentang pengambilan pil perancang keluarga.
Nak tambah ilmu tentang itu, jom semak artikel penuh ini.
Apa jua ubat dan kaedah rawatan mesti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol pun boleh ada kesan sampingan yang buruk.
Doktor yang merawat yang bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudaratkan pesakit ( benefit outweigh risk).
Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun ada apa-apa conflict of interest.
Konsep family planning mempunyai pelbagai kelebihan dan faedah, bukan sahaja dalam usaha menjarakkan kelahiran, pil perancang mempunyai pelbagai kelebihan lain seperti mengurangkan masalah haid seperti senggugut, haid yang tidak tetap, haid yang banyak dan juga haid yang tidak teratur.
Pil perancang boleh digunakan untuk merawat PCOS , mengurangkan kejadian ovarian cyst, berguna dlm endometriosis, mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pelvis (PID) , mengurangkan risiko kandungan luar rahim, merawat jerawat teruk dan lain lain – non contraceptive benefits
Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks.
Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit.
Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yang berterusan.
Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul?
Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang.
Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini ini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.
Untuk mereka yang ada masalah breast benign ( tidak berbahaya) seperti fibroadenoma atau sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan Pil perancang tanpa was-was.Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang.
Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara ( diri sendiri yang kena kanser ) – TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang.
Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO dapat 3 jenis kanser – KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR.
Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%.
Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang ada mutasi gene BRCA 1 / 2 yang ada kena mengena dengan kanser yang diwarisi.
Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi.
Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yang menyebabkan kanser payudara dan serviks.
Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks – iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan takde ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim.
Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika dah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.
Take note! Wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan ( COCP ), sila Guna kaedah perancangan keluarga yang lain :
✅Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama
✅Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas
✅Ada migraine dengan aura
✅BMI 35 dan ke atas
✅tekanan darah tinggi > 160/100
✅Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung
✅Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)
✅Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour)
✅strok
✅melalui pembedahan yg memakan masa yg lama menyebabkan pesakit tak bergerak-gerak
✅ sedang mengalami kanser payu dara atau ada sejarah kanser payu dara ( diri sendiri )
Perlu ditegaskan kat sini, setiap pesakit yang hendak dimulakan pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli online atau dapatkan pil perancang di farmasi semata mata.
Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan – untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali
Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, kena guna cara lain. Satu lagi kalau guna pil perancang TAK PAYAH ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan untuk makan pil.
Cerita ‘hantu’ yang mengatakan pil perancang dengan risiko kanser serviks dan kanser payudara TAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dengan 2 kanser ini kerana perkaitan ini melibatkan pil perancang yang terdahulu dan TAK digunakan lagi pada masa sekarang.
Kelebihan pil perancang dalam mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, kanser rahim dan kanser usus sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan dalam menentukan baik buruk sesuatu ubat atau kaedah perancangan keluarga itu.
Mohon update ilmu, dan bertanya pada mereka yang lebih mahir dalam bidang perancangan keluarga sebelum membuat andaian yang bukan bukan.
HENTIKAN FITNAH ke atas pil perancang.
Doktor mana yang nak bagi pesakit dia kena kanser ? Patut-patut ler
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Malu Kulit Kering Bersisik, 10 Cara Pulihkannya, Sila Cuba!

Masalah kulit kering mungkin bukan satu masalah yang besar bagi yang tak mengalaminya. Namun bagi mereka yang mengalami masalah ini, kulit kering ‘bersisik’ dan adakalanya berpeta-peta terutama di bahagian kaki dan betis sentiasa menjadi satu masalah.
Malu jika kain yang dipakai terselak sehingga menampakkan ‘peta-peta’ ini, jadi satu masalah paling besar buat semua wanita.
Tak hanya bersisik, kulit kering juga sentiasa buat kulit nampak kusam, pucat, kedut dan tidak segar.
Sebenarnya kulit kering dan bersisik ini berpunca dari pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Jadi bagaimana atasi kulit kering dan cepat berkedut? Ini caranya:
1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit. Bagi yang tak makan ikan, boleh amalkan minyak ikan setiap hari. Membantu!
2. Amalkan soya
Soya dikatakan mampu merawat masalah kulit terutama kulit kering. Malah ia juga merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
3. Pilih Koko
Jangan anda sentiasa pilih teh dan kopi apa kata tukar kepada coklat atau koko. Ia Mengandungi antioksidan, malah koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
4. Tolong guna pelembap
Sila gunakan pelembap kulit atau losyen untuk elakkan kulit lebih kering jika terdedah kepada matahari. Ini penting.
5. Jangan Berkerut
Mengerutkan muka atau mengecilkan mata apabila memandang objek jauh buat kulit tegang. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
6. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.
7. Mandi Susu
Sentiasa amalkan mandian susu dan sauna herba juga salah satu cara melembapkan kulit dan sekaligus mengatasi masalah kulit kering dan bersisik. Kulit jadi lembap sentiasa, malah lebih halus dan gebu.
8. Guna pencuci muka gel
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.
9. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.
10. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.