Buat para wanita, jangan ambil mudah apabila memakai tudung dengan menggunakan jarum.
Namun lain pula kisah remaja ini. Mengunakan jarum peniti untuk membersihkan gigi! Jika cuai ia memudaratkan diri.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, bagaimana seorang pesakitnya telah tertelan jarum peniti ketika memakai tudung.
Moga kisah ini dijadikan ikhtibar.
“Macam mana jarum pin tu boleh masuk dalam mulut awak.. sampai boleh tertelan?” Ini soalan pertama saya aju kepada beliau.
Saya lihat kembali pada x-ray. Ya, memang jelas ada di situ. Seakan tertanam dalam rongga leher!
Pesakit saya ni hanya tertunduk. Teragak-agak pada mulanya.
“Saya nak bersihkan gigi, doktor. Guna pin tu. Kemudian termasuk ke dalam.”
Subhanallah, terkejut besar saya dibuatnya.”
Saya bawa beliau ke bilik prosedur. Kami gunakan segala alatan yang ada. Dengan bantuan 70 degree scope, kami dapati jarum itu betul-betul tercucuk di bahagian atas salur makanan beliau. Sedikit lagi nak masuk ke salur pernafasan.
“Okey, awak buka mulut. Kami akan tarik lidah awak keluar. Rileks saja. Kalau buat kat sini tak berjaya, kita terpaksa bawa awak ke dewan bedah.” Ujar saya.
Pesakit saya ni sangat kuat. Walaupun kami sebenarnya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan jarum pin tersebut, beliau ni tetap positif.
Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan. Akhirnya jarum pin ini berjaya dikeluarkan. Beliau tidak perlu dibawa ke dewan bedah.
Ada dua pengajaran utama daripada kisah ini:
1. Elak menggunakan alatan tajam dan bahaya untuk membersihkan celah gigi. Jarum jangan sekali. Bahaya, tuan-tuan.
2. Jika tersangkut apa-apa pada tekak, ikut langkah yang pesakit saya ini lakukan. Datang segera ke hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan tunggu saja di rumah.
Adik ni umurnya baru 13 tahun. Tetapi semangat beliau kuat.
Doakan beliau ni terus sihat. Dan kita mendapat pengajaran berguna daripada kisah ini.
P/s Gambar ini diambil atas keizinan pesakit dan ibunya. Lihat bagaimana jarum pin yang tertanam di bahagian atas salur nafas dan salur makanan beliau. Alhamdulillah pin tersebut berjaya dikeluarkan
Dalam pada itu, diruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa bimbang dan terkejut melihat perkongsian berkenaan.
“This really scary mr. Doc. I can’t imagines it how struggled and painful was her at that time.”
“Aduh menakutkan. Tp dalam tempoh tu dia boleh relax bertahan. Hebat juga lah dia.”
“Saya pun selalu guna jarum…seram tgk apa yg doktor tunjuk ni…alhamdulillah..moga adik ni cepat sembuh.”
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih