Kehamilan

Relaks Je Minum Air Gula Waktu Hamil, Doktor Bagi Bukan Saja-Saja!

Share

Rutin minum air gula ketika hamil adakalanya buat ibu hamil rasa risau dan berdebar. Bukan kerana mahu menolaknya tetapi kena bimbang akan termuntah sebaik sahaja minum.

Rutin minum air gula ini dilakukan adalah bagi mengukur paras gula dalam badan ibu hamil. Jadi ia wajib dilakukan. Apa yang lebih penting adalah bagi menyelamatkan ibu dan bayi dalam kandungan.

Ibu yang sedang hamil, ikuti perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai minum air gula ini. Bukan saja-saja tau!

“Doktor, betul ke air gula yang ibu mengandung kena minum tu ada toksik?”

Semalam tular isu ni di media sosial (khususnya Facebook). Ramai yang bertanya untuk dapatkan kepastian. Jadi, kami tulislah sedikit tentang perkara ini, ya.

Air gula yang diberikan kepada ibu hamil tu adalah Ujian Toleransi Glukosa (glucose tolerance test). Tujuan ujian itu diuat adalah untuk mengesan sama ada ibu hamil ada “gestational diabetes”(GDM), iaitu diabetes yang hanya berlaku semasa hamil.

Air gula yang diberikan tu, tak ada apa pun yang istimewa. Gula biasa sahaja. Cuma, seperti yang kita tahu, gula ni jika terlalu banyak memang boleh memudaratkan. Jadi, jumlah gula yang diberi masa ujian dan disukat agar selamat untuk ibu hamil.

“Kenapa kita buat ujian ni pada ibu hamil sahaja?”

Semasa kehamilan, tubuh ibu hamil mengalami perubahan hormon yang boleh meningkatkan kadar gula dalam darah untuk memastikan bayi yang sedang berkembang mendapat nutrisi yang cukup.

Namun, kadangkala tubuh ibu tidak dapat mengawal kenaikan ini dengan baik. Kondisi inilah yang dinamakan GDM.

Kadar gula dalam darah yang tinggi (tidak terkawal) secara berterusan boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

 

Risiko kepada ibu hamil antaranya:

■Diabetes type-2: sepatutnya GDM akan hilang selepas bersalin, tetapi kalau GDM tidak dikawal ada kemungkinan paras gula kekal tinggi selepas bersalin dan ia menjadi kekal.

■Pre-eklampsia: GDM meningkatkan risiko untuk ibu hamil yang mempunyai darah tinggi dan protein di dalam air kencing, untuk diserang sawan.

Risiko kepada bayi semasa dalam kandungan, antaranya:

■Neural tube defects: kecacatan dalam pembentukan saraf dan mengakibatkan anencephaly (tiada otak), spina bifida (saraf tunjang tidak sempurna) dan sebagainya.

■Macrosomia (saiz bayi terlalu besar): Ini boleh mendatangkan kesulitan dan ancaman kepada bayi serta ibunya semasa proses kelahiran.

Risiko kepada bayi semasa proses kelahiran, antaranya:
■Bayi makrosomia boleh tersekat di laluan kelahiran (bukaan rahim dan rongga pelvis). Jika tersekat terlalu lama, ada risiko untuk bayi lemas atau meninggal dunia.

■Bahu bayi makrosomia boleh tersangkut setelah kepala dilahirkan (shoulder dystocia). Bahu bayi boleh terseliuh dan sarafnya rosak (sehingga tangan jadi lumpuh)

Kedua-dua keadaan ini juga boleh menyebabkan kecederaan pada ibu seperti koyakan pada pembukaan rahim dan faraj, kehilangan darah yang banyak, dan kematian

“Macam mana Ujian Toleransi Glukosa dibuat?”
Ibu hamil akan diminta berpuasa selama 8 jam. Kemudian akan diberikan gula pada jumlah tertentu, dan selepada beberapa jam, paras gula dalam darah akan diukur. Jika glukosa dalam darah tinggi, ini menunjukkan tubuh ibu tidak dapat mengendalikan gula dengan efektif, menandakan ibu mengalami GDM.

“Adakah semua ibu hamil akan diuji?”
Keutamaan diberikan pada ibu hamil yang ada faktor risiko untuk mendapat GDM, antaranya adalah ibu yang mempunyai sejarah:

■Ahli keluarga dengan diabetes
■GDM dalam kehamilan sebelumnya
■Kematian anak semasa kehamilan sebelumnya
■Anak makrosomia
■Obesiti

“Tak ada ujian lain untuk saring GDM? Kenapa tak guna bacaan HbA1C?”
HbA1C mempunyai sensitiviti yang rendah untuk mengesan GDM, terutamanya selepas trimester pertama. Selain itu, itu ia juga dipengaruhi oleh paras hemoglobin. Jika paras hemoglobin rendah, bacaan HbA1C mungkin rendah, sedangkan paras gula sebenar adalah tinggi.

Ujian Toleransi Glukosa pula lebih sensitif dalam mengesan GDM. Kosnya juga tidak tinggi, mudah untuk dilaksanakan, dan tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih. Ciri-ciri ini menjadikan ia pilihan utama untuk mengesan GDM. Ia lazimnya dilakukan antara minggu 24-28 kehamilan.

Melaksanakan ujian toleransi glukosa adalah langkah proaktif yang penting dalam pengurusan kesihatan ibu dan bayi. Ia bukan hanya mengenalpasti risiko GDM tetapi juga membantu dalam merancang strategi pengendalian yang efektif untuk memastikan kehamilan yang lebih selamat.

Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my