Meruntun jiwa apabila membaca kisah adik Mohammad Afiq yang  telah mengambil keputusan drastik mahu memotong terus kakinya akibat kanser tulang yang hidapinya sejak usia 13 tahun. Dengan niat hati tidak ingin menyusahkan kedua ibu bapanya. Ibunya Ayahnya jurujual astro dan ibu pula berniaga apam balik.

Kisah perjuangan Afiq yang bersemangat wajar  dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini sungguh sebak. Kisahnya ini dikongsi laman facebook seorang sukarelawan Puan Natipah Abu. Nyata sebuah perkongsian kemanusiaan yang sungguh menyentuh jiwa kita sebagai ibu bapa yang punya anak-anak sihat tubuh badan. Ikuti perkongsian ini.

Rela Potong Kaki, Tak Mahu Menyusahakan Ibu Bapa. Sebak Kisah Pelajar Kanser Tulang Yang Bakal Duduki SPM Ini

MOHAMMAD AFIQ BIN MOHD SHUKRI ( 17 TAHUN ).
Perjuangan Afiq penuh liku bermula sejak dia sahkan kanser tulang ketika berusia 13 tahun. Sejak itu .. dia terpaksa melalui berbagai ujian dan ujian itu belum lagi berkesudahan sehingga ke hari ini.
Bermula dgn pembedahan membuang tulang kakinya yang diserang kanser pada usia 14 tahun yang digantikan dengan besi, dia akhirnya memilih utk memotong hampir sebahagian kakinya kerana tulangnya telah dijangkiti kuman dan dia terus di dalam kesakitan bertahun lamanya.
Dan hari ini … sedikit lagi tulang kakinya terpaksa di potong walhal dia baru saja menjalani pembedahan potong kaki itu beberapa bulan yang lalu kerana tulang itu telah dijangkiti kuman.
Dalam saat dia menanti detik yang sesuai utk pemasangan kaki palsu .. penantian itu rupanya berakhir dengan kekecewaan lagi .
Afiq tabah menerima takdir ini walaupun dia baru saja memulakan semula pelajaran yang tergendala sekian lama setelah dia sakit dan menjalani pembedahan pertamanya .
Harapannya untuk sembuh dan berjaya dalam cita-cita amatlah tinggi biarpun kini dia telah pun bergelar OKU. Dia sangat berharap agar inilah pembedahan terakhir yg harus dilaluinya kerana dia sudah tidak sanggup berada di dewan bedah lagi.
Lebih dari itu .. jika terus-terusan kakinya dipotong.. lama-lama akan menjadi semakin pendek dan dia bimbang ini akan mengganggu proses memakai kaki palsunya.
Marilah kita sama-sama doakan semoga agar pembedahan kali ini akan membawa kepada kesembuhannya seperti sediakala dan Afiq dapat kembali ke sekolah untuk menduduki perperiksaan SPM nya tidak lama lagi …
Rela Potong Kaki, Tak Mahu Menyusahakan Ibu Bapa. Sebak Kisah Pelajar Kanser Tulang Yang Bakal Duduki SPM Ini
Ibu menjual apam balik untuk membantu menambah pendapatan keluarga

 

Ikuti seterusnya luahan isi hati Afiq melalui petikan daripada laman facebook puan Natipah Abu. Sebak membaca luahan anak ini. 

DARI ISI HATI AFIQ – PEJUANG HEBAT .

Ads
Rela Potong Kaki, Tak Mahu Menyusahakan Ibu Bapa. Sebak Kisah Pelajar Kanser Tulang Yang Bakal Duduki SPM Ini
Setiap hari saya mencuci sendiri kaki saya dgn penuh pengharapan ..

“ Saya disahkan kanser tulang tahap dua ketika berumur 13 tahun. Sejak itu bermulalah perjuangan saya. Bukan mudah bagi saya menerima dan menempuh semua ini tetapi apa pilihan yg saya ada ? .
Menangis? . Bohonglah kalau saya kata saya tak menangis apatahlagi masa kaki saya disahkan kanser .. saya baru berumur 13tahun tapi saya sudah tahu apa itu kanser.
Saya menangis dan memberitahu mama, saya akan bunuh diri jika kaki saya dipotong. Begitulah takutnya saya pada waktu itu.
Sebaik disahkan kanser .. saya menjalani kemeoterapi. Kemudian .. tulang kaki saya dibuang dan digantikan dgn besi supaya saya dpt berjalan semula.
Saya sangka .. dgn buangnya tulang kaki itu .. saya tak perlu menanggung apa-apa kesakitan lagi. Rupanya saya silap. 
Episod ngeri pun bermula di situ. Sejak itu .. saya terpaksa menanggung sakit yg amat sgt bilamana kaki saya selalu saja terkena jangkitan kuman.
Dahulunya … saya sangat aktif bersukan namun kanser itulah pencetus segalanya tinggal sbg kenangan saja.
Selepas pembedahan memasang besi pada pada pertama kali .. saya terpaksa menjalani 27 kali lagi pembedahan yg berkaitan dgnnya di bahagian kaki.
Sakit dan siksa hanya Allah saja yg tahu setiap kali luka kaki perlu dicuci. Kulit saya yg ellergy dgn besi membuat keadaan makin buruk. Saya menangis setiap kaki dicuci.
Saya juga menangis kerana mengenangkan mama dan abah saya bukan org senang. Habis wang ringgit mereka digunakan utk merawat kaki saya. Tak cukup dgn hospital kerajaan .. saya dibawa ke swasta kerana kaki saya selalu saja sakit dan bernanah.
Sampai satu saat … saya rasa bersalah pada adik-adik. Duit yg sepatutnya digunakan utk membeli keperluan adik-adik … semuanya dihabiskan utk kaki saya. Terasa sangat saya seolah telah mengambil hak adik-adik.
Kemuncaknya … doktor memberitahu saya perlu menjalani satu lagi pembedahan utk mengeluarkan besi yg dipasang itu utk dicuci kerana besi juga ada kuman. Ini bermakna saya perlu menjalani proses awal semula.
Saya sudah tidak sanggup menyerahkan kaki saya utk disiang lagi. Kesakitan yang ada sekarang pun sudah tidak tertanggung … hendak ditambahkan lagi.
Sekarang saya sudah 17 tahun .. apabila masuk wad , saya akan ditempatkan bersama orang dewasa. Saya juga terpaksa menanggung kesan sikologi lagi bila berada di wad org dewasa atau lebih tepat di wad org tua. 
Akhirnya .. saya membuat keputusan utk memotong kaki. Bila saya tanyakan mama dan abah.. memang keduanya tidak setuju tetapi saya sudah tidak sanggup lagi menanggung segalanya. Mama dan abah akhirnya akur dgn keputusan saya.
Saya sendiri jugalah yg memberitahu doktor tentang keputusan saya . Sama seperti mama dan abah … doktor juga terperanjat. Tapi beliau menerima keputusan saya . 

Satu saja yg tanam dlm hati … tiada kaki bukan bermakna saya tidak boleh berjaya. Jadi, saya tak perlu bersedih semata-mata kerana tiada sebelah kaki.

Sebagai anak sulung .. saya sedar, saya kena kuat sbb sayalah harapan dan contoh kepada adik-adik.

Alhamdulillah … sekarang saya dah selamat potong kaki dan sekarang saya rasa diri saya macam normal semula. Tiada lagi kesakitan yg perit dan pedih.

Yang penting saya sudah boleh tersenyum semula walaupun kini saya sudah kehilangan kaki. Dan walaupun saya kini sudah kehilangan kaki .. saya tidak sama sekali merasakan saya ini cacat. Bahkan … saya rasa saya sudah mendapatkan diri saya yang dulu semula. 
Saya mohon semua utk terus mendoakan saya agar pembedahan ini berjaya sepenuhnya dan saya sembuh spt sediakala.

Ads

Saya rindu rakan-rakan sekolah. Tidak sabar rasanya menunggu kesan pembedahan ini sembuh utk saya mula menggunakan kaki palsu.

Saya ingin kembali ke sekolah semula dan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Biarpun sejujurnya saya trauma dgn pembedahan sebelum ini .. saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya dan memberi saya ujian yang tak ternilai untuk saya terus dan terus berjuang.
Kepada mama abah dan semua yang mendoakan kesihatan saya, terima kasih sangat sangat. 
Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik mama-abah yang banyak bekorban utk saya selama ini dan terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa 
Kepada mama dan abah yang teramat dikasihi … Insyallah, satu hari nanti Abang akan balas jasa mama dan abah. Abang sayang mama dan abah sangat sangat

Yg benar,
Afiq

 

Moga kita muhasabah diri dengan coretan ini. Ringan sama dijinjing berat sama dipikul, kepada yang sudi memberi bantuan kewangan untuk meringankan beban kedua ibubapanya menyediakan kos rawatan perubatan buay Afiq boleh menyalurkan sumbangan di

Ads

MAYBANK PN ZULWARNI LAILEE

157139794275

MAYBANK MUHAMMAD SUKRI BIN HANIFFA

157139794102

Sumber: FB Natipah Abu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI