Anak perempuan memang tak lari lah dari hobi suka berhias. Kalau bukan mekap, mungkin dari segi pemakaiannya yang sentiasa nak kelihatan cantik sentiasa.
Begitu juga buat bagi pelakon kacak Datuk Aaron Aziz di mana anak perempuannya bukan sahaja minat untuk bersolek, malah boleh pula mereka jadikan ayah mereka itu sebagai model untuk disolek!
Ketika kejadian Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz sedang live di laman Tiktoknya dilihat redha menjadi ‘mangsa’ anaknya, Dahlia Arissa untuk dipakaikan gincu.
Sepanjang disolek pelakon kelahiran Singapura itu dilihat pasrah kerana terpaksa melayan karenah anak bongsunya. Namun, dia tetap bersabar sehingga selesai dipakaikan hijab.
Dalam masa yang sama, Aaron dan Dahlia masih sempat menjawab soalan dan memberi respon terhadap lebih 7 ribu penonton ‘live’ mereka.
@ctejaatabah aje pakcikk Malikk kitaa nii kena makeup dgn anak diaa. mukaaa diaaaa sepanjang kena makeupp 😭😭🤣
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Secara berseloroh mereka juga menggantikan nama Malik kepada Malika, iaitu nama watak yang pernah dipopularkannya menerusi filem KL Gangster.
Mereka juga memuji sikap Aaron dengan menyifatkan dia sebagai seorang bapa yang baik kerana sanggup disolek hanya untuk mencipta momen manis bersama anak.
Sumber: TikTok