“Redha Allah Adalah Rahsia Kejayaan Seorang Anak.” Deep Perkongsian Ini.

Share

Siapa yang tidak mahu anak cemerlang. Semua ibu bapa sudah pasti impikan anak-anak mendapat keputusan A. Malah ia akan menjadi kebanggan buat keluarga. Malah, kecemerlangan anak, ibu bapa yang akan mendapat tempias. Tidak dinafikan pelbagai petua dikongsikan agar anak-anak berjaya dan mudah menjawab soalan peperiksaan.

Biarpun peperiksaan UPSR esok merupakan hari akhir. Masih sempat untuk ibu ayah mendoakan buat anak-anak. Malah perkongsian ini tidak lapuk, sebaliknya masih relevan untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan seterusnya seperti PT3, SPM dan peperiksaan lain.

Ikuti perkongsian oleh Puan Ummi Wafa yang sungguh bermanfaat.


Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan.

Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian daripada sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang.

1. Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan.

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”

Maksud:

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah,

Dan Engkau dpt mjadikn tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”.

-Hadith driwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.

Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.

2. Sedekah ikut jumlah hari peperiksaan .

Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika Jumlah hari peperiksaannya 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.

Jumlahnya tidak semestinya banyak, sedekahlah mengikut kemampuan, Jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.

Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.

3. Baca Al-Qur’an.

Saya pernah kongsikan satu kisah, seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan.

Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya, dia setia berada di kawasan sekolah.

Dalam kereta dia mengalunkan ayat Suci Al-Qur’an tanpa henti. Antara surah yang dibaca ialah surah yasin.

Akhirnya usaha ini memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya, dari 1A semasa trial melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar PT3. Kuasa Allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.

Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita… Sungguh.. tidak ada yang mustahil bagiNYA.

4. Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim.

Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran.

Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.

Amalan terbaik juga ialah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka.

Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.

5. Puasa dan solat Hajat.

Doa orang yang berpuasa sangat mustajab.
Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah.

Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat. Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan.

Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.

Dari redha ibu ayah, anak-anak akan mendapat redha Allah.

Redha Allah adalah resepi sebenar kejayaan seorang anak.