Sakit kepala yang datang menyerang secara tiba-tiba buat kita makin stress. Tak mampu nak lakukan sebarang kerja. Kalau berada di dalam kereta atau di pejabat pasti gelabah juga dibuatnya. Maklumlah ubat tidak ada, sakit pula makin berdenyut-denyut.
Jika suami tiba-tiba diserang sakit kepala, isteri boleh sediakan minuman ini sebagai altenatif sebelum mendapatkan bekalan ubat. Tak salah mencuba!
Kenali 5 jenis minuman ini.
Kopi Panas
Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Kafein yang terkandung di dalam kopi inilah yang bertindak sebagai bahan utama untuk meredakan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan tubuh.
Ads
Air Halia
Air halia atau teh halia mungkin membantu anda meredakan sakit. Halia bertindak membuang angin sekaligus meredakan masalah angin yang menyerang kepala. Jika anda muntah, sakit pasti kembali reda.
Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress, penyebab kepada masalah sakit kepala ini. Minumlah secawan teh hijau panas. Sangat membantu!
Ads
Teh Hitam
Kandungan kafein yang tinggi dalam teh hitam ini mampu meredakan sakit. Tambahkan kepekatannya dan minumlah tanpa ragu-ragu. Angin juga akan dapat dikeluarkan dengan mudah.
Ads
Susu Halia
Secawan susu halia yang panas sangat membantu untuk meredakan sakit malah membuang angin dengan pantas. Sifat susu yang mengenyangkan juga buat sakit makin tenang dan terkawal. Jika terasa hendak muntah, itulah langkah sebaiknya untuk meredakan sakit kepala.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketabahan dan kesabaran penyanyi ‘Kalis Rindu’ Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana dalam melawan kanser limfoma cukup dikagumi ramai. Andai dilihat dari luaran, seakan dia menjalani kehidupan biasa tanpa masalah kesihatan yang kronik. Sering tersenyum, gembira, ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Terkini Elyana telah berkongsikan perkembangan terbarunya di mana dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Dalam entri tersebut, Elyana memberitahu dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari dan juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.
Begitu tabahnya Elyana, dilihat tetap positif dalam mendepani setiap ujian kesihatan yang ditanggungnya walau sedia maklum kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal pahanya.
Hal ini telah mendapat perhatian Neelofa baru-baru ini dimana beliau sebak melihat keadaan terkini Elyana yang berada di hospital untuk menjalani rawatan radioterapi dan Elyana menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa teruja apabila menerima hadiah istimewa iaitu koleksi tudung jenama Naelofar milik Neelofa.
“Saya sangat gembira hari ini. Saya dekat hospital, ceritanya saya bawa satu tudung saja hari itu, tiba-tiba Neelofa bagi saya banyak tudung”
“Memang rezeki dan sangat bermakna. Terima kasih Neelofa. Saya tak sabar nak lihat koleksi dalam bungkusan ini sambil proses memasukkan susu ke dalam badan,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan, Elyana turut memakai koleksi tudung Naelofar dan mengakui selesa memakainya. Walaupun wajahnya kelihatan sedikit pucat, namun wajahnya tetap ceria menggayakan tudung pemberian Neelofa dan sempat memberikan ucapan doa agar dimurahkan rezeki buat Neelofa.
Kita sering dengar banyak nasihat yang diberikan dalam menjaga hubungan suami isteri agar kekal bahagia, antaranya adalah isteri perlulah hormat suami dan pihak suami juga perlulah menghargai isteri. Cara bagaimana suami menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan isteri, ianya dilihat dari sudut pandang yang luas.
Andai suami membantu meringankan urusan isteri dalam mengurus rumah tangga, bercakap dengan nada yang lembut, mengingati tarikh-tarikh istimewa dan banyak perkara lain juga adalah suatu cara menzahirkan rasa penghargaan pada isteri. Apatah lagi dengan pemberian hadiah.
Berkongsi kisah tentang cara menghargai isteri, seorang suami ini meluahkan rasa penghargaan kepada isteri tercinta yang sanggup menahan kesakitan beberapa kali demi melahirkan zuriat. Sebagai balasannya, suami ini menghadiagkan kereta Mazda CX-5 buat isteri tercinta, nyata cukup terinspirasi kisahnya.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya;
Hadiah sebab beranak
Alhamdulillah hari ni bagi hadiah kereta kat isteri. Dah lama dia guna Axia sebelum ni. Dia kata ok je naik kereta Axia, dia tak kisah kalau tak beli kereta baru.
Tapi saya tetap belikan hadiah kereta ni sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan dia mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran baby Noura.
Baby Noura lahir pada 15 Mac 2021 Alhamdulillah.
Nampak sangat penat masa mengandung, sakit urat, sakit badan tak selesa. Waktu nak bersalin pula dia kata sakit contraction macam kena langgar lori. Ya Allah tak boleh nak bayang macamana kena langgar lori banyak kali setiap 4 minit.
Tuan-tuan, isteri kita sanggup mempertaruhkan nyawa untuk beranak, ia antara hidup dan mati.
Lepas tu sambung pula pengorbanan dalam proses penyusuan selama 2 tahun, setiap hari tak cukup tidur.
Hadiah kereta ni memang tak dapat nak balas nilai pengorbanan isteri, tapi at least boleh buat dia rasa dihargai. Itu yang penting.
Sebenarnya isteri selalu penat uruskan baby, bila kita bagi penghargaan dapatlah kurangkan sikit rasa penat tu.
Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah ok. Tapi tu lah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada. Jadi nak senang beli je lah rantai ke gelang ke ok dah. Untuk isteri kita juga bukan orang lain.
Kalau tak bagi hadiah material tak apa, yang penting suami kena sama-sama jaga anak dan tolong uruskan rumahtangga. Biar isteri dapat rehat dan kurangkan rasa burnout.
Tapi kan jaga anak dan urus rumahtangga memang tanggungjawab bersama. Itu benda biasa. Buatlah benda special sikit dengan bagi hadiah penghargaan. Berbunga-bunga hati isteri.
Ada hadith tentang pahala belanja isteri dan keluarga adalah ganjaran paling tinggi. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Maksudnya: “Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu belanjakan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu belanjakan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Terima kasih suri hatiku Widyana Ali sebab banyak berkorban untuk abang dan anak-anak.
Sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.