Redakan Kegatalan Kulit Pun Ada Petuanya. Ni Semua Boleh Cuba Mana Yang Serasi!

Share

Menyentuh tentang masalah atau penyakit kulit seperti kegatalan, dan lebih-lebih pada mereka yang mempunyai kulit sensetif, pasti kerap sahaja mengalami kegatalan kulit dan menyebabkan rasa tidak selesa.

Selain ada sapuan krim dan ubatan yang boleh diambil untuk redakan kegatalan tersebut, petua orang dulu-dulu juga tidak kurang hebatnya dalam meredakan kegatalan.

Bahkan, melihat pada penggunaan bahan alami dalam merawat kegatalan kulit tersebut juga amat mudah untuk diperolehi.

Nak tahu detail, ini petkongsiannya. Jom semak.

Petua Berkesan Hilangkan Penyakit Kulit Secara Tradisional

1. Gambir
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.

2. Garam kasar
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang gatal. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi.

3. Tepung sagu & cuka
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal hilang dari tubuh anda.

4. Aloe vera
Pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal. Sekiranya anda mempunyai penyakit kulit dan kegatalan, sapukan gel aloe vera untuk kelegaan.

5. Kunyit
Mampu memulihkan pelbagai jenis masalah kulit dan salah satunya adalah psoriasis. Curcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka & gatal.

Ambil sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sireh serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian gatal. InshaAllah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

6. Daun kunyit, daun asam jawa & daun semalu
Ambil daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok semalu. Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian disapu pada tempat gatal. InshaAllah.

7. Baking Soda
Campurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.

Sumber : Ana Mahabu