Sebut sahaja gastrik secara tidak langsung ada antara kita beranggapan ianya adalah penyakit popular di bulan puasa. Tapi hakikatnya, pada bila-bila masa pun boleh terjadi.
Bagi yang pernah merasai sakit gastrik ini, tahulah betapa sakit dan senaknya di bahagian ulu hati hingga menyebabkan tidak selesa hingga ada yang terpaksa membongkokkan diri untuk kurangkan kesakitan.
Cara terbaik redakan kesakitan, seharusnya mengambil ubat yang disarankan doktor.
Pun begitu, boleh juga amalkan minuman herba ini sebagai cara alternatif. Untuk Jom baca perkongsian Nurhamimi bagaimana cara menyediakan minuman herba tersebut.
AIR REBUSAN HERBA PETUA MAK
Bulan lepas, mak gastrik teruk. Selepas beberapa hari, mak cek dengan doc, b/p mak naik ke 200, tanpa ada simptom-simptom yang biasa pesakit darah tinggi alami. Tak pernah mak macam ni.
Dipendekkan cerita lah ya.
Kawan baik mak, Cikgu Rohaya ada share dengan mak resepi ni. Katanya baik untuk darah tinggi, kencing manis & gastrik.
Mak amalkan, dan dalam beberapa hari saja alhamdulillah ada perbezaan, ada perubahan positif. Bacaan darah turun, angin dalam dalam badan banyak keluar, tidur nyenyak, sakit ulu hati & sembelit dah tak ada.
Ads
Mak pun ada suggest KakMim buat & minum air ni sebab KakMim ada gastrik yang agak teruk jugak.
Ok. KakMim stop kejap minum #PatiHaliaMakMertua yang menjadi amalan itu, lalu KakMim cubalah resepi ni.
Result dia, sakit-sakit & lenguh-lenguh badan hilang, badan berpeluh & rasa sihat, yang paling best, lawas giler. Masuk toilet, duduk je terus poop! Haha. Dah lama tak rasa best mem’berry’ sebegitu. Angin dalam perut ni pulak berlumba2 nak keluar tak amik no giliran dah. Best.
Korang nak try, sila lah. Kalau was-was, jangan lah ya, ataupun dapatkan nasihat dari doktor dulu.
Ads
Bila dah amalkan dan badan korang sihat asbab daripada mengamalkan resepi ni, mudah-mudahan pahala mak KakMim & sahabatnya tu Allah lipatgandakan. Insyaallah, aamin.
Pastu, KakMim nak minta tolong doakan mak KakMim yang warded sekarang disebabkan masih dalam pemeriksaan, kerana masalah jantung. Semoga mak diberikan kesihatan & pulih seperti sediakala.
Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair!
Tak sabaq nak balik bekam mak!
Resepi
Ads
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis
Secubit halba
Jintan halus
Jintan kasar
Beberapa helai daun pandan
Dua inci halia
Cara penyediaan :
Rebus semua bahan. Setelah rebus warna air bertukar merah. Tapis semua bahan, ambil airnya sahaja.Tuangkan ke dalam cawan, sedia diminum.
Teksturnya yang lembut dan rasa kelapanya yang asli membuatkan ramai antara kita menggemari keenakan rasa hidangan ini. Lagi-lagi kalau dimakan ketika sejuk, kepuasan menikmati jeli kelapa ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Rasanya memang sedap!
Untuk yang baru ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dinikmati bersama kelaurga, tersedia resipi yang cukup mudah untuk dilakukan. Malah Puan Noraini Hussin juga tidak lokek berkongsi tip untuk pastikan jeli kelapa yang dibuat tidak mudah basi. Jom semak apa katanya…
Kali ni saya nak kongsi sedikit tip supaya jeli kelapa tidak mudah basi dan tahan lama. In shaa Allah tahan selama seminggu lebih dalam simpanan peti ais. Sesuai untuk para peniaga. Kalau untuk makan sendiri abaikan je tip ni sebab kalau buat tak sempat simpan,1 hari dah habis.
Tip jeli kelapa tahan lama:
Isi kelapa yang telah di lorek hendaklah dibasuh terlebih dahulu dengan air biasa sehingga tiada air putih santan pada isi kelapa tersebut. Kemudian tapis dan toskan betul-betul dan barulah boleh diletakkan ke dalam larutan air jeli kelapa tersebut.
Di sini saya sertakan sekali lagi resepi mudah yang saya gunakan hasil tunjuk ajar dari suami saya sendiri:
JELI KELAPA
25g agar-agar tali (1 paket 25g)
700g gula
3.5liter air biasa
3.5liter air kelapa
4helai daun pandan
Cara Buat :
Masukkan air biasa, air kelapa, gula, agar-agar, daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan sehingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.
Masukkan dalam bekas.
Masukkan isi kelapa muda yang telah di lorek dan di tos terlebih dahulu (boleh gunakan tip yang saya beritahu di atas jika nak berniaga).
Setiap kali memandang rimbunan pokoknya yang lebat berbunga dengan warna yang cukup menarik membuatkan hati cukup teruja dan tak jemu mata memandang.
Warna kuning cair, merah jambu, ungu, merah manggis dan putih serta beberapa jenis pokok bunga kertas lain sentiasa buat kita rasa segar mata memandang. Cantik kan! Bunga kertas atau sering juga disebut bunga bougenville sebenarnya dapat tumbuh subur di mana saja.
Jika anda sendiri teringin memiliki rimbunan bunga kertas yang lebat dan cantik, kena tahu bagaimana caranya.
Ini ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas kita subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.
Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.
Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini.
Hal tersebut dikongsikan sendiri menerusi laman Facebook miliknya.
“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.
Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.
Perkongsian berkenaan turut mendapat Reaksi dan komen daripada pengikutnya di laman facebook.
Rata-rata menyuarakan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah ini.
Malah, mereka turut menitipkan doa semoga penderitaan dan dugaan yang dilaluinya segera hilang dan diberikan kesembuhan dengan segera.
Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian warganet.
“Shooting kan ni ustaz?” tulis Aeril di ruangan komen status berkenaan.
Sehingga kini, pendakwah itu belum berkongsi lanjut mengenai hal tersebut.
Untuk rekod, tahun lalu ada laporan berita mengenai Kazim yang sedang sakit, dipercayai terkena buatan orang.
Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Kazim akibat terkena sihir.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.