Siapa yang pernah alami sakit gastrik sahaja tahu bagaimana rasanya. Terpaksa menanggung rasa pedih ulu hati dan sakit perut yang melampau.
Antara penyebab penyakit gastrik ini boleh menyerang seseorang adalah kerana pengambilan makanan yang tidak teratur dan beberapa sebab yang lain berkaitan dengan pemakanan.
Oleh itu, jangan biarkan gastrik terus ‘menyerang’ kesihatan anda, segera amalkan beberapa petua ini yang telah dikongsikan untuk kebaikan bersama. Jom semak!
“Caranya ialah ambil satu sudu teh biji selasih dan rendam di dalam segelas air sehingga kembang dan masukkan dua sudu plastik madu lebah asli kedalam gelas tadi, kacau dan minum sehingga habis biji selasih tadi dan amalkan setiap hari semasa bersahur.”-Vee Zawiah Za
Manakala ini pula perkongsian Yus Nizam, “Assalammualaikum.. Sekadar berkongsi petua.. Buat pengetahuan semua, saya pesakit gastrik yang agak kronik.. Macm-macam usaha dan ubatan saya mencuba tapi belum jumpa penawar angin yang banyak di dalam badan saya”
Sampai lah baru-baru ini seorang teman menyuruh saya mencari biji kedaung. Penawar untuk buang angin dibadan zaman mak-mak kita dulu. Saya tergelak.. Yang saya tau tuan tanah kedaung dalam cerita Do Re Mi tu jer.. Tapi selepas tanya mak.. Dia kata memang biji kedaung itu ada dan untuk buang angin dalam badan.
Ads
Saya mencari di kedai India. Saya sangai.. Kemudian nak kopek kulitnya memang susah sebab kulitnye keras. Tapi nak baik kena saya usaha jugak.
Ads
Saya rendam dengan air panas. Saya minum macam minum air kosong. Semnggu saya amalkan.
Ads
Alhamdulillah. berhasil… Cubalah.. In shaa Allah dan minta pada Allah juga… Doa itu ubat paling mujarab.
Credit : Yus Nizam via MAHN
Tip Elak Gastrik
Ketika makan jangan makan terlalu banyak.
Elak makan makanan yang boleh merengsakan perut seperti makanan pedas dan masam.
Ambil supliment jika perlu.
Kurangkan minum minuman berkafien
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak anda alami angin dalam badan, rasa kurang selesa dengan perut rasa sebu atau pedih ulu hati? Memang tak selesa dibuatnya kan. Cuba amalkan petua mudah ini.
Assalamualaikum rakan MAHN. Saya cuma nak kongsikan 1 petua yang saya dapat dari seorang pakcik berbangsa India. Petua yang saya dapat ini adalah petua untuk mengurangkan angin dalam badan dan mengurangkan pedih ulu hati.
Saya sekeluarga pernah dijangkiti wabak yang melanda negara kita ni. Antara kesan dari wabak tersebut, suami saya kerap merasa perut sebu dan tak selesa. Dari situ kami dapat petua untuk kurangkan angin dalam badan dan alhamdulillah berkesan dengan izin Allah.
Apa yang kami amalkan, kami akan letak sedikit serbuk kulit kayu manis ‘ceylon’ dalam minuman. Seeloknya pagi masa perut kosong, bancuh serbuk kulit kayu manis ceylon dengan air suam. Kacau dan terus minum.
Saya juga amalkan sarapan pagi segelas susu tepung, letak oat dan sedikit serbuk kulit kayu manis.
Alhamdulillah berat badan pun maintain aje. Apa yang saya kongsikan ini mungkin mengikut keserasian badan masing-masing ya. Kami cuma ikhtiar selepas pulih dari wabak tu. Alhamdulillah, berkesan.
Isu kenaikan harga minyak masak masih terus menjadi bualan ibu-ibu yang saban hari menggunakan minyak untuk memasak. Hal ini terjadi ekoran pemansuhan harga siling minyak masak botol pada 1 Julai yang lalu, apatah lagi ditambah pula kesukaran untuk mendapatkan minyak peket dalam pasaran. Ini sekali gus membuatkan ada yang mengeluh.
Minyak Mahal Pilih Menu Sihat
Atas masalah ini juga, sewajarnya kita sebagai ibu yang menjadi ‘menteri kewangan’ dan ‘chef profesional’ untuk keluarga, perlu mencari jalan penyelesaiannya dan bukannya mengeluh semata-mata.
Menerusi perkongsian Dzuriasikim Dzukifli, wanita yang juga bergelar seorang ibu memberikan pandangan dan idea untuk kaum ibu yang lain cuba untuk atasi masalah kenaikan harga minyak masak ini agar dapat mengurangkan penggunaan bahan masakan tersebut.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Jika minyak mahal, cubalah ambil lauk begini
Ikan panggang tanpa minyak, sayur celur (sayur yang direbus sebentar) makan dengan nasi panas dan sambal belacan atau budu atau cencaluk atau kicap dengan hirisan cili. Apa sahaja, asalkan kita kurang mengeluh.
Ianya tetap enak. Mengurangkan minyak dalam masakan adalah sangat baik. Masih ada banyak pilihan makanan lain seperti singgang dan rebus atau kukus yang boleh kita ambil.
Suatu masa dulu, saya tidak ada banyak pilihan untuk menyediakan makanan buat anak-anak. Kami akan makan seadanya sahaja. Tetapi masih tetap boleh makan. Masih tidak perlu berlapar. Cuma tidak dapat makan apa yang diinginkan sahaja. Saya masih bersyukur.
Mujurlah arwah ibu orang Kelantan dan kami sudah biasa dengan menu ikan singgang, daging singgang, ikan bakar, ikan rebus dan sayuran yang dicelur atau masak air sahaja. Oleh kerana daging mahal kami lebih kerap makan ikan. Ikan yang paling kerap saya beli waktu itu ialah Ikan Tongkol kerana harganya hanyalah sekitar RM10 untuk seekor yang bersaiz besar dan cukup untuk saya dan anak-anak. Jika saya beli 2 ekor ianya cukup untuk dijadikan lauk buat kami makan siang dan malam seramai 6 orang.
Bukan minyak masak sahaja sering tidak ada di dapur waktu itu, malah bawang pun tinggal yang kecil-kecil. Orang kata buat syarat sahaja, asalkan ada…
Saya senaraikan di sini pilihan menu yang mungkin kawan-kawan boleh guna untuk memasak tanpa menggunakan minyak atau dengan penggunaan minyak yang sangat sedikit:
IKAN:
Rebus.
Singgang.
Kari.
Masak lemak kuning.
Masak lemak nenas.
Masak lemak cili padi.
Masak kicap.
Asam pedas.
Pindang.
Asam rebus.
Asam Tempoyak
Ikan panggang.
Sup.
Sup bercampur tofu.
Kukus (boleh kukus limau atau halia)
Dan ada pelbagai lagi cara memasak lain yang boleh kita gunakan.
Kita tidak akan boleh lari dari masalah. Tetapi kita masih boleh terus bersyukur dan menikmati hidup dengan sangat baik. Lagi pula, pastilah sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan inilah waktu terbaik untuk kita menukar menu kita agar lebih sihat.
Diabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang dan setiap pesakit kencing manis wajib tahu tips untuk mengawal paras gula dalam darah supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.
10 TIPS UNTUK MENGAWAL GULA DALAM DARAH
1. MELAKUKAN SENAMAN DENGAN LEBIH KERAP
Melakukan senaman bukan sahaja membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Namun ia juga membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.
Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan adalah seperti angkat berat, berjalan kaki, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,
2. KAWAL PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.
Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah.
Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. SERAT MELAMBATKAN PENCERNAAN KARBOHIDRAT DAN PENYERAPAN GULA
Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. MINUM AIR DENGAN CUKUP
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. KAWAL KALORI
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil. Makan kerap bukan makan banyak.
6. PILIH MAKANAN KURANG GLYCEMIX INDEX
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang.
Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. KAWAL STRES DAN TIDUR DENGAN CUKUP
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.Jadi,adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. PANTAU TAHAP GULA DALAM DARAH
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9.AMALKAN MAKANAN TINGGI MAGNESIUM
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.
10. TURUNKAN BERAT BADAN
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Oleh itu, pesakit diabetes perlu mengelekakkan makanan seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Namun, pesakit diabetes boleh mengambil makanan ini mengikut sukatan. Makanan tersebut adalah bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
Untuk mengawal paras gula dalam darah, pesakit boleh mengambil makanan ini secara bebas. Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.