Redakan Batuk Tanpa Perlu Ubat, Boleh Guna Bahan Dapur Ni Untuk Membantu Legakan!

Share

Bila tekak rasa tidak selesa, perit dan gatal-gatal itu yang membuatkan kita asyik rasa hendak berdehem dan terbatuk.

Jika dibiarkan, bukan boleh baik dengan sendirinya bahkan berbulan-bulan pula akan menanggung sakit batuk tersebut. Peritnya penyakit batuk ini bukan sahaja dirasa pada bahagaian kerongkong bahkan lebih kasihan jika batuk berpanjangan akan menyebabkan hingga ada yang terkucil dibuatnya.

Itu belum lagi sentuh bab tidur malam yang terganggu. Memang boleh membuatkan sesiapa sahaja akan berasa lesu jika batuk tidak dirawat.

Jadi apa kata anda amalkan 8 petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur. Mana tahu salah satunya serasi dengan anda  dan sekali gus mengurangkan masalah batuk yang dialami kini.

Selamat mencuba.

8 petua Legakan Batuk Guna Bahan Di Dapur

Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita rasa tak selesa kan. Banyak petua untuk readakan batuk ni.

Kak Ya memang fobia dengan batuk sebab pernah kena batuk yang agak teruk dulu. Sekarang nie kalau sakit tekak je Kak Ya mesti buat terus salah satu petua yang ada ni.

Kak Ya kumpulkan 8 petua di bawah ni. Boleh cuba mana mana yang yang anda rasa sesuai dan boleh amalkan.

1.Air asam jawa

Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.

Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati.

Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.

2.Hilangkan batuk dengan madu

Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima.

Hilangkan gatal tekak dengan campurkan madu dan air

Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja.

Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.

3.Jus Lemon

Jus lemon sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.

Caranya, potong dua sebiji lemon. Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam.

Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.

Minum dan nikmatilah kelegaan tekak. Tekak yang gatal juga akan rasa lega.

4.Air garam

Caranya, tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati.

Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.

5.Limau nipis

Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua.

Perahkan dalam air suam dan minum.

6.Limau nipis dan kicap

Salah satu petua menghilangkan batuk yang lain ialah dengan menggunakan limau nipis. Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua.

Ambil juga sesudu kicap. Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.

7.Kunyit

Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit.

Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi.

Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.

8.Air suam

Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.

Biase nye kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

Sumber : Leha Yusuf

Jom tonton video menarik di BK D’Explorer

 

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club