Redakan Batuk Kering, Selesema & Sakit Kerongkong Anak-Anak Dengan ‘Chinese Pear Soup’

Share

Kekurangan air dalam tubuh badan selain keadaan cuaca yang tidak menentu  menyebabkan sebahagian daripada kita mudah menghidap penyakit batuk,selesema dan sakit kerongkong.

Selain perubatan moden, ia juga boleh diredakan melalui cara Perubatan Tradisional Cina yang cukup popular diamalkan di negara China dan Korea terutama pada musim luruh.

Menerusi perkongsian oleh Jes Tham, beliau berkongsi tiga resipi yang boleh dicuba mengikut pilihan citarasa untuk atasi penyakit ini.Berkesan atau tidak ia bergantung pada kesesuaian tubuh badan dan antibodi individu, namun tidak salah untuk kita mencuba.Mana lah tahu serasi!

Resipi 1
Bahan-Bahan:

2-3 biji Korean Pear / Pear biasa yang berwarna kuning sahaja

Gula Batu secukup rasa

Sedikit Goji Berries

2 sudu besar White Chinese Almonds. (Jika guna Loh Hon Kor lebih efektif)

1-2 kuntum Fungus Putih

500 ml air

*Cara Membuat :

1.Rendam Fungus putih sampai kembang dan lembut.

2.Kupas kulit buah pear, potong separuh dan buangkan bijinya.

3.Sediakan mangkuk besar atau loyang untuk buat kukusan.

4.Masukkan semua bahan-bahan dan kukus selama 30-60 minint.Lagi lama lagi bagus.

Resipi 2
Bahan-Bahan:

Korean Pear

Gula Batu / Honey

Air dan Goji Berries

Resipi 3
Bahan-Bahan:

Korean Pear

3 keping halia

Gula Batu / Honey

Air dan Goji Berries

*Cara memasak untuk resipi 2 dan 3 sama seperti resipi 1.

Info Ekstra:

Walaupun Buah Oren, Pear, Epal adalah antara buah-buahan yang sejuk dan boleh mengakibatkan batuk. Namun, apabila sudah di masak, ia adalah disebaliknya.

Kepada anda yang selalu amalkan makan Goji Berries, boleh tambahkan didalam sup ini sebagai minuman harian.

Selamat mencuba!

Sumber Facebook: Jes Tham