Perubahan udara, cuaca dan suhu sejak akhir-akhir ini di lihat berubah-berubah. Sekejap suhunya cukup panas, tidak lama kemudian hujan tiba-tiba. Keadaan sebegini pastinya akan membuatkan tubuh badan mudah diserang penyakit. Bukan sahaja di kalangan anak-anak kecil, malah orang dewasa seperti kita juga tidak terkecuali.

Redakan Batuk Dengan Minyak & Bawang Kecil. Serius Berkesan!

Antara penyakit yang sering dan mudah ‘menyerang’ apabila dikaitkan dengan cuaca, lain tidak bukan adalah penyakit yang ada kaitan dengan saluran pernafasan, iaitu batuk.

Sebenarnya batuk itu sendiri adalah refleksi semula jadi dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran pernafasan jika terdapat gangguan dari luar. Respons ini berfungsi untuk mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara bagi membersihkan paru-paru.

Redakan Batuk Dengan Minyak & Bawang Kecil. Serius Berkesan!

Pun begitu, penyakit batuk yang sering dialami akan bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya tekak akan teras semakin gatal dan tidak lama kemudian akan mula mengalami batuk-batuk yang teruk. Kebanyakan orang menganggap batuk tersebut sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan.

[su_highlight background=”#c3dab1″ color=”#806f16″]Batuk terbahagi kepada 2[/su_highlight]

IKLAN
  1. Batuk kering
  2. Batuk berkahak

Bagi mengelakkan masalah menjadi lebih teruk, seharusnya bila anda mula batuk-batuk cuba amalkan petua ini bagi meredakannya. Petua ini telah diamalkan oleh Puan Faizah Md Zain, bukan sahaja untuk merawat batuknya sendiri malah menjadi amalan seluruh keluarganya. Terbukti berkesan dan mudah sahaja untuk disediakan ramuannya.  Nak tahu lanjut jom semak!


 

[su_quote]Petua nak kurangkan batuk, sesuai untuk semua peringkat umur, dah lama saya amalkan untuk anak-anak dan diri sendiri..selalu buat waktu nak tidur malam.[/su_quote]

 

IKLAN

[su_highlight background=”#c3dab1″ color=”#806f16″]Bahan-bahan :[/su_highlight]

Bawang kecil

Minyak zaitun

 

IKLAN

[su_highlight background=”#c3dab1″ color=”#806f16″]Cara membuatnya :[/su_highlight]

  1. Hiris bawang kecil untuk beberapa biji.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
  3. Masukkan minyak zaitun dan ramas bawang beberapa kali.
  4. Kemudian sapukan ramuan ini di bahagian dada dab belakang badan.

 

 

Sumber : Faizah Md Zain via MAHN

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI