Minggu lalu tular di setiap pelosok sosial media tentang seorang bapa gagal menyelamatkan anaknya yang telah dibaham buaya ketika sedang berkayak telah membuatkan ramai sebak terhadap nasib malang yang menimpa dirinya.
Videonya yang sedang meraung mengenangkan nasib anaknya itu sememangnya menyayat hati bagi siapa yang menontonnya. Malah, si ayah juga sedaya upaya untuk menyelamatkan insan tersayangnya itu sehingga dia mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepada dan badan. Namun, anaknya tidak dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa ‘ratah’ reptilia tersebut.
Baru-baru ini, seorang influencer, Adrian Edy memuat naik di laman TikToknya, dia telah melawat bapa mangsa kanak-kanak itu dengan memberikan kata-kata semangat serta memberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit.
Ujar Adrian, lelaki terbabit telah reda dengan pemergian anaknya dan apa yang membuatkan orang ramai terharu adalah dia menyiman hasrat untuk berjumpa anaknya di syurga kelak.
“Ziarah pak cik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik,
“Pakcik kata dia reda dengan apa yang terjadi, tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya,” tulisnyanya di ruangan kapsyen.
@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp #adrianedy ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat wajah lelaki tersebut. Tidak ketinggalan, ramai yang memuji dan berterima kasih buat influencer ini datang menghulurkan bantuan.
Sumber: TikTok @adrianedy7